Insurans Konvensional vs Takaful: Apakah Mereka?

Key Points

  1. Terdapat beberapa perbezaan dan persamaan di antara insurans konvensional dan Takaful.
  2. Insurans dan Takaful adalah penting untuk perancangan kewangan.
  3. Umat Islam dinasihatkan untuk membeli Takaful.
  4. Orang bukan Islam dialu-alukan untuk membeli Takaful.

Seorang yang bijak pernah berkata bahawa satu-satunya perkara pasti dalam hidup adalah ajal dan cukai. Tapi jika anda benar-benar memikirkannya, ada satu lagi perkara yang juga pasti: kerugian wang. Sama ada akibat kemalangan kereta, penyakit kritikal atau kebakaran, pada masa yang tidak dijangka, kita semua akan berbelanja untuk perkara yang tidak dijangka. Dan di situlah insurans datang untuk menyelamatkan kita.

Apa itu insurans?

Insurans ialah sebuah kontrak bertulis di mana satu pihak bersetuju untuk melindungi pihak lain daripada kerugian kewangan. Pihak yang diinsuranskan mesti membayar premium mereka tepat pada masanya dan memfailkan tuntutan dalam tempoh masa yang ditetapkan sebagai pertukaran untuk perlindungan ini. Spesifik kontrak berbeza-beza dan bergantung pada jenis insurans, tapi semua polisi mengandungi elemen penting tertentu. Sebagai contoh, kebanyakan polisi akan mempunyai klausa yang menyatakan kerugian yang dilindungi dan yang tidak dilindungi.

Apa itu Takaful?

Secara ringkasnya: Takaful ialah insurans Islam. Ianya sama seperti insurans, tapi ia berdasarkan prinsip syariat Islam. Dan anda harus tahu bahawa, ia bukan hanya untuk orang Islam; orang bukan Islam juga boleh mendapatkan manfaat Takaful.

Apakah perbezaannya?

Insurans konvensional Takaful
Bagaimanakah ia berfungsi?
Kontrak di antara dua pihak untuk mendapatkan perlindungan Perjanjian diantara ahli masyarakat untuk membantu satu sama lain ketika memerlukan
Pematuhan syariah
Tidak Ya
Di manakah dana dilaburkan?
Mana-mana pelaburan yang sah Mana-mana pelaburan yang patuh syariah
Ke mana perginya keuntungan?
Pemegang saham Peserta dan pengendali dana Takaful
Caj tambahan
Yuran komisen 2% Caj Wakalah bergantung pada produk
Pembawa risiko
Syarikat insurans Kalangan peserta

Apakah persamaannya?

Insurans konvensional Takaful
Apakah ia?
Satu cara untuk melindungi diri daripada musibah yang tidak dijangka
Jenis insurans yang ditawarkan
Kereta, kesihatan, nyawa, rumah, perjalanan dll.
Siapa boleh membelinya?
Semua orang
Tuntutan pelepasan cukai
Ya

Kepentingan insurans dan Takaful

Ianya adalah jaringan keselamatan terhadap kerugian wang, dan kita semua berharap kita tidak akan perlu menggunakannya. Tapi apabila kehidupan tidak seperti yang dirancang, adalah baik kita mengetahui bahawa polisi kita akan membantu menampung segala kos. Contohnya, jika seseorang jatuh sakit atau cedera dan tidak boleh bekerja, insurans atau Takaful kesihatan akan membantu membayar perbelanjaan perubatan mereka. Selain itu, jika sebuah perniagaan mengalami kerosakan harta benda, ia boleh membantu menampung pendapatan yang hilang. Intinya ialah: insurans dan Takaful adalah perkara penting dalam perancangan kewangan.

Sebab umat Islam dinasihatkan untuk membeli Takaful

Insurans konvensional selalunya tidak mematuhi undang-undang Syariah kerana ia merangkumi tiga elemen ini: gharar, riba, dan maisir.

  • Gharar:
  • Unsur ketidakpastian dalam kontrak. Kontrak haruslah jelas dan tidak ada sebarang kekeliruan.

  • Riba:
  • Unsur faedah. Dalam insurans, orang yang diinsuranskan membayar premium, yang digunakan oleh syarikat insurans untuk melindungi tuntutan dan membuat keuntungan. Syarikat insurans dijamin mendapat keuntungan, tidak kira sama ada terdapat tuntutan atau tidak.

  • Maisir:
  • Unsur perjudian. Orang yang diinsuranskan bertaruh bahawa mereka akan mengalami kemalangan atau harta mereka akan rosak, manakala syarikat insurans bertaruh bahawa mereka tidak akan mengalami kemalangan atau harta mereka tidak akan rosak.

Ia adalah pilihan yang lebih baik untuk orang Islam yang ingin mendapatkan insurans yang selari dengan pegangan agama mereka.

Bolehkah orang bukan Islam membeli Takaful?

Apabila bercakap tentang Takaful, semua orang berada pada kedudukan yang sama. Sama ada anda beragama Islam, Kristian, Buddha, Hindu, mahupun ateis, anda boleh membeli polisi dan menikmati faedah yang sama. Takaful bukanlah produk keagamaan tapi produk yang direka untuk melindungi semua orang dalam kejadian yang tidak dijangka, tanpa mengira kepercayaan mereka. Dan itu adalah sesuatu perkara yang kita semua boleh berasa gembira.

Di mana boleh membeli insurans dan Takaful?

Insurans konvensional Takaful
    AIA
    AIG
    Allianz
    AmMetLife / AmAssurance
    AXA
    Berjaya Sompo
    Gibraltar BSN
    Chubb
    Danajamin
    Etiqa
    Great Eastern
    Hong Leong
    Kurnia
    Liberty Insurance
    Lonpac
    Manulife
    MCIS
    MPI Generali
    MSIG
    Pacific & Orient
    Pacific Insurance
    Progressive Insurance
    Prudential
    QBE
    RHB Insurance
    Sun Life Malaysia
    Tokio Marine
    Tune Protect
    Zurich
    AIA
    AmMetLife
    Etiqa
    FWD
    Great Eastern
    MSIG
    Prudential BSN
    Sun Life Malaysia
    Syarikat Takaful Malaysia
    Takaful Ikhlas
    Zurich

Untuk perkhidmatan yang cepat dan mudah, anda boleh membeli insurans dan Takaful melalui Policystreet!

Cara membeli insurans dan Takaful

  1. Tentukan jenis perlindungan yang anda perlukan.
  2. Tentukan sama ada anda mahukan insurans konvensional atau Takaful.
  3. Buat kajian tentang syarikat-syarikat insurans.
  4. Pilih tiga syarikat insurans yang terbaik.
  5. Minta sebut harga.
  6. Bandingkan perlindungan dan harga.
  7. Sediakan butiran anda dan dokumen yang berkaitan.
  8. Buat bayaran.

Kata akhir

Jika anda pernah mendapati diri anda bertanya soalan, “Patut saya mendapatkan insurans konvensional atau Takaful?” maka anda tidak keseorangan. Apabila bercakap tentang insurans, tidak ada penyelesaian yang sesuai untuk semua. Insurans konvensional dan Takaful kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing yang bergantung kepada pilihan individu.

Berikut adalah kelebihan dan kekurangan insurans konvensional:

Kelebihan Kekurangan
Ditawarkan oleh lebih banyak syarikat insurans Keuntungan pergi kepada pemegang saham
Yuran komisen tetap (2%) Mempunyai elemen tidak patuh syariah
Pelan berkaitan pelaburan tersedia Kadar premium bergantung pada penilaian risiko

Berikut adalah kelebihan dan kekurangan Takaful:

Kelebihan Kekurangan
Patuh syariah Ditawarkan oleh syarikat insurans yang terhad
Keuntungan diberikan kepada peserta dan pengendali* Caj Wakalah bergantung pada harga produk
Kadar premium tetap**
Pelan Takaful Umrah dan Haji disediakan

Nota:
*Jumlah untuk pengendali tidak boleh lebih tinggi daripada peserta
**Melainkan anda menghadapi masalah kesihatan yang teruk

Jika anda sedang mencari penyelesaian insurans yang patuh Syariah dan inklusif dengan kadar premium tetap, Takaful adalah yang terbaik. Walau bagaimanapun, jika anda lebih suka pilihan syarikat insurans yang lebih komprehensif dan yuran komisen tetap, insurans konvensional mungkin pilihan yang lebih baik untuk anda. Mana-mana pilihan yang anda putuskan untuk ambil, pastikan anda membuat penyelidikan terlebih dahulu dan dapatkan polisi insurans terbaik untuk keperluan anda. Akhirnya, semuanya bergantung pada apa yang anda cari.

Masih keliru? Anda boleh mendapatkan insurans anda dengan PolicyStreet dan tinggalkan semua masalah dengan kami. Dapatkan sebut harga untuk pelan insurans yang disuaikan untuk anda dalam masa 5 minit dengan harga terbaik!

PolicyStreet is licensed by Labuan Financial Services Authority, Bank Negara Malaysia and Australian Securities & Investments Commission.

Copyright © 2023 Polisea Group of Companies. All Rights Reserved.