“Red Flags” Bengkel Kereta

Kata Kunci

  1. Reputasi bengkel membaiki kereta.
  2. Mekanik tidak dapat mengenal pasti masalah.
  3. Caj berlebihan dikenakan untuk perkhidmatan.
  4. Sukar untuk mereka memberi anda anggaran bertulis.
  5. Kualiti kerja yang ala kadar dan tidak bermutu.

Sekali sekala, kita akan membawa kenderaan kita ke bengkel untuk melakukan penyelenggaraan atau pembaikan yang telah menjadi sebahagian daripada temu janji rutin atau lawatan secara mengejut untuk memastikan kenderaan kita berfungsi dengan baik. Anda mungkin tidak menyedari akan perkara ini bahawa tidak semua bengkel kereta akan jujur dengan anda. Jadi, tidak kira anda pergi ke bengkel mana sekalipun, sesetengah mekanik mempunyai red flags mereka sendiri, apabila ia berkaitan dengan alat ganti atau kos kereta anda.

Saya tahu bahawa sesetengah daripada kita mungkin menyedari red flags ini dan ada yang mungkin tidak menyedarinya. Oleh itu, kami akan membincangkan 5 “Red Flags” Bengkel Kereta yang perlu anda beri perhatian untuk kunjungan anda yang seterusnya. Mari kita kupas dengan lebih mendalam mengenai red flags ini, di mana ia akan membantu anda memahami kenderaan anda dengan lebih baik serta menjimatkan wang anda pada masa hadapan.

Reputasi bengkel membaiki kereta

Sebelum mengunjungi mana-mana bengkel kereta, anda harus menyemak ulasan atau komen yang ditinggalkan oleh pelanggan lain terlebih dahulu kerana, ini akan membantu anda menentukan sejauh mana bengkel itu boleh dipercayai atau tidak. Majoriti ulasan yang diberikan adalah benar dan jujur kerana ia ditulis terus oleh pelanggan, manakala beberapa ulasan mungkin tidak 100% benar kerana ia mungkin direka oleh seseorang yang hanya mahu menjatuhkan perniagaan tersebut.

Selain membaca ulasan, anda juga boleh bertanya kepada keluarga dan rakan anda jika mereka pernah mengunjungi bengkel kereta yang anda rancang untuk pergi dan jika mereka mempunyai sebarang pengalaman buruk dengan bengkel tersebut.

Sumber: Speedhunters

Mekanik tidak dapat mengenal pasti masalah

Jika anda lihat bahawa mekanik itu tidak dapat mengenal pasti masalah dengan kereta anda, itu adalah satu lagi red flags yang perlu anda ketahui. Sebagai seorang mekanik, mereka telah menerima latihan khusus dan berpengetahuan tentang masalah yang timbul pada setiap kenderaan. Jadi sama ada kereta anda mempunyai masalah kecil atau masalah besar, anda hanya membayar sekali sahaja untuk pembaikan kereta anda.

Jika seorang mekanik menyelesaikan masalah dan kemudiannya mendapati bahawa perkara yang dia selesaikan bukanlah punca sebenar masalah itu, jangan biarkan mereka menyelesaikannya kerana ia akan merugikan anda.

Sumber: First Quarter Finance

Caj berlebihan dikenakan untuk perkhidmatan

Sekiranya kita bukan seorang mekanik atau seorang yang arif tentang kereta, kejadian seperti ini sering berlaku kepada kita semua. Sesetengah bengkel kereta mungkin mengenakan caj berlebihan kepada anda untuk perkhidmatan tertentu, dan selalunya melebihi bajet anda. Bukan itu sahaja, malah mereka mungkin melakukan penipuan dan mengenakan caj kepada anda sewenang-wenangnya tanpa kebenaran anda. Oleh itu, anda tidak perlu takut untuk bertanya kepada mereka sebelum bersetuju dengan sebarang pembaikan atau perkhidmatan. Jika mereka jujur dan ikhlas, mereka akan memberi anda penjelasan yang menyeluruh dan memberitahu anda pecahan harga sebelum meneruskan.

Tetapi, minta dahulu sebut harga daripada bengkel lain untuk perkhidmatan pembaikan. Bandingkan harga dan spesifikasi untuk sebut harga tersebut. Apabila anda melakukannya, anda boleh memilih yang paling sesuai dengan keperluan kereta anda dari segi harga dan kualiti.

Sumber: Culture Trip

Kualiti kerja yang ala kadar dan tidak bermutu

Kekurangan kemahiran seorang mekanik dalam kerja adalah salah satu red flags yang jelas. Mekanik dikenali sebagai orang yang mahir dan tahu apa yang perlu dilakukan apabila berlaku masalah. Tanpa kecekapan dan pengetahuan tertentu, seorang mekanik tidak dapat menyelesaikan kerja dengan teliti, serta tiada jaminan perkhidmatan atau pembaikan tersebut. Manakala, bengkel yang bereputasi pasti akan menawarkan waranti jika berlaku masalah dengan kerja pembaikan yang mereka lakukan. Ini menunjukkan bahawa mereka menyokong pembaikan yang mereka lakukan. Bukan itu sahaja, malah mereka juga bertanggungjawab atas tindakan mereka.

Jika anda sayangkan kereta anda, berhati-hati dengan kerja yang tidak berkualiti, jika tidak, ia akan merosakkan kereta kesayangan anda. Sebelum anda melakukan apa-apa, dapatkan panduan dan baca ulasan sebelum membuat sebarang keputusan.

Sumber: FindLaw

Sukar untuk mereka memberikan anda sebut harga

Setiap kali pelanggan mengunjungi bengkel kereta, keperluan mereka mesti dipenuhi. Adalah penting untuk mereka menyediakan sebut harga mengenai pembaikan atau perkhidmatan kepada anda supaya anda tahu apa yang mereka lakukan pada kereta anda. Walau bagaimanapun, jika mereka enggan memberikan anda sebut harga tentang perbaikan yang diperlukan, anda disyorkan untuk memilih bengkel kereta yang lain.

Sebut harga termasuk jumlah kos pembaikan, seperti pecahan harga untuk pelbagai bahagian dan buruh. Jadi sebelum anda bersetuju untuk mereka membaiki atau menservis kereta anda, anda sebagai pelanggan harus memastikan anda mendapat segala-galanya secara bertulis kerana ini akan membantu anda memahami apa yang anda bayar.

Sumber: GoBankingRates

Sumber: Love WriteR

Kesimpulan

Sebelum mengunjungi mana-mana bengkel kereta, anda harus ingat dan sentiasa berhati-hati dengan red flags ini dan sama ada anda perlu membayar lebih untuk pembaikan atau penyelenggaraan kereta anda. Saya juga tahu bahawa sesetengah daripada kita telah ditipu oleh mekanik. Oleh itu, untuk memudahkan anda, anda boleh melakukan penyelidikan pada kereta anda supaya anda boleh mengenal pasti komponen yang rosak dan melihat apa yang dilakukan oleh mekanik. Dan pada masa yang sama, ia akan menghalang mereka daripada menipu anda berulang kali.

Related:Bagaimana Untuk Menjaga Kereta Anda dengan Baik?| Panduan Membaiki Kereta: Masalah Biasa Yang Terjadi Pada Kereta Anda

PolicyStreet is licensed by Labuan Financial Services Authority, Bank Negara Malaysia and Australian Securities & Investments Commission.

Copyright © 2023 Polisea Group of Companies. All Rights Reserved.