Insurans Kereta AIG

AIG Malaysia terus komited untuk memberikan perlindungan kewangan kepada pelanggan mereka sama ada dalam bentuk insurans kemalangan harta benda, hayat atau persaraan. AIG juga telah beroperasi di sekitar 80 negara yang berbeza dan pada masa yang sama memperkenalkan pelbagai jenis insurans yang dapat membantu dan menyediakan perlindungan bagi keperluan masa kini atau masa hadapan.

Pelan

Insurans Kereta AIG

    • Kerosakan kenderaan akibat kemalangan

Kami tahu bahawa kemalangan jalan raya boleh mengakibatkan kerosakan pada kenderaan anda. Oleh itu, mereka berada di sini untuk menguruskan bil pada kenderaan anda! Pasukan mereka akan menguruskan segala-galanya dari sudut pembaikan kecil, perundingan dan juga pembaikan utama tanpa mengira sebarang kos, selagi ia berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan tuntutan auto anda.

    • Perlindungan kebakaran & kecurian kenderaan

Sekiranya berlaku kecurian atau kebakaran penuh, mereka akan membayar kenderaan anda mengikut nilai pasaran kereta. Cuma pastikan anda melaporkannya dengan kadar yang segera dan ikut arahan yang telah ditetap!

    • Keistimewaan di bengkel pembaikan panel kami

Anda dapat menikmati waranti selama setahun untuk semua kerja pembaikan anda di bengkel panel mereka

    • Perlindungan Tambahan (add-on) yang boleh disesuaikan

AIG menyediakan tiga jenis pakej tambahan (add-on) yang boleh dibeli oleh pelanggan. Terdapat pakej Supreme, Saver dan Starter. Anda boleh memilih mana-mana pakej yang sesuai untuk anda dan orang tersayang.

    • Pembayaran penuh bagi jumlah kerosakan kenderaan

Jika kereta anda dilindungi dengan polisi nilai yang dipersetujui, anda akan mendapat bayaran penuh bagi jumlah kerosakan. Adalah lebih baik anda dilindungi oleh pihak kami jika keadaan sebegini berlaku!

    • Perkhidmatan Bantuan Jalan Raya

Insurans Kereta Komprehensif menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk membantu kenderaan anda kembali berfungsi. Polisi Komprehensif ini akan melindungi dan menawarkan tunda tanpa had, penukaran tayar, penggantian bateri jika mati akibat kemalangan.

Smart Auto

    • Elaun Tunai Harian

Mereka akan menampung segala kesulitan yang anda hadapi apabila kenderaan anda sedang dibaiki di bengkel mereka.

    • Pampasan Tunai

Terima pampasan tunai secara penuh untuk kenderaan anda akibat bencana alam.

    • Tambang Pengangkutan

Tampung sepenuhnya kos yuran pengangkutan apabila kereta anda dibaiki di bengkel panel mereka.

    • Kenderaan Pecah Masuk

Mereka akan menanggung sebarang kerugian terhadap kereta anda akibat pecah masuk atau rompakan.

    • Penggantian Kunci

Tampung kos penggantian kunci jika rosak atau hilang

    • Pembaikan Tayar dan Rim / Penggantian

Anda boleh kekal tenang dan mengetahui bahawa jika anda mengalami masalah tayar pancit atau sebarang masalah lain berkaitan dengan tayar, mereka akan menguruskan secara percuma.

    • Kemalangan Diri dan Perlindungan Penumpang

PA Insurans merupakan insurans terbaik yang dapat melindungi anda dan penumpang pada bila-bila masa daripada sebarang kecederaan atau kematian akibat kemalangan kereta. Pakej ini termasuk perlindungan bagi penumpang. Bayaran tambahan akan diberikan jika anda mempunyai NCD yang baik.

    • Perlindungan kepada Penumpang

Menyediakan perlindungan untuk penumpang terhadap kecederaan atau kematian. Dengan NCD yang baik, anda boleh menerima bayaran yang lebih tinggi.

Kenapa anda perlu membeli insurans kereta AIG?

    • Memenangi Anugerah bagi Perkhidmatan Tuntutan

AIG menyelesaikan masalah tuntutan dengan pantas!

    • Menawarkan Waranti pembaikan selama 1 Tahun

Nikmati waranti selama 1 tahun apabila anda membaiki kenderaan di bengkel panel mereka.

    • Perkhidmatan Bantuan Smart Auto

Hubungi 1800 88 8811 untuk menerima 24/7 hari bagi bantuan jalan raya.

    • Pembaharuan/Pemindahan Segera Secara atas Talian

Dapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan JPJ dan pembaharuan cukai jalan daripada syarikat ini. Anda juga boleh memperbaharui kenderaan anda secara atas talian.

Kenapa anda perlu membeli insurans kereta AIG melalui PolicyStreet?

    • Sangat Mudah

Masa yang diperlukan untuk membuat perbandingan antara penyedia insurans kereta mengambil masa yang agak lama. Tetapi, sekarang anda boleh menjimatkan masa anda yang berjam-jam daripada kekecewaan, kekeliruan dan keletihan dengan hanya menggunakan platform kami! Dapatkan sebut harga anda dalam beberapa minit sahaja. Paling penting – ia PERCUMA!!

    • Jaminan Harga Sepadan

Kami menawarkan harga terendah dan berbaloi berbanding harga pesaing.

    • Penasihat Kewangan Berkemampuan Teknologi

PolicyStreet merupakan penasihat kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. Kami mempunyai lebih 100,000 pelanggan dan hanya menawarkan kualiti servis yang terbaik serta berpatutan.

Proses Tuntutan Insurans Kereta AIG

Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan, sentiasa ingat untuk kekal tenang dan mematuhi panduan yang telah diberikan bagi proses tuntutan insurans kereta AIG.

  1. Maklumkan kepada AIG serta-merta selepas kemalangan kerana ia dapat mempercepatkan masa pemulihan anda dengan memastikan insurans dapat disediakan bagi sebarang pembaikan atau penggantian yang diperlukan.
  2. Laporkan semua kemalangan kepada pihak polis dalam masa 24 jam.
  3. Serahkan semua dokumen surat-menyurat yang diterima daripada pihak ketiga kepada AIG dengan segera.
  4. Pastikan anda menghantar kenderaan yang diinsuranskan ke bengkel panel yang kami luluskan.
  5. Isi bahagian yang berkaitan dalam borang tuntutan, dan jangan letakkan ‘rujuk polis’.
  6. Jangan mengaku liabiliti dan berunding atau menawarkan pampasan kepada mana-mana pihak ketiga.
  7. Jangan baiki kenderaan anda di bengkel panel yang tidak diluluskan oleh AIG.

Dokumen Insurans Kereta AIG

Sila sediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  • Borang tuntutan yang lengkap
  • Salinan asal laporan polis
  • Salinan kad pengenalan dan lesen memandu pemandu dan pemegang polisi
  • Salinan sijil pemilikan kenderaan
  • Gambar ditempat kejadian (kemalangan) dan kerosakan pada kenderaan
  • Surat polis memaklumkan pihak mana yang dikenakan kompaun atas kesalahan lalu lintas jalan raya

Soalan lazim (FAQ) berkenaan insurans kereta AIG

Apa itu insurans kereta AIG?

AIG telah dianugerahkan “Perkhidmatan Pengurusan Tuntutan Automotif Terbaik” oleh Konsortium Penyelidikan Motordata Malaysia (MRC). AIG Malaysia menyediakan polisi insurans kereta komprehensif yang akan melindungi kenderaan anda daripada kerosakan akibat kemalangan, kebakaran dan kecurian serta melindungi sebarang liabiliti yang ditanggung oleh pihak lain seperti mereka yang cedera atau terbunuh dalam kemalangan dengan perbelanjaan mereka sendiri.

Cara memilih pelan insurans kereta AIG yang sesuai untuk saya?

Bandingkan faedah daripada ketiga- tiga pakej tersebut, dan pilih pakej yang paling sesuai untuk anda. Anda juga boleh berunding dengan kami dan kami akan memberi anda nasihat tentang cara memilih pelan yang sesuai!

Apa kebaikan insurans kereta AIG?

Anda boleh rujuk ke bahagian “Mengapa insurans kereta AIG” untuk maklumat lebih lanjut!

Berapakah jumlah yang perlu saya bayar untuk insurans kereta AIG?

Sila rujuk kepada kami untuk menerima sebut harga!

Bagaimanakah cara untuk membeli insurans kereta AIG secara dalam talian?

  1. Dapatkan sebut harga
  2. Bandingkan sebut harga dan pilih harga yang terbaik
  3. Dapatkan perlindungan
  4. Bayar dan dapatkan insurans

Klik di sini untuk mendapatkan sebut harga!

Bagaimana saya boleh menghubungi insurans kereta AIG?

Anda boleh menghubungi mereka melalui nombor perkhidmatan pelanggan di talian 1800 88 8811 atau emel (AIGMYCare@aig.com)