Insurans Kereta Allianz

Allianz merupakan salah satu syarikat pengendali terkemuka di Malaysia yang mempunyai reputasi untuk memberikan kekuatan dari sudut kewangan dan kepakaran pengurusan risiko kepada pelanggan. Allianz turut berkembang secara konsisten dari masa ke masa bagi memenuhi keperluan pelanggan, pada masa yang sama mengekalkan keuntungan – dengan harga yang berpatutan! Ini membolehkan syarikat mereka memberikan pulangan yang tinggi kepada pemegang saham yang dihargai.

Pelan

Insurans Komprehensif Motor

    • Talian Bantuan 24 jam

Sekiranya berlaku kemalangan jalan raya, anda boleh menghubungi talian bantuan 1800-22-5542 untuk mendapatkan bantuan tepi jalan (roadside assistance).

    • Allianz Road Rangers

Allianz Road Rangers merupakan satu program dibawah Allianz yang memberi anda perkhidmatan sekiranya berlaku kemalangan. Perkhidmatan percuma ini dapat melindungi setiap pemegang polisi kereta persendirian iaitu Allianz Motor Komprehensif dengan keadaan yang selamat. Berikut adalah faedah tambahan yang disertakan:

    • Allianz Bike Brigade

Brigadier merupakan Respons Pertama yang akan tiba di lokasi kemalangan. Mereka akan memberikan bantuan awal, termasuk pertolongan cemas jika perlu.

    • Allianz Perkhidmatan Tunda (Tow Truck)

Allianz akan menunda kenderaan anda yang rosak ke balai polis sehingga laporan selesai, seterusnya kenderaan anda akan di bawa ke Pembaiki Panel Sah Allianz atau salah satu bengkel francais mereka atas permintaan.

    • Tuntutan Perkhidmatan Pramutamu di Balai Polis (Concierge Service)

Apabila anda tiba di balai polis, mereka akan membimbing dan menyokong setiap langkah anda.

    • Baucar e-Hailing

Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan dan anda perlu pulang dengan selamat, mereka akan menawarkan baucar e-hailing kepada anda.

    • Tuntutan yang diluluskan ( Claim Approval )

Memproses dan meluluskan tuntutan akibat Kerosakan Sendiri (Own Damage) yang layak akan dilakukan secepat mungkin. Tidak lebih dari 10 minit masa memproses!

    • Menghantar kenderaan

Menghantar kenderaan anda untuk pembaikian tanpa memerlukan anda untuk self-collect.

Tambahan (adds-on)

    • Kerosakan pada cermin depan (windscreen damage)

Perlindungan tambahan bagi cermin depan kenderaan yang rosak, tidak akan menjejaskan NCD.

    • Perlindungan liabiliti penumpang

Polisi ini memberikan perlindungan kepada penumpang kereta yang diinsuranskan bagi tujuan melindungi daripada kematian atau hilang upaya kekal yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya.

    • Perlindungan Bencana Khas

Anda boleh melindungi kenderaan anda sekiranya anda mengalami kerosakan yang diakibatkan oleh bencana alam. Perlindungan ini termasuk banjir, taufan, ribut atau tanah runtuh.

    • Mogok, Rusuhan dan Kekecohan Awam

Polisi ini turut melindungi kenderaan anda dari kerugian atau kerosakan akibat mogok, rusuhan dan kekecohan awam.

    • Pampasan untuk Taksiran Masa Pembaikan (CART)

Syarikat insurans anda akan menilai anggaran masa sebelum pembaikan, dan menyediakan dana untuk menolong anda menampung kos tersebut sekiranya berlaku.

Kenapa anda perlu membeli insurans kereta Allianz?

    • Keutamaan kepada Pelanggan

Syarikat terus komited untuk memastikan bahawa kepuasan pelanggan adalah yang utama. Pekerja juga berusaha untuk menjalin hubungan yang kukuh dengan pelanggan, mencari cara untuk berkembang dengan menguntungkan, dan pada masa yang sama membawa nilai kepada pemegang saham!

    • Budaya Berprestasi Tinggi

Mereka akan berkomunikasi mengenai strategi perniagaan kepada semua pihak yang berkepentingan. Dan salah satu tanggungjawab utama yang mereka miliki adalah bekerjasama dengan jabatan lain agar rancangan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

    • Berkomunikasi

Pekerja kami adalah aset terbesar kami. Kami mendorong mereka untuk berkomunikasi dengan pelanggan supaya mereka dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Kenapa anda perlu membeli insurans kereta Allianz melalui PolicyStreet?

    • Sangat mudah

Sekiranya anda sedang mencari insurans kereta, mengapa tidak membandingkan kadar (rate) dan harga insurans terlebih dahulu? Di PolicyStreet kami menjadikannya lebih mudah! Dapatkan sebut harga anda dalam beberapa minit dengan perkhidmatan-PERCUMA

    • Jaminan Harga Sepadan

Sekiranya anda mendapat harga yang lebih rendah bagi item yang sama, kami akan memadankannya dan mengembalikan wang anda!

    • Penasihat Kewangan Berkemampuan Teknologi

PolicyStreet merupakan penasihat kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. Kami mempunyai lebih 100,000 pelanggan dan hanya menawarkan kualiti servis yang terbaik serta berpatutan.

Proses Tuntutan Insurans Kereta Allianz

Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan, sentiasa ingat untuk kekal tenang dan mematuhi panduan yang telah diberikan bagi tuntutan insurans kereta.

  1. Hubungi salah satu bengkel panel atau khidmat pelanggan mereka untuk mendapatkan maklumat mengenai bengkel sah mereka
  2. Tandatangan borang persetujuan bengkel
  3. Buat laporan polis mengenai bagaimana kemalangan berlaku, mesti merangkumi kejadian pihak ketiga jika terlibat dengan pihak ketiga
  4. Hantar kenderaan anda ke bengkel panel yang diberi kuasa oleh Allianz
  5. Benarkan bengkel panel untuk menarik / menunda kereta anda jika kereta anda tidak dapat dipandu
  6. Serahkan dokumen yang diperlukan ke bengkel, mereka akan melaporkannya kepada pihak Allianz

Dokumen Insurans Kereta Allianz

Sila sediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  • Laporan polis
  • Kad pendaftaran
  • Kad IC dan Lesen Memandu Diinsuranskan
  • IC Pemandu dan Lesen Memandu
  • Anggaran dari Bengkel
  • Permit Pengangkutan Kenderaan Komersial

Soalan lazim (FAQ) berkenaan insurans kereta Allianz

Apa itu insurans kereta Allianz?

Allianz Road Rangers adalah perkhidmatan bantuan jalan raya automotif di seluruh negara yang menawarkan perkhidmatan menyeluruh bagi memastikan anda dan kenderaan anda kembali ke jalan raya. Mereka akan sentiasa bersama anda, tidak kira dimana jua anda berada.

Cara memilih pelan insurans kereta Allianz yang sesuai untuk saya?

Anda harus fahami apa yang anda perlukan dan berapa banyak pelindungan yang diperlukan bagi melindungi kenderaan anda.

Apa kebaikan insurans kereta Allianz?

Anda boleh rujuk ke bahagian “Mengapa insurans kereta Allianz” untuk maklumat lebih lanjut!

Berapakah jumlah yang perlu saya bayar untuk insurans kereta Allianz?

Sila rujuk kepada kami untuk menerima sebut harga!

Bagaimanakah cara untuk membeli insurans kereta Allianz secara dalam talian?

  1. Dapatkan sebut harga
  2. Bandingkan sebut harga dan pilih harga yang terbaik
  3. Dapatkan perlindungan
  4. Bayar dan dapatkan insurans

Klik di sini untuk mendapatkan sebut harga!

Bagaimana saya boleh menghubungi insurans kereta Allianz?

Anda boleh menghubungi mereka (Allianz) melalui nombor perkhidmatan pelanggan di talian 1-300 22 5542.