Insurans Kereta Lonpac

Lonpac diasaskan pada tahun 1962 dan sejak itu mereka telah menjadi salah satu syarikat insurans yang paling dipercayai di kalangan rakyat Malaysia kerana kepelbagaian produk insurans mereka serta perkhidmatan mereka yang cemerlang. Pada 2020, mereka berbangga kerana telah mencapai RM1.55 bilion dalam premium bertulis kasar tahunan. Dari segi insurans, mereka komited untuk mengutamakan pelanggan mereka. Apabila menyebut tentang insurans motor, mereka bukan sahaja menawarkan insurans untuk kereta, tetapi untuk motosikal juga!

Pelan Insurans Kereta Lonpac

Lonpac menawarkan 2 pelan insurans kereta yang berbeza untuk memenuhi segala keperluan anda.

Private Car Secure – Comprehensive

Lonpac menyatakan bahawa “Ia bukan tentang pergi ke mana sahaja yang anda inginkan, ia juga tentang pergi ke mana sahaja yang anda inginkan dengan selesa dan yakin. Berada di atas jalan raya seharusnya menjadi suatu pengalaman yang berharga untuk semua orang. Pelan ini menjanjikan perlindungan yang menyeluruh untuk anda dengan sedikit buah tangan iaitu– ketenangan minda.

    • Kemusnahan Akibat Barang yang Jatuh

Dengan pelan ini, kereta anda akan dilindungi jika ia musnah akibat barang yang jatuh. Jika ia diakibatkan oleh bencana alam, kos untuk perlindungan hanyalah sehingga 25% daripada jumlah perlindungan.

    • Kebakaran, Letupan atau Kilat Petir

Kereta anda terbakar? Meletup? Ataupun disambar petir? Jangan risau, Lonpac sentiasa berada di sisi anda.

    • Rompakan, Pecah Masuk Rumah, atau Kecurian

Kereta dicuri atau dirompak bukanlah suatu pengalaman yang indah untuk sesiapa pun, tetapi Lonpac akan sedaya upaya untuk membantu anda melaluinya.

    • Liabiliti terhadap Pihak Ketiga

Pelan ini akan melindungi anda daripada liabiliti yang mungkin dikenakan anda ke atas kecederaan, kematian, dan/ atau kerosakan atau kehilangan harta benda pihak ketiga.

    • Melindungi Semua Pemandu

Pelan ini akan melindungi semua pemandu yang sah dan anda tidak perlu untuk menyenaraikan nama-nama mereka pun!

    • Elaun Penggantian Dokumen

Untuk setiap gantian dokumen, anda akan diberikan ganti rugi jika mengambil pelan ini.

    • Bantuan Jalan Raya Kecemasan 24/7 (e-Assist)

e-Assist sentiasa bersedia untuk membantu anda sekiranya anda memerlukan bantuan jalan raya. Hanya telefon 1-300-88-1138

    • Jaminan Baikpulih Selama 6 Bulan di Bengkel Panel Kami

Lonpac memiliki bengkel panel diseluruh Malaysia yang komited untuk membaiki kerosakan kereta anda dengan jaminan baikpulih selama 6 bulan.

    • Private Car Secure – Third Party, Fire, & Theft

Kadang-kadang, perkara asas adalah lebih baik. Pelan ini akan melindungi anda daripada masalah dengan pihak ketiga, kebakaran dan kecurian dengan kos yang minimum.

    • Kebakaran, Letupan, atau Kilat Petir

Kereta anda terbakar? Meletup? Ataupun disambar petir? Jangan risau, Lonpac sentiasa berada di sisi anda.

    • Rompakan, Pecah Masuk Rumah, atau Kecurian

Kereta dicuri atau dirompak bukanlah suatu pengalaman yang indah untuk sesiapa pun, tetapi Lonpac akan sedaya upaya untuk membantu anda melaluinya.

    • Liabiliti terhadap Pihak Ketiga

Pelan ini akan melindungi anda daripada liabiliti yang mungkin dikenakan anda ke atas kecederaan, kematian dan/ atau kerosakan atau kehilangan harta benda pihak ketiga.

Tambahan

    • e-Hailing

Pemandu e-Hailing, penumpang dan pihak ketiga akan dilindungi dengan tambahan ini dari kehilangan atau kerosakan kereta, liabiliti undang-undang dan kemalangan peribadi.

    • Keadaan Khas

Pelan ini akan memastikan ia melindungi kereta anda daripada perkara yang tidak dapat dijangkakan– bencana alam (banjir, ribut, gempa bumi, tanah runtuh dan bencana alam yang lain).

    • Cermin Depan Kereta, Tingkap, atau Pelindung Matahari

Jika cermin depan kereta, tingkap atau pelindung matahari anda pecah, ia tidak bermaksud tabung anda juga haru pecah! Tambahan ini akan mengganti rugi kos untuk membaikinya tanpa mempengaruhi Diskaun Tanpa Tuntutan.

    • Ganti Rugi untuk Pemanjangan Masa Baikpulih (CART)

Anda akan diberikan ganti rugi jika kereta anda masih belum selesai dibaiki selepas tarikh yang ditetapkan.

    • Aksesori Kereta

Dengan tambahan ini, anda tidak perlu risau tentang menipiskan dompet anda setiap kali anda ingin menggantikan aksesori kereta anda.

    • Liabiliti Undang-Undang kepada Penumpang (LLP)

Jika anda terlibat dalam kemalangan dan ia dibuktikan bahawa ia diakibatkan oleh kecuaian anda, anda mungkin akan dikenakan tindakan undang-undang. Tambahan ini akan melindungi anda.

    • Mogok, Rusuhan & Kekecohan Awam

Hapuskan keresahan anda! Kereta anda akan dilindungi jika ia rosak akibat mogok, rusuhan dan kekecohan awam.

Mengapa anda perlu membeli insurans kereta Lonpac?

Lonpac adalah salah satu syarikat insurans terkemuka di Malaysia yang telah memenangi pelbagai anugerah setiap tahun. Mereka tegas dengan keputusan mereka untuk sentiasa memenuhi keperluan pelanggan mereka dan ia bukan sahaja cakap kosong!

    • Agen di seluruh Malaysia

Ianya kebanggaan Lonpac untuk mempunyai LEBIH 3000 agen berdaftar yang bersedia untuk membantu anda bila-bila masa anda memerlukan mereka.

    • Bengkel panel di seluruh Malaysia

Percaya atau tidak, terdapat lebih dari 480 bengkel panel di seluruh Malaysia (di SEMUA negeri!), untuk kereta anda. Ia ada dimana-mana sahaja.

Mengapa anda harus membeli insurans kereta Lonpac melalui PolicyStreet?

    • Kemudahan penggunaan

Kami faham bahawa kadang-kadang teknologi boleh membuat kita keliru dan kita hanya mempunyai 24 jam sehari. Oleh sebab itu, kami akan memastikan masalah tersebut dapat diselesaikan! Kami akan membantu dapatkan pelan insurans yang sempurna untuk anda dengan membandingkan LEBIH 10 syarikat insurans dalam masa 60 saat SAHAJA dengan PERCUMA.

    • Jaminan padanan harga

Kami amat menghargai integriti, jadi percayalah cakap kami apabila kami menjaminkan padanan harga dari pesaing kami dan kami mengutamakan pencarian tawaran terbaik untuk anda!

    • Penasihat Kewangan yang Berkemampuan Teknologi

Berita baik! Kami adalah penasihat kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. Kami tidak malu untuk berbangga dengan servis kami yang terbaik terhadap lebih dari 100,000 pelanggan di Malaysia yang mempercayai kami dengan insurans kereta mereka.

Proses Tuntutan Insurans Kereta Lonpac

  • Hubungi 1300-88-1138 untuk mendapatkan bantuan ataupun melalui aplikasi Lonpac Road Assist.
  • Sebarang tanggungjawab atau tawaran pampasan tidak seharusnya dilakukan sebelum bercakap dengan Lonpac.
  • Jika perlu, pihak ketiga boleh memfailkan tuntutan daripada Lonpac.
  • Kumpulkan bukti.
  • Nilai tahap kerosakan dan/ atau kecederaan.
  • Buat laporan polis dalam masa 24 jam.
  • Maklumkan kepada Lonpac dalam masa 7 hari.
  • Hantarkan kereta anda ke bengkel panel Lonpac.

Dokumen Tuntutan Insurans Kereta Lonpac

Untuk kerosakan peribadi

  • Borang tuntutan yang ditandatangani (dengan cop syarikat)
  • Borang pembayaran kredit elektronik yang ditandatangani
  • Salinan laporan polis
  • Salinan kad pengenalan pemilik polisi
  • Salinan lesen memandu pemandu
  • Salinan sijil pemilikan kenderaan
  • Gambar cukai jalan
  • Salinan perjanjian sewa beli
  • Gambar tempat kejadian
  • Jika ada, saman oleh pihak polis

Untuk tuntutan pihak ketiga

  • Dokumen yang pemilik polisi harus sertakan (seperti di atas)
  • Surat tuntutan yang menyatakan kerosakan dan kos untuk dituntut
  • Laporan polis
  • Keputusan penyiasatan polis dan pelan lakaran
  • Gambar tempat kejadian dan kerosakan kenderaan oleh pihak polis
  • Surat akuan (jika tiada laporan polis)
  • Salinan kad pengenalan dan lesen memandu pihak ketiga
  • Jadual polisi pihak ketiga
  • Kad RIMV pihak ketiga atau salinan sijil pemilikan kenderaan
  • Gambar cukai jalan pihak ketiga
  • Laporan pelaras asal pihak ketiga bersama-sama dengan gambar asal yang menggambarkan kerosakan yang dialami
  • Bil dan resit pelaras asal
  • Resit asal untuk baikpulih dan sebarang bayaran dokumentasi
  • Gambar asal kenderaan yang dibaiki
  • Bil asal dan resit untuk lebihan bayaran
  • Borang pembayaran kredit elektronik yang ditandatangani

Soalan Lazim Insurans Kereta Lonpac

Apakah insurans kereta Lonpac?

Lonpac adalah salah satu syarikat insurans yang paling dipercayai di kalangan rakyat Malaysia kerana kepelbagaian produk insurans mereka serta servis mereka yang cemerlang. Mereka akan melindungi kereta anda daripada bencana alam dan kekecohan awam! Bukan itu sahaja, mereka juga akan melindungi anda sekiranya liabiliti undang-undang dikenakan ke atas anda.

Bagaimanakah untuk saya memilih pelan insurans kereta Lonpac yang tepat untuk saya?

Tentukan sama ada anda ingin dilindungi sepenuhnya atau anda HANYA mahu dilindungi daripada masalah pihak ketiga, kebakaran dan kecurian. Masih pening? Datang dan biar kami bantu anda untuk dilindungi oleh pelan yang betul! Lagipun, kami memberi jaminan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Apakah kebaikan insurans kereta Lonpac?

Anda boleh merujuk ke bahagian “Mengapa anda perlu membeli insurans kereta Lonpac” untuk maklumat lebih lanjut!

Berapa banyak yang perlu saya bayar untuk insurans kereta Lonpac?

Rujuk kami untuk menerima sebut harga!

Bagaimanakah untuk saya membeli insurans kereta Lonpac atas talian?

Jadikan pengalaman membeli insurans kereta anda lancar dengan PolicyStreet! Ikuti 4 langkah berikut untuk menjimatkan wang dan masa anda:

  1. Dapatkan sebut harga
  2. Bandingkan sebut harga dan pilih harga yang terbaik
  3. Dapatkan perlindungan
  4. Bayar dan dapatkan insurans

Klik di sini untuk mendapatkan sebut harga!

Apakah nombor untuk dihubungi pihak insurans kereta Lonpac?

Berhubung dengan pegawai perkhidmatan pelanggan Lonpac di 03-2262 8666 atau customerservice@lonpac.com