Insurans Kereta Takaful Malaysia

Syarikat mereka merupakan salah satu pengendali Takaful terkemuka di Malaysia. Dengan reputasi yang kukuh iaitu menyediakan kewangan dan kepakaran pengurusan risiko kepada pelanggan. Mereka berkembang secara konsisten dari masa ke masa bagi memenuhi keperluan pelanggan sambil mengekalkan keuntungan – dengan harga yang berpatutan! Ini membolehkan syarikat mereka memberikan pulangan yang tinggi kepada pemegang saham.

Pelan

Takaful myClick Motor

    • Faedah 0% bagi pelan ansurans

Bayar lebih daripada RM500 dan menerima ansuran 0% selama enam bulan? Itu tawaran hebat!

    • Perlindungan komprehensif untuk kenderaan anda

Mereka akan melindungi anda daripada kemalangan seperti kebakaran, kecurian termasuk kerugian dan kerosakan dengan pihak ketiga

    • Perlindungan Kemalangan Diri percuma untuk anda dan penumpang

Anda akhirnya dapat memperoleh ketenangan dengan adanya Kemalangan Diri percuma. Di mana, setiap seorang iaitu anda dan orang tersayang akan dilindungi sehingga RM15,000

    • Tiada kos tambahan untuk pemandu tambahan (additional drivers)

Semua pemandu akan diberi perlindungan tanpa kos tambahan dan anda tidak perlu memberikan nama mereka.

    • Pulangan Tunai tanpa tuntutan

Mereka akan memberikan wang tunai kepada anda sebaik sahaja anda melalui tempoh perlindungan, tanpa perlu membuat tuntutan insurans.

    • Program Bantuan Tepi Jalan 24/7

Dengan adanya 24/7 Tele Bantuan Program, kami sedia membantu anda sekiranya berlaku kerosakan pada kenderaan anda, tanpa mengira jarak! Kami akan datang ke lokasi anda dan menunda kenderaan selagi anda berada diantara 50 kilometer.

    • Waranti perbaikan selama 6 bulan

Jangan risau tentang kenderaan anda- biarkan pembaiki panel mereka menjaganya. Anda boleh menikmati jaminan selama 6 bulan untuk pembaikan kerja!

    • Bayar dan kumpulkan mata dengan 8excite

Kumpul Mata Excite apabila anda melakukan pendaftaran atas talian. Klik disini untuk mengetahui lebih lanjut.

    • Diskaun atas talian yang luar biasa untuk anda!

Nikmati potongan 10% apabila anda mendaftar secara online !

Tambahan (Add-ons)

    • Perlindungan Cermin Kereta, Tingkap dan Perlindungan Matahari

Sekiranya anda secara tidak sengaja merosakkan cermin depan, tingkap atau pelindung matahari kereta anda, pelan perlindungan ini akan melindunginya. Ia juga melindungi sebarang filem laminasi / pewarnaan (jika berkenaan).

    • Motor PA Plus

Perlindungan kemalangan peribadi percuma akan memberi anda perlindungan tambahan iaitu kepada pemandu dan penumpang yang menaiki kenderaan anda daripada kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan jalan raya, serta kerosakan yang tidak terhad hingga 50 km. Manfaat ini dibayar di atas perlindungan Kemalangan Diri Percuma yang berharga RM15,000 seorang!

    • Perlindungan Peril Khas untuk Bencana Alam

Kenderaan anda akan dilindungi dari kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh bencana alam semula jadi, seperti banjir, ribut dan gempa bumi.

    • Khidmat Tunda dan Pembersihan kerana Kerosakan disebabkan Air

Situasi dimana kenderaan anda mengalami kerosakan air akibat banjir, banjir kilat atau apa sahaja yang memerlukan penambatan dan pembersihan, faedah ini akan menanggungnya. Anda boleh membuat tuntutan satu kali sahaja dalam tempoh perlindungan yang diberi bagi setiap kejadian tertentu.

    • Pampasan untuk Taksiran Masa Pembaikan (CART)

Sekiranya anda tidak bernasib baik dan kenderaan anda mengalami kerosakan akibat kemalangan, faedah ini akan mengimbangi masa yang diperlukan untuk pembaikan seperti yang dinilai oleh syarikat insurans anda (sehingga 21 hari x RM200).

    • Penggantian Kunci (Key Replacement)

Melalui manfaat ini, anda boleh mendapatkan 80% penggantian kos kunci kereta anda yang hilang. Jumlah maksimum ditentukan berdasarkan apa yang anda pilih dari senarai jumlah yang telah dipilih dan hanya berlaku sekali dalam tempoh perlindungan.

    • Liabiliti Undang-undang terhadap Penumpang

Manfaat ini akan membantu anda mengelakkan sebarang tanggungjawab undang-undang untuk kematian atau kecederaan tubuh badan yang mungkin disebabkan oleh kecuaian anda semasa memandu.

    • Liabiliti Undang-undang untuk Penumpang

Manfaat ini akan memastikan bahawa anda dilindungi dari kesahan kecuaian dari pihak penumpang. Sekiranya mereka menyebabkan kematian atau kecederaan tubuh orang lain, kecederaan peribadi mereka akan dijaga oleh Takaful!

    • Mogok, Rusuhan & Kekecohan Awam

Anda dapat melindungi kenderaan anda dari kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh mogok, rusuhan atau gangguan ketenteraman awam.

Takaful myClick Motor FlexiSaver

    • Perlindungan komprehensif untuk kenderaan anda

Perlindungan sepanjang tahun untuk kehilangan atau kerosakan kenderaan yang disebabkan oleh kebakaran, kecurian dan kecederaan badan pihak ketiga.

    • Bayar semasa anda memandu (Pay As You Drive daily cover)

Lindungi kereta anda secara automatik setiap hari daripada kerosakan yang tidak disengajakan apabila anda mengaktifkan perlindungan harian Pay As You Drive! Sebagai bonus tambahan, kami menawarkan perlindungan kemalangan diri untuk anda dan penumpang dengan polisi harian Pay As You Drive.

    • Perlindungan Percuma untuk semua pemandu

Semua pemandu yang sah dilindungi secara automatik dan tidak perlukan pencalonan.

    • Perkhidmatan tunda tanpa had

Dengan perkhidmatan tunda (towing) tanpa had, anda boleh menambat hingga 50 km.

    • Terima Diskaun semasa anda melakukan permohonan atas talian

Dapatkan diskaun 10% dengan segera apabila anda memohon secara atas talian bagi Takaful myClick Motor FlexiSaver.

Tambahan (Add-ons)

    • Perlindungan Cermin Kereta, Tingkap dan Perlindungan Matahari

Sekiranya anda secara tidak sengaja merosakkan cermin depan, tingkap atau pelindung matahari kereta anda, pelan perlindungan ini akan melindunginya. Ia juga merangkumi melindungi sebarang filem laminasi / pewarnaan (jika berkenaan).

    • Motor PA Plus

Perlindungan kemalangan peribadi percuma anda akan memberi anda perlindungan tambahan iaitu kepada pemandu dan penumpang yang menaiki kenderaan anda daripada kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan jalan raya, serta kerosakan yang tidak terhad hingga 50km. Manfaat ini dibayar di atas perlindungan Kemalangan Diri Percuma yang berharga RM15,000 seorang!

    • Penggantian Kunci (Key Replacement )

Melalui manfaat ini, anda boleh mendapatkan 80% penggantian kos kunci kereta anda yang hilang. Jumlah maksimum ditentukan berdasarkan apa yang anda pilih berdasarkan senarai jumlah yang telah dipilih dan hanya berlaku sekali dalam tempoh perlindungan

Kenapa anda perlu membeli insurans kereta Takaful?

    • Menyediakan perkhidmatan tunda (towing) tanpa had

Anda berpeluang untuk memenangi iPhone 13 Pro Max dan iPad Mini bermula 1 Oktober sehingga 31 Disember 2021, apabila anda membeli Takaful MotorNow Insurans dan lengkapkan borang yang tertera.

    • Perlindungan Kemalangan Peribadi Percuma

Jangan tunggu lagi! Dapatkan perlindungan kemalangan peribadi percuma anda dengan hanya satu klik! Lindungi diri anda dari sebarang kerosakan atau kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan.

    • Muat turun dan Menang!

Muat turun Aplikasi Takaful dan berpeluang memenangi baucar Village Grocer bernilai sehingga RM5,000! Tertakluk kepada terma dan syarat.

Kenapa anda perlu membeli insurans kereta Takaful melalui PolicyStreet?

    • Sangat mudah

Kami tahu keperitan anda untuk mencari insurans kereta yang tepat. Dengan platform ini, anda dapat membuat perbandingan antara penyedia yang berbeza dan pada masa yang sama menjimatkan masa – ia adalah PERCUMA! Dapatkan sebut harga anda hanya dalam beberapa minit tanpa kewajipan untuk membeli dari satu penyedia berbanding yang lain apabila mereka menawarkan harga yang lebih kompetitif daripada apa yang anda perolehi selama ini.

    • Jaminan Harga Sepadan

Kami menawarkan harga yang berpatutan berbanding pesaing.

    • Penasihat Kewangan Berkemampuan Teknologi

PolicyStreet merupakan penasihat kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. Kami mempunyai lebih 100,000 pelanggan dan hanya menawarkan kualiti servis yang terbaik serta berpatutan.

Proses Tuntutan Insurans Kereta Takaful

Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan, sentiasa ingat untuk kekal tenang dan mematuhi panduan yang telah diberikan bagi tuntutan insurans kereta Takaful anda.

  • Hubungi AACC 24 jam di seluruh negara untuk mendapatkan bantuan. Nombor Bantuan Takaful adalah 1-300221188 atau 15500, perkhidmatan tunda (towing) juga disediakan atas permintaan.
  • Maklumkan kepada pihak Takaful secepat yang mungkin
  • Membuat laporan polis dalam masa 24 jam
  • Hantarkan semua surat yang diterima dari pihak ketiga kepada pihak Takaful dengan segera ekoran kejadian tersebut
  • Anda boleh menghantar kenderaan ke Bengkel Panel yang diluluskan / disenaraikan untuk pembaikan atau penggantian cermin depan
  • Isi bahagian yang relevan dalam borang tuntutan anda
  • Jangan mengakui tanggungjawab dan berunding atau menawarkan pampasan kepada pihak ketiga.
  • Jangan membaiki kenderaan anda di bengkel panel yang tidak disenaraikan oleh syarikat insurans anda.

Dokumen yang diperlukan bagi tujuan tuntutan Insurans Kereta Takaful

Sila sediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  • Borang Tuntutan Takaful Jaminan Kesetian (Fidelity Guarantee)
  • Borang Tuntutan Takaful Am
  • Borang Tuntutan Takaful Liabiliti
  • Borang Tuntutan Kemalangan Diri Motor (MPA)
  • Borang Tuntutan Takaful Kemalangan Diri
  • Borang Tuntutan Perjalanan
  • Borang Tuntutan Takaful Pampasan Pekerja
  • Borang Tuntutan Pelajar Takaful Sekolah Malaysia (TPSM)
  • Borang Tuntutan Liabiliti Pengarah & Pegawai
  • Borang Tuntutan Takaful Liabiliti Amalan Pekerjaan

FAQ Insurans Kereta Takaful

Apa itu insurans kereta Takaful?

Bagi memastikan masa depan yang lebih cerah, Takaful Malaysia tetap komited untuk membantu lebih ramai orang mencapai cita-cita mereka.
Takaful menawarkan perlindungan kewangan yang terbaik, dengan harga yang kompetitif dan perkhidmatan pelanggan yang sangat cemerlang.Mereka telah menjadikan syarikat mereka sebagai syarikat yang mementingkan kesejahteraan pelanggan dengan menawarkan produk yang bersesuaian- tidak kira sama ada pelan Takaful keluarga atau am.

Apakah perbezaan antara myClick Motor dan myClick Motor FlexiSaver?

myClick Motor FlexiSaver menyediakan perlindungan harian – “Bayar Semasa Anda Memandu”, dimana anda hanya akan dikenakan bayaran untuk hari-hari yang dikendalikan.
myClick Motor memberikan lebih banyak faedah tambahan berbanding myClick Motor FlexiSaver.

Cara memilih pelan insurans kereta Takaful yang sesuai untuk saya?

Bandingkan faedah dari kedua-dua pelan tersebut, dan pilih pelan yang paling sesuai untuk anda. Anda boleh berunding dengan kami dan kami akan memberi anda nasihat mengenai cara memilih pelan yang tepat!

Apa kebaikan insurans kereta Takaful?

Anda boleh merujuk ke bahagian “Mengapa insurans kereta Takaful” untuk maklumat lebih lanjut!

Berapakah jumlah yang perlu saya bayar untuk insurans kereta Takaful?

Sila rujuk kepada kami untuk menerima sebut harga!

Bagaimana saya membeli insurans kereta Takaful dalam talian?

Anda boleh membeli insurans kereta Takaful secara dalam talian melalui PolicyStreet! Ikuti langkah berikut untuk membelinya!

  1. Dapatkan sebut harga
  2. Bandingkan sebut harga dan pilih harga yang terbaik
  3. Dapatkan perlindungan
  4. Bayar dan dapatkan insurans

Klik di sini untuk mendapatkan sebut harga!

Bagaimana saya boleh menghubungi insurans kereta Takaful?

Anda boleh menghubungi mereka (Takaful) di talian 1-300 88 252 385 atau emel csu@takaful-malaysia.com.my