Insurans Kesihatan Etiqa

Etiqa adalah salah satu penyedia insurans yang paling terkemuka di Malaysia yang ditubuhkan pada 1989 apabila Maybank General Assurance, Maybank Life Assurance, dan Maybank Takaful bergabung dengan Malaysia National Insurance Berhad. Etiqa menawarkan pelbagai produk insurans daripada insurans kereta kepada insurans pelaburan dan pendidikan.

What is Insurans Kesihatan?

Insurans kesihatan adalah sejenis insurans yang akan membantu menampung bil perubatan anda (penghospitalan, perundingan, pembedahan, rawatan, bekalan perubatan dan ubat-ubatan).

Apakah jenis pelan insurans kesihatan yang tersedia di Etiqa?

Ini adalah jenis pelan Insurans Kesihatan Etiqa:

  • Insurans e-Medical Pass
  • Insurans Medical Plus
  • Insurans e-CancerCare

Pelan-pelan tambahan

  • Takafulink Medical Plus
  • Insurans IL Medical Plus
  • Insurans IL CI Plus
  • Insurans IL Cancer Shield
  • Insurans IL Female Essential

Mengapa beli Insurans Kesihatan Etiqa?

  • Syarikat insurans kesihatan pilihan
  • Etiqa adalah salah satu syarikat insurans kesihatan yang paling digemari kebanyakan rakyat Malaysia kerana mereka menawarkan perkhidmatan yang cemerlang serta proses tuntutan yang mudah.

  • Kemudahan kemasukan tanpa tunai yang mudah
  • Sakit bukanlah sesuatu yang menggembirakan dan Etiqa juga jelas dengan perkara itu! Dengan mereka, nikmati kemudahan kemasukan tanpa tunai untuk memastikan anda mendapat rawatan tanpa perlu menunggu berjam-jam!

  • Tiada pemeriksaan kesihatan
  • Etiqa ingin memastikan proses membeli insurans adalah semudah ABC, jadi anda tidak perlu membuat pemeriksaan kesihatan sebelum membeli.

  • Hospital panel ada di mana-mana
  • Dengan Etiqa, mencari hospital panel tidak akan menjadi masalah. Mereka mempunyai hospital panel di seluruh negara.

Bagaimana untuk membeli Insurans Kesihatan Etiqa?

Anda boleh membeli insurans kesihatan Etiqa melalui laman web rasmi Etiqa ATAU membuat temu janji dengan ejen mereka.

Bagaimanakah cara saya membuat tuntutan untuk insurans kesihatan Etiqa?

Secara amnya, pelan insurans kesihatan Etiqa adalah atas dasar tanpa tunai, tapi dalam keadaan tertentu (pengecualian di bawah terma polisi, atau kemasukan ke hospital bukan panel/luar negara), ia akan dibuat atas dasar pembayaran balik. Berikut adalah panduan untuk tuntutan insurans kesihatan Etiqa:

  • Kemasukan tanpa tunai
    1. Tunjukkan kad pengenalan, kad perubatan dan surat rujukan (jika ada)
    2. Tandatangan borang kemasukan dan tunggu hospital anda meminta surat jaminan daripada TPA anda
  • Bayaran balik
    1. Pergi ke laman web Etiqa dan muat turun borang tuntutan
    2. Serahkan borang tuntutan bersama dokumen sokongan kepada Etiqa dalam tempoh 30 hari selepas anda discaj

Anda boleh menyemak status tuntutan anda di laman web Etiqa.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk Tuntutan Insurans Kesihatan Etiqa?

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk anda memfailkan tuntutan anda:

  • Borang tuntutan (Bahagian A)
  • Kenyataan doktor yang merawat (Bahagian B)
  • Bil terperinci asal
  • Resit rasmi asal
  • Salinan kad pengenalan yang diperakui
  • Salinan keputusan ujian perubatan
  • Salinan pasport (untuk rawatan di luar negara)

Sila ambil maklum bahawa jika dokumen dalam bahasa asing, terjemahan ke dalam Bahasa Inggeris diperlukan.

Bolehkah saya menukar pelan insurans kesihatan Etiqa saya?

Boleh! Hubungi Etiqa atau ejen anda untuk mengatur perubahan ini.

Apakah hospital panel untuk Etiqa?

Anda bernasib baik, mencari hospital panel Etiqa yang terdekat tidak akan menjadi satu masalah untuk anda! Lawati di sini untuk melihat mana satu yang paling dekat.

Adakah Etiqa membayar bil kesihatan saya secara tanpa tunai atau pembayaran balik?

Secara amnya, Etiqa membayar bil perubatan anda secara tanpa tunai, tetapi dalam keadaan tertentu (pengecualian di bawah terma polisi, atau kemasukan ke hospital bukan panel/luar negara), ia akan dibuat atas dasar pembayaran balik.

Berapakah yang perlu saya bayar untuk insurans kesihatan Etiqa?

Bergantung pada pelan yang dipilih, anda perlu membayar premium yang berbeza. Rujuk ejen Etiqa untuk maklumat lanjut.

Bolehkah saya membayar insurans kesihatan Etiqa secara ansuran?

Ya, insurans kesihatan Etiqa adalah atas dasar pembayaran bulanan.

Apakah kaedah pembayaran yang ada untuk insurans kesihatan Etiqa?

Etiqa menerima kaedah pembayaran ini:

  • Pembayaran atas talian melalui MyAccount Etiqa
  • Maybank2U
  • Auto debit
  • Potongan automatik kad kredit

Adakah polisi insurans kesihatan Etiqa saya akan tamat tempoh jika saya tidak memperbaharuinya tepat pada masanya?

Ya, polisi insurans kesihatan anda akan tamat tempoh jika anda tidak membayar premium anda tepat pada masanya.

Bagaimanakah saya boleh menghubungi Etiqa?

Hanya hubungi mereka di 1300-13-8888 atau info@etiqa.com.my dan mereka dengan senang hatinya akan membantu anda.