Insurans Kesihatan Tune Protect

Tune Protect percaya bahawa setiap orang berhak untuk dilindungi. Sejak penubuhan pada tahun 2011, mereka berdedikasi untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang cemerlang dengan mengenali pelanggan yang secara progresif mencari kemudahan dalam insurans kesihatan mereka. Produk perlindungan mereka yang ringkas dan berkos rendah semuanya boleh diakses dengan mudah melalui kemudahan platform digital.

Apa itu Insurans Kesihatan?

Insurans kesihatan adalah sejenis insurans yang akan membantu menampung bil perubatan anda (penghospitalan, perundingan, pembedahan, rawatan, bekalan perubatan dan ubat-ubatan).

Apakah jenis pelan insurans kesihatan yang tersedia di Tune?

Ini adalah jenis pelan Insurans Kesihatan Tune:

  • PRO-Health Medical
  • Lindungi diri anda dengan PRO-Health Medical, pelan insurans kesihatan kos rendah yang melindungi anda dari hujung rambut hingga hujung kaki.

  • DENTAL Easy
  • Hasil kerjasama dengan Universal MediDent Sdn Bhd (UMDSB), organisasi penjagaan terurus Tune Protect, mereka menawarkan skim Insurans Kesihatan Pergigian Premium pertama di Malaysia.

Bagaimana untuk Membeli Insurans Kesihatan Tune Protect?

Anda boleh membeli insurans kesihatan Tune melalui tapak web rasmi Tune ATAU yang membuat temu janji dengan ejen mereka.

Mengapa Beli Insurans Kesihatan Tune Protect?

  • Kemasukan tanpa tunai
  • Kad anda hilang? Jangan risau, Tune Protect memberi anda perlindungan dengan hanya menggunakan aplikasi mereka dan tunjukkannya semasa mendaftar masuk ke hospital untuk menikmati kemasukan tanpa tunai.

  • Perlindungan yang komprehensif dan berpatutan
  • Pelan insurans kesihatan Tune Protect menawarkan perlindungan komprehensif untuk kedua-dua rawatan pesakit dalam dan luar serta prosedur pembedahan. Bukan itu sahaja, premium pelan perubatan Protect bermula dari RM50 sebulan.

Bagaimanakah cara saya membuat tuntutan untuk insurans kesihatan Tune Protect?

Anda mempunyai dua pilihan untuk menfailkan tuntutan anda:

  • Lapak web Tune Protect
  • Aplikasi Tune Protect

Sila ambil maklum bahawa tuntutan atas talian hanya sah untuk produk yang dibeli atas talian melalui tuneprotect.com.

Ingin mengetahui cara membuat tuntutan anda, klik di sini.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk Tuntutan Insurans Kesihatan Tune?

Untuk pembayaran balik bil perubatan, dokumen yang diperlukan adalah:

  • Salinan kad pengenalan anda
  • Salinan penyata bank
  • Bil/Invois perubatan asal
  • Resit asal yang dikeluarkan oleh klinik/hospital
  • Laporan perubatan asal daripada doktor yang merawat

Untuk pemindahan perubatan kecemasan atau penghantaran pulang yang disebabkan oleh kecederaan kemalangan atau kematian:

  • Bil dan resit asal oleh operator ambulans/hospital
  • Laporan perubatan asal daripada doktor yang merawat

Bolehkah saya menukar pelan insurans kesihatan Tune Protect saya?

Anda hanya boleh mengemas kini atau menaik taraf pelan anda selepas anda memohon buat kali pertama atau apabila anda memperbaharui pelan anda. Oleh itu, anda disyorkan untuk memilih pelan terbaik untuk anda sebelum membuat pembayaran. Sebarang perubahan atau naik taraf pelan akan tertakluk kepada penilaian pengunderaitan baharu. Untuk maklumat lanjut, hubungi ejen Tune Protect anda.

Apakah hospital panel untuk Tune Protect?

Cari hospital panel terdekat untuk Tune Protect di sini.

Adakah Tune Protect membayar bil kesihatan saya secara tanpa tunai atau pembayaran balik?

Secara amnya, Tune Protect membayar bil perubatan anda secara tanpa tunai, tetapi dalam keadaan tertentu (pengecualian di bawah terma polisi, atau kemasukan ke hospital bukan panel/luar negara), ia akan dibuat atas dasar pembayaran balik.

Berapakah yang perlu saya bayar untuk insurans kesihatan Tune Protect?

Bergantung pada pelan yang dipilih, anda perlu membayar premium yang berbeza. Rujuk ejen Tune untuk butiran lanjut.

Bolehkah saya membayar insurans kesihatan Tune Protect secara ansuran?

Tidak, bayaran bulanan belum lagi tersedia pada platform Tune Protect oleh itu anda perlu membayar pelan perubatan anda secara tahunan.

Apakah kaedah pembayaran yang ada untuk insurans kesihatan Tune Protect?

Anda boleh membayar premium anda dengan menggunakan kad debit, kad kredit atau perbankan atas talian.

Adakah polisi insurans kesihatan Tune Protect saya akan tamat tempoh jika saya tidak memperbaharuinya tepat pada masanya?

Ya, polisi insurans kesihatan Tune Protect anda akan tamat tempoh jika anda tidak membayar premium anda tepat pada masanya.

Bagaimanakah saya boleh menghubungi Tune Protect?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi mereka di 1800-88-5753, atau hantarkan e-mel kepada mereka di hello.my@tuneprotect.com