Soalan Lazim Pinjaman Perumahan

Apakah itu pinjaman perumahan?

Pinjaman perumahan adalah sejumlah wang yang anda mohon atau pinjam daripada bank untuk membantu anda membeli rumah idaman anda. Setiap pinjaman akan dikenakan kadar faedah yang ditentukan oleh jumlah pinjaman dan tempoh pembayaran balik. Oleh itu, perlu diingat bahawa setiap bank akan mempunyai kadar faedah yang berbeza, dan anda harus membuat beberapa kajian sebelum memohon pinjaman perumahan.

Bilakah anda perlu memohon pinjaman perumahan?

  • Masa terbaik untuk anda memohon pinjaman perumahan adalah apabila:
  • Anda tidak mempunyai pinjaman tertunggak yang lain
  • Anda mempunyai wang yang cukup untuk bayaran pendahuluan
  • Kadar faedah rendah
  • Semua proses due diligence telah selesai

Apakah jenis pinjaman perumahan yang terdapat di Malaysia?

Secara umumnya, bank tertentu di Malaysia menawarkan 3 jenis pinjaman perumahan:

  • Term Loan
    Term loan ialah pinjaman dengan jadual pembayaran balik yang telah ditetapkan. Anda perlu membayar jumlah yang sama setiap ansuran bulanan untuk tempoh pinjaman dengan jenis pinjaman ini. Tambahan pula, anda tidak akan dapat mengeluarkan wang lebihan daripada pembayaran tambahan yang anda buat.
  • Semi-Flexi Loan
    Semi-flexi loan membolehkan anda membuat bayaran pendahuluan untuk jumlah pinjaman anda dan mengurangkan jumlah faedah. Anda boleh meminta untuk mengeluarkan wang bayaran tambahan yang telah anda bayar, tapi anda akan dikenakan caj bagi pemprosesan tersebut.
  • Flexi Loan
    Flexi loan membolehkan anda membuat bayaran tambahan atau mengeluarkan lebihan wang daripada pinjaman perumahan semasa anda tanpa perlu melalui proses kelulusan yang rumit di mana jumlah ansuran akan ditolak secara automatik setiap bulan daripada akaun semasa anda. Anda juga boleh mengeluarkan wang bayaran tambahan anda pada bila-bila masa.

Apakah perbezaan antara pinjaman perumahan dengan jenis pinjaman yang lain?

  • Pinjaman Perumahan
    Pinjaman bercagar yang diperoleh oleh peminjam (anda) daripada pemberi pinjaman (bank) untuk membeli hartanah sebagai cagaran.
  • Pinjaman Peribadi
    Pinjaman tidak bercagar yang diperoleh daripada bank, kesatuan kredit atau pemberi pinjaman dalam talian yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.
  • Pinjaman Pendidikan
    Sejumlah wang yang dipinjam untuk membiayai pendidikan selepah sekolah menengah atau tujuan perbelanjaan pendidikan tinggi.
  • Pinjaman Overdraf
    Anda hanya perlu membayar kadar faedah, dan jumlah tersebut akan ditolak terus daripada akaun semasa anda. Tiada tempoh pembayaran balik pinjaman. Kadar faedah yang perlu anda bayar, bagaimanapun, adalah lebih tinggi.
  • Al-Bai’ Bithaman Ajil
    Pinjaman perumahan berkonsepkan Islam berdasarkan prinsip jual beli. Bank akan membeli hartanah bagi pihak anda pada nilai pasaran semasa. Mereka kemudiannya akan menjualnya kembali kepada anda pada harga yang dipersetujui, yang akan anda bayar secara ansuran bulanan.
  • Musharakah Mutanaqisah
    Pinjaman perumahan berkonsepkan Islam di mana anda dan bank bersetuju untuk membeli hartanah. Anda akan menjadi penyewa bank, dan bayaran bulanan anda akan menampung pinjaman anda serta sebahagian daripada pegangan pemilikan bank dalam harta itu.

Apakah kriteria kelayakan untuk memohon pinjaman perumahan?

Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Warga asing dengan permit kerja dan visa yang sah
  • Berumur antara 18 hingga 75 apabila pinjaman matang
  • Pemohon bersama anda mestilah keluarga nukelus, seperti pasangan, ibu bapa, adik beradik atau anak

Setiap bank mempunyai syarat kelayakannya yang tersendiri. Oleh itu, berunding dengan bank wakil anda untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

Berapa lamakah proses permohonan pinjaman perumahan?

Sebaik sahaja anda telah menyerahkan semua dokumen yang diperlukan kepada bank, proses permohonan biasanya mengambil masa dalam 2 hari sehingga seminggu. Prosedur tersebut akan ditentukan oleh jumlah pinjaman, tempoh pinjaman, dan kelayakan anda. Walau bagaimanapun, sekali lagi ia bergantung kepada bank yang anda pilih.

Platform manakah saya boleh memohon pinjaman perumahan?

Anda boleh melawati atau walk in sahaja cawangan bank yang terdekat atau melayari laman web rasmi mereka.

Mengapakah permohonan pinjaman perumahan saya ditolak oleh bank?

Terdapat beberapa sebab mengapa pinjaman perumahan anda ditolak, antaranya:

  • Kestabilan pekerjaan
  • Anda membuat permohonan di bank yang salah
  • Pemaju atau projek mereka berada dalam senarai hitam bank
  • Anda mempunyai banyak pinjaman atau komitmen yang lain
  • Laporan CTOS dan CCRIS yang lemah
  • Anda tidak layak disebabkan oleh pendapatan semasa dan komitmen kewangan

Terdapat banyak sebab lain mengapa permohonan pinjaman perumahan anda ditolak.

Adakah pinjaman perumahan menjana faedah?

Di Malaysia, kadar faedah pinjaman perumahan ditentukan oleh Kadar Asas (BR), yang menyatakan kadar faedah terendah yang akan ditawarkan oleh bank untuk pinjaman perumahan. Purata kadar faedah tahunan ialah antara 1.75% hingga 2.7% p.a.

Bolehkah saya membiayai semula pinjaman perumahan saya?

Ya, anda boleh membiayai semula pinjaman perumahan anda berdasarkan terma dan syarat baharu mengikut bank yang anda pilih.

Apakah istilah lazim untuk pinjaman rumah?

  • “Tempoh terkunci”

    Tempoh masa di mana anda akan dikenakan penalti jika anda membayar pinjaman perumahan anda lebih awal daripada yang dipersetujui. Denda biasanya antara 2% hingga 5% daripada jumlah keseluruhan.

  • “Margin kewangan (MOF)”

    Jumlah wang yang akan dipinjamkan oleh bank kepada anda yang menentukan jumlah tunai yang perlu anda bayar pendahuluan untuk hartanah itu.

  • “Kadar faedah”

    Jumlah wang yang anda bayar kepada bank sebagai tambahan kepada jumlah prinsipal.

  • “Penilaian”

    Anggaran nilai hartanah, dan duti setem dikira berdasarkan nilai hartanah.

  • “Kadar asas”

    Kadar faedah yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia kepada bank perdagangan untuk pinjaman.

  • “Kadar Pinjaman Asas (BLR)”

    Kadar yang ditetapkan oleh setiap bank berdasarkan kos peminjaman wang yang akan dipinjamkan kepada peminjam.

  • “Pembiayaan semula”

    Membayar balik pinjaman sedia ada dan menggantikannya dengan yang baru dengan terma dan syarat baharu.