Simpanan Tetap

Apakah itu simpanan tetap?

Simpanan tetap (FD) adalah sejenis pelaburan jangka pendek di mana pelabur mendepositkan sejumlah wang dan bersetuju untuk mengelak daripada mengeluarkan wang mereka untuk sesuatu tempoh masa yang ditetapkan. Semasa tempoh matang, pelabur akan dibayar dengan kadar faedah yang tinggi dan ia biasanya lebih tinggi daripada akaun simpanan konvensional. Pelabur baru lebih suka FD kerana ia diinsuranskan oleh kerajaan dan ia memastikan pulangan yang tinggi, bergantung pada kadar faedah dan tempoh.

Mengapa saya perlu memilih simpanan tetap?

Selain dari sebab-sebab yang lain, anda harus memilih simpanan tetap kerana:

  • Ia dilindungi kerajaan
  • Pulangan dijamin
  • Ia melindungi daripada kerugian inflasi
  • Faedah lebih tinggi daripada akaun simpanan konvensional
  • Pengeluaran wang yang mudah

Apakah yang perlu saya ketahui sebelum memohon simpanan tetap?

  • Kadar faedah

    Anda harus mengetahui kadar faedah selepas tempoh matang untuk memastikan anda mendapat jumlah pulangan yang besar. Kadar faedah berbeza untuk setiap bank dan ia juga bergantung kepada tempoh.

  • Tempoh

    Bank yang berbeza menawarkan tempoh yang berbeza, iaitu diantara 1 bulan hingga beberapa tahun. Pilih yang sesuai dengan keperluan dan matlamat kewangan anda.

  • Caj tersembunyi

    Adalah penting untuk anda mengenal pasti semua caj yang bakal ditanggung supaya anda boleh mengelak daripada berbelanja lebih daripada yang anda jangkakan.

  • Penalti

    Anda harus ambil maklum tentang jumlah penalti supaya anda tahu apa yang akan jadi jika anda perlu mengeluarkan wang sebelum tempoh matang.

  • Bank

    Mengambil kira tentang perkhidmatan pelanggan dan reputasi bank yang anda merancang untuk memohon akaun simpanan tetap anda adalah satu langkah penting! Buat kajian menyeluruh sebelum membuat keputusan mengenai bank.

Apakah jenis simpanan tetap yang ada?

Terdapat 2 jenis simpanan tetap yang disediakan:

  • Kumulatif – Faedah akan dibayar semasa tempoh matang dan dikumpul setiap tahun.
  • Bukan kumulatif – Faedah akan dibayar mengikut pilihan anda (secara bulanan/suku tahunan/tahunan).

Siapakah yang layak untuk memohon simpanan tetap?

Anda layak untuk memohon simpanan tetap jika anda berumur 18 tahun ke atas. Apa yang lebih menarik, sesetengah bank juga membenarkan individu di bawah 18 tahun untuk memohon simpanan tetap. Rujuk kepada bank pilihan anda.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon simpanan tetap?

Secara amnya, kad pengenalan anda adalah satu-satunya dokumen yang diperlukan untuk memohon simpanan tetap, tapi bank yang berbeza mempunyai keperluan yang berbeza. Rujuk kepada bank pilihan anda.

Apakah tempoh bagi simpanan tetap?

1 hingga 60 bulan. Anda bebas memilih tempoh bergantung pada keperluan dan matlamat kewangan anda.

Berapakah jumlah deposit minimum untuk simpanan tetap?

Untuk tempoh 1 bulan, kebanyakan bank memerlukan anda untuk mendepositkan sekurang-kurangnya RM5,000. Jika anda bercadang untuk mengunci wang anda selama 2 bulan dan ke atas, minimum *RM500 atau RM1,000 diperlukan. Selain itu, sila ambil perhatian bahawa untuk simpanan tetap bukan kumulatif, RM5,000 adalah jumlah minimum.

*Bergantung kepada syarat bank

Apakah kadar faedah untuk simpanan tetap?

Kadar faedah bergantung pada bank yang anda pilih dan tempohnya. Secara amnya, kadar faedah adalah daripada **1.1% – 2.1% p.a. Tapi anda juga harus tahu bahawa sesetengah bank bersedia untuk merundingkan kadar faedah jika anda mengunci wang anda lebih daripada 24 bulan.

**Setakat 25 Mac 2022

Apakah yang akan berlaku jika saya mengeluarkan wang sebelum tempoh matang?

Terdapat 3 situasi pengeluaran wang:

  • Dalam tempoh 3 bulan selepas pembukaan akaun

    Tiada faedah akan dibayar kepada anda

  • Selepas 3 bulan pembukaan akaun

    50% faedah daripada bulan yang telah lengkap akan dibayar kepada anda

  • Pengeluaran separa

    Hanya sesetengah bank membenarkan ini dan dalam kebanyakan kes, hanya pengeluaran dalam gandaan RM1,000 dibenarkan. Rujuk kepada bank pilihan anda

Apakah senarai bank yang menawarkan simpanan tetap?

  • AFFIN BANK
  • Alliance Bank
  • AmBank
  • BSN
  • CIMB
  • Citibank
  • Hong Leong Bank
  • HSBC
  • Maybank
  • OCBC
  • Public Bank
  • RHB
  • Standard Chartered Bank
  • UOB

Apakah terma biasa untuk simpanan tetap?

  • “p.a.”

    Ia bermaksud per annum, atau setiap tahun.

  • “Kadar faedah”

    Jumlah pulangan yang diperolehi oleh pendeposit.

  • “Tempoh”

    Tempoh masa wang dikunci dalam akaun simpanan tetap.

  • “Deposit”

    Jumlah wang yang dikunci dalam akaun simpanan tetap untuk memperoleh faedah.

  • “Penalti”

    Caj tambahan daripada bank untuk pengeluaran sebelum tempoh matang (atau pengeluaran pramatang).

  • “Kematangan”

    Tempoh masa yang ditetapkan di mana pelaburan tamat dan prinsipal dan faedah dibayar balik.

  • “Pengeluaran pramatang”

    Pengeluaran wang dalam akaun simpanan tetap sebelum tempoh matang.

  • “Pengeluaran separa”

    Pengeluaran sebahagian jumlah wang dalam akaun simpanan tetap sebelum tempoh matang.