Simpanan Tetap AFFIN Bank

Tentang AFFIN Bank

Affin Bank Berhad ialah anak syarikat AFFIN Group. Sebagai penyedia perkhidmatan kewangan dengan lebih 111 cawangan di seluruh negara, AFFIN Bank menyasarkan untuk menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian kewangan terbaik kepada individu, perniagaan dan korporat untuk membawa keuntungan dan nilai kepada para pemegang sahamnya.

Apakah itu simpanan tetap?

Simpanan tetap (FD) adalah sejenis pelaburan jangka pendek di mana pelabur mendepositkan sejumlah wang dan bersetuju untuk mengelak daripada mengeluarkan wang mereka untuk sesuatu tempoh masa yang ditetapkan. Semasa tempoh matang, pelabur akan dibayar dengan kadar faedah yang besar dan ia biasanya lebih besar daripada akaun simpanan. Kerajaan juga menginsuranskannya, jadi tidak banyak risiko yang terlibat dalam pilihan ini.

Apakah yang perlu saya ketahui sebelum memohon simpanan tetap?

  • Kadar faedah

    Anda harus mengetahui kadar faedah selepas tempoh matang untuk memastikan anda mendapat jumlah pulangan yang besar. Kadar faedah berbeza untuk setiap bank dan ia juga bergantung kepada tempoh.

  • Tempoh

    Bank yang berbeza menawarkan tempoh yang berbeza, iaitu diantara 1 bulan hingga beberapa tahun. Pilih yang sesuai dengan keperluan dan matlamat kewangan anda.

  • Caj tersembunyi

    Adalah penting untuk anda mengenal pasti semua caj yang bakal ditanggung supaya anda boleh mengelak daripada berbelanja lebih daripada yang anda jangkakan.

  • Penalti

    Anda harus ambil maklum tentang jumlah penalti supaya anda tahu apa yang akan jadi jika anda perlu mengeluarkan wang sebelum tempoh matang.

  • Bank

    Mengambil kira tentang perkhidmatan pelanggan dan reputasi bank yang anda merancang untuk memohon akaun simpanan tetap anda adalah satu langkah penting! Buat kajian menyeluruh sebelum membuat keputusan mengenai bank.

Apakah jenis simpanan tetap yang ditawarkan oleh AFFIN Bank?

AFFIN Bank menawarkan 1 jenis simpanan tetap, iaitu AFFIN Fixed Deposit.

Siapakah yang layak untuk memohon AFFIN Fixed Deposit?

Anda layak memohon AFFIN Fixed Deposit jika anda:

  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, dan
  • Warganegara Malaysia atau penduduk tetap Malaysia

Mengapa saya perlu memilih AFFIN Fixed Deposit?

Selain dari sebab-sebab yang lain, anda harus memilih AFFIN Fixed Deposit kerana:

  • Deposit minimum yang rendah (dari RM500)
  • Tempoh fleksibel (1 hingga 60 bulan)
  • Perlindungan oleh PIDM (sehingga RM250,000)
  • Perkhidmatan perbankan atas talian 24/7

Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon AFFIN Fixed Deposit?

Kad pengenalan anda adalah satu-satunya dokumen yang diperlukan untuk memohon AFFIN Fixed Deposit.

Apakah tempoh bagi AFFIN Fixed Deposit?

1 hingga 60 bulan.

Berapakah jumlah deposit minimum untuk AFFIN Fixed Deposit?

  • 1 bulan: RM5,000
  • 2 bulan dan ke atas: RM500

Apakah caj yang dikenakan untuk AFFIN Fixed Deposit?

  • Kadar faedah: Ia bergantung pada tempoh anda (*1.50% – 1.85% p.a.)
  • Permintaan Penyata Tambahan: RM5 (setiap permintaan)

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kadar faedah, klik di sini.

*Setakat 25 Mac 2022

Apakah yang akan berlaku jika saya mengeluarkan wang sebelum tempoh matang?

  • Dalam tempoh 3 bulan selepas pembukaan akaun: Tiada faedah akan dibayar kepada anda
  • Selepas 3 bulan pembukaan akaun: 50% faedah daripada bulan yang telah lengkap akan dibayar kepada anda

Bagaimanakah saya boleh menghubungi AFFIN Bank untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang AFFIN Fixed Deposit?

Anda boleh menghubungi AFFIN Bank melalui saluran ini:

  • Telefon: 03-8230 2222
  • Borang atas talian: Lawati sini
  • Kunjungan cawangan: Klik di sini untuk mencari cawangan terdekat

Apakah istilah lazim untuk simpanan tetap?

  • “p.a.”

    Ia bermaksud per annum, atau setiap tahun.

  • “Kadar faedah”

    Jumlah pulangan yang diperolehi oleh pendeposit.

  • “Tempoh”

    Tempoh masa wang dikunci dalam akaun simpanan tetap.

  • “Deposit”

    Jumlah wang yang dikunci dalam akaun simpanan tetap untuk memperoleh faedah.

  • “Penalti”

    Caj tambahan daripada bank untuk pengeluaran sebelum tempoh matang (atau pengeluaran pramatang).

  • “Kematangan”

    Tempoh masa yang ditetapkan di mana pelaburan tamat dan prinsipal dan faedah dibayar balik.

  • “Pengeluaran pramatang”

    Pengeluaran wang dalam akaun simpanan tetap sebelum tempoh matang.

  • “Pengeluaran separa”

    Pengeluaran sebahagian jumlah wang dalam akaun simpanan tetap sebelum tempoh matang.