Deposit Tetap CIMB

Tentang CIMB

CIMB telah dilancarkan oleh (Perdana Menteri ketika itu) Tun Abdul Razak pada tahun 1974 sebagai Bank Multinasional Pertanian Sanwa. Pada tahun 1986, ia telah diambil alih oleh Bank of Commerce dan dinamakan semula sebagai Commerce International Merchant Bankers Berhad. CIMB adalah salah satu bank pilihan berjuta-juta rakyat Malaysia kerana mereka menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan, daripada insurans/takaful kepada pembiayaan dan pelaburan.

Apakah itu deposit tetap?

Deposit tetap (FD) merupakan cara terbaik untuk menjimatkan wang anda bagi suatu tempoh tertentu. Dengan kadar faedah yang tinggi serta keselamatan yang terjamin semasa pengeluaran, pelaburan ini menawarkan pelabur baharu peluang yang hebat sebagai pulangan ke atas pelaburan mereka!

Apakah yang perlu saya ketahui sebelum memohon deposit tetap?

  • Kadar faedah

    Anda harus mengetahui kadar faedah selepas tempoh matang untuk memastikan anda mendapat jumlah pulangan yang besar. Kadar faedah berbeza untuk setiap bank dan ia juga bergantung kepada tempoh.

  • Tempoh

    Bank yang berbeza menawarkan tempoh yang berbeza, iaitu diantara 1 bulan hingga beberapa tahun. Pilih yang sesuai dengan keperluan dan matlamat kewangan anda.

  • Caj tersembunyi

    Adalah penting untuk anda mengenal pasti semua caj yang bakal ditanggung supaya anda boleh mengelak daripada berbelanja lebih daripada yang anda jangkakan.

  • Penalti

    Anda harus ambil maklum tentang jumlah penalti supaya anda tahu apa yang akan jadi jika anda perlu mengeluarkan wang sebelum tempoh matang.

  • Bank

    Mengambil kira tentang perkhidmatan pelanggan dan reputasi bank yang anda merancang untuk memohon akaun deposit tetap anda adalah satu langkah penting! Buat kajian menyeluruh sebelum membuat keputusan mengenai bank.

Apakah jenis deposit tetap yang ditawarkan oleh CIMB?

CIMB menawarkan 1 jenis deposit tetap, iaitu Unfixed Deposit™. Deposit tetap versi Islam juga disediakan di sini.

Siapakah yang layak untuk memohon Unfixed Deposit™?

Anda layak memohon Unfixed Deposit™ jika anda berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.

Mengapa saya perlu memilih Unfixed Deposit™?

Selain dari sebab-sebab yang lain, anda harus memilih Unfixed Deposit™ kerana:

  • Tempoh fleksibel (1 hingga 60 bulan)
  • Perlindungan oleh PIDM (sehingga RM250,000)
  • Pengeluaran separa tersedia
  • Pembaharuan automatik
  • Faedah interim akan dikreditkan setiap 6 bulan (tempoh 12 bulan dan ke atas)

Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon Unfixed Deposit™?

Dokumen yang diperlukan untuk memohon Unfixed Deposit™ adalah seperti berikut:

  • Kad pengenalan (MyKad) / passport
  • Salinan bil utiliti

Apakah tempoh bagi Unfixed Deposit™?

1 hingga 60 bulan.

Berapakah jumlah deposit minimum untuk Unfixed Deposit™?

  • 1 bulan: RM5,000
  • 2 bulan dan ke atas: RM1,000

Apakah caj yang dikenakan untuk Unfixed Deposit™?

  • Kadar faedah

    Ia bergantung pada tempoh anda (*1.5% – 2.1% p.a.)

  • Pengeluaran semula penyata

    Dalam tempoh 1 tahun: **RM10 pendahuluan + RM2 setiap muka surat | Selepas 1 tahun: **RM20 pendahuluan + RM2 setiap muka surat

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kadar faedah, klik di sini.

*Setakat 25 Mac 2022
**Termasuk cukai

Apakah yang akan berlaku jika saya mengeluarkan wang sebelum tempoh matang?

Jika anda meletakkan deposit atau membuat pembaharuan selepas 1 November 2018, faedah tidak akan dibayar kepada anda. Untuk pengeluaran separa, hanya gandaan RM1,000 dibenarkan jika anda mengekalkan jumlah deposit minimum dalam akaun anda.

Bagaimanakah saya boleh menghubungi CIMB untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Unfixed Deposit™?

Anda boleh menghubungi CIMB melalui saluran ini:

  • Telefon: 03-6204 7788
  • Borang atas talian: Lawati sini
  • Emel: cru@cimb.com
  • Kunjungan cawangan: Klik di sini untuk mencari cawangan terdekat
  • CIMB Clicks: Mesej kami melalui aplikasi ini atau klik di sini
  • Tuliskan surat kepada: Customer Resolution Unit (CRU) P.O. Box 10338 GPO Kuala Lumpur 50710 WP Kuala Lumpur

Apakah istilah lazim untuk deposit tetap?

  • “p.a.”

    Ia bermaksud per annum, atau setiap tahun.

  • “Kadar faedah”

    Jumlah pulangan yang diperolehi oleh pendeposit.

  • “Tempoh”

    Tempoh masa wang dikunci dalam akaun deposit tetap.

  • “Deposit”

    Jumlah wang yang dikunci dalam akaun deposit tetap untuk memperoleh faedah.

  • “Penalti”

    Caj tambahan daripada bank untuk pengeluaran sebelum tempoh matang (atau pengeluaran pramatang).

  • “Kematangan”

    Tempoh masa yang ditetapkan di mana pelaburan tamat dan prinsipal dan faedah dibayar balik.

  • “Pengeluaran pramatang”

    Pengeluaran wang dalam akaun deposit tetap sebelum tempoh matang.

  • “Pengeluaran separa”

    Pengeluaran sebahagian jumlah wang dalam akaun deposit tetap sebelum tempoh matang.