Simpanan Tetap Citibank

Tentang Citibank

Citibank Berhad adalah sebahagian daripada Citigroup. Di Malaysia, Citibank ialah bank perdagangan berlesen yang ditubuhkan pada tahun 1959 dan kini merupakan bank digital global terunggul di Malaysia. Rangkaian luas produk dan perkhidmatan kewangan kepada pengguna, syarikat dan institusi seperti perbankan pengguna, sekuriti, perbendaharaan dan perdagangan telah menjadikannya peneraju kewangan global.

Apakah itu simpanan tetap?

Simpanan tetap (FD) boleh menjadi pilihan terbaik untuk pelabur baharu kerana ia menawarkan kadar faedah yang lebih tinggi daripada akaun simpanan biasa. Tempoh dan pulangan pelaburan ini juga dilindungi oleh kerajaan, serta memastikan wang daripada hasil titik peluh anda selamat daripada pemiutang!

Apakah yang perlu saya ketahui sebelum memohon simpanan tetap?

  • Kadar faedah
  • Anda harus mengetahui kadar faedah selepas tempoh matang untuk memastikan anda mendapat jumlah pulangan yang besar. Kadar faedah berbeza untuk setiap bank dan ia juga bergantung kepada tempoh.

  • Tempoh
  • Bank yang berbeza menawarkan tempoh yang berbeza, iaitu diantara 1 bulan hingga beberapa tahun. Pilih yang sesuai dengan keperluan dan matlamat kewangan anda.

  • Caj tersembunyi
  • Adalah penting untuk anda mengenal pasti semua caj yang bakal ditanggung supaya anda boleh mengelak daripada berbelanja lebih daripada yang anda jangkakan.

  • Penalti
  • Anda harus ambil maklum tentang jumlah penalti supaya anda tahu apa yang akan jadi jika anda perlu mengeluarkan wang sebelum tempoh matang.

  • Bank
  • Mengambil kira tentang perkhidmatan pelanggan dan reputasi bank yang anda merancang untuk memohon akaun simpanan tetap anda adalah satu langkah penting! Buat kajian menyeluruh sebelum membuat keputusan mengenai bank.

Apakah jenis simpanan tetap yang ditawarkan oleh Citibank?

Citibank menawarkan 1 jenis simpanan tetap, iaitu Time Deposit.

Siapakah yang layak untuk memohon Time Deposit?

Anda layak memohon Time Deposit jika anda berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.

Mengapa saya perlu memilih Time Deposit?

Selain dari sebab-sebab yang lain, anda harus memilih Time Deposit kerana:

  • Tempoh fleksibel (1 hingga 60 bulan)
  • Perlindungan oleh PIDM (sehingga RM250,000)
  • Pilihan untuk mendapatkan faedah anda untuk dikreditkan setiap bulan
  • Pengeluaran separa tersedia
  • Kadar faedah permulaan kekal selepas pengeluaran

Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon Time Deposit?

Kad pengenalan anda adalah satu-satunya dokumen yang diperlukan untuk memohon Time Deposit.

Apakah tempoh bagi Time Deposit?

1 hingga 60 bulan.

Berapakah jumlah deposit minimum untuk Time Deposit?

  • 1 bulan: RM5,000
  • 2 bulan dan ke atas: RM1,000

Deposit minimum RM50,000 untuk tempoh minimum 6 bulan diperlukan untuk pengkreditan faedah bulanan.

Apakah caj yang dikenakan untuk Time Deposit?

Kadar faedah bergantung pada tempoh anda (*1.1% – 1.3% p.a.). Caj lain tidak didedahkan, hubungi Citibank untuk maklumat lanjut.

*Setakat 25 Mac 2022

Apakah yang akan berlaku jika saya mengeluarkan wang sebelum tempoh matang?

  • Dalam tempoh 3 bulan selepas pembukaan akaun: Tiada faedah akan dibayar kepada anda
  • Selepas 3 bulan pembukaan akaun: 50% faedah daripada bulan yang telah lengkap akan dibayar kepada anda

Bagaimanakah saya boleh menghubungi Citibank untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Time Deposit?

Anda boleh menghubungi Citibank melalui saluran ini:

  • Telefon:
    • Lembah Klang – 03-2383 0000
    • Pulau Pinang – 04-296 0000
    • Johor – 07-340 6000
    • Sabah dan Sarawak – 1-800-82-1010
  • Mesej secara langsung: Lawati sini
  • Kunjungan cawangan: Klik di sini untuk mencari cawangan terdekat

Apakah istilah lazim untuk simpanan tetap?

  • “p.a.”
  • Ia bermaksud per annum, atau setiap tahun.

  • “Kadar faedah”
  • Jumlah pulangan yang diperolehi oleh pendeposit.

  • “Tempoh”
  • Tempoh masa wang dikunci dalam akaun simpanan tetap.

  • “Deposit”
  • Jumlah wang yang dikunci dalam akaun simpanan tetap untuk memperoleh faedah.

  • “Penalti”
  • Caj tambahan daripada bank untuk pengeluaran sebelum tempoh matang (atau pengeluaran pramatang).

  • “Kematangan”
  • Tempoh masa yang ditetapkan di mana pelaburan tamat dan prinsipal dan faedah dibayar balik.

  • “Pengeluaran pramatang”
  • Pengeluaran wang dalam akaun simpanan tetap sebelum tempoh matang.

  • “Pengeluaran separa”
  • Pengeluaran sebahagian jumlah wang dalam akaun simpanan tetap sebelum tempoh matang.