Simpanan Tetap Hong Leong Bank

Tentang Hong Leong Bank

Hong Leong Bank Berhad ialah bank yang berpangkalan di Malaysia dan sebuah bank Malaysia pertama yang memasuki sektor perbankan China. Ia menekankan pembangunan keupayaan kewangan untuk berkhidmat kepada pelanggannya merentasi lima benua. Untuk memastikan kecekapan dan kemudahan, HLB melancarkan rangkaian penuh sistem perbankan di atas talian untuk perbankan korporat, komersial dan PKS, dengan penyelesaian komprehensif yang direka untuk membantu pelanggan menguruskan perniagaan mereka dengan lancar.

Apakah itu simpanan tetap?

Simpanan tetap (FD) adalah sejenis pelaburan jangka pendek di mana anda boleh meletakkan wang anda dan bersetuju untuk tidak mengeluarkannya untuk tempoh yang ditetapkan. Semasa tempoh matang, pelabur akan mendapat kadar faedah yang lebih tinggi daripada akaun simpanan biasa! Kerajaan menginsuranskannya, jadi tidak banyak risiko yang terlibat dalam pilihan ini.

Apakah yang perlu saya ketahui sebelum memohon simpanan tetap?

  • Kadar faedah
  • Anda harus mengetahui kadar faedah selepas tempoh matang untuk memastikan anda mendapat jumlah pulangan yang besar. Kadar faedah berbeza untuk setiap bank dan ia juga bergantung kepada tempoh.

  • Tempoh
  • Bank yang berbeza menawarkan tempoh yang berbeza, iaitu diantara 1 bulan hingga beberapa tahun. Pilih yang sesuai dengan keperluan dan matlamat kewangan anda.

  • Caj tersembunyi
  • Adalah penting untuk anda mengenal pasti semua caj yang bakal ditanggung supaya anda boleh mengelak daripada berbelanja lebih daripada yang anda jangkakan.

  • Penalti
  • Anda harus ambil maklum tentang jumlah penalti supaya anda tahu apa yang akan jadi jika anda perlu mengeluarkan wang sebelum tempoh matang.

  • Bank
  • Mengambil kira tentang perkhidmatan pelanggan dan reputasi bank yang anda merancang untuk memohon akaun simpanan tetap anda adalah satu langkah penting! Buat kajian menyeluruh sebelum membuat keputusan mengenai bank.

Apakah jenis simpanan tetap yang ditawarkan oleh Hong Leong Bank?

Hong Leong Bank menawarkan satu 1 jenis simpanan tetap, iaitu HLB Fixed Deposit Account.

Siapakah yang layak untuk memohon HLB Fixed Deposit Account?

Anda layak memohon HLB Fixed Deposit Account jika anda:

  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, atau
  • Berumur di bawah 18 tahun (sebagai akaun amanah), dan
  • Seorang rakyat Malaysia

Ia terpakai untuk akaun individu dan bukan individu.

Mengapa saya perlu memilih HLB Fixed Deposit Account?

Selain dari sebab-sebab yang lain, anda harus memilih HLB Fixed Deposit Account kerana:

  • Deposit minimum yang rendah (dari RM500)
  • Tempoh fleksibel (1 hingga 60 bulan)
  • Perlindungan oleh PIDM (sehingga RM250,000)
  • Pengeluaran separa tersedia

Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon HLB Fixed Deposit Account?

Kad pengenalan anda adalah satu-satunya dokumen yang diperlukan untuk memohon HLB Fixed Deposit Account.

Apakah tempoh bagi HLB Fixed Deposit Account?

1 hingga 60 bulan.

Berapakah jumlah deposit minimum untuk HLB Fixed Deposit Account?

  • 1 bulan: RM5,000
  • bulan dan keatas: RM500

Apakah caj yang dikenakan untuk HLB Fixed Deposit Account?

  • Kadar faedah: Ia bergantung pada tempoh anda (*1.5% – 1.6% p.a.)
  • Caj perkhidmatan: RM50 (untuk pelanggan Priority Banking dengan purata baki di bawah RM100,000 untuk 3 bulan berturut-turut)
  • Penggantian resit FD yang hilang: RM5 setiap resit
  • Surat Indemniti duti setem: RM10
  • Penambahan pemegang akaun bersama: RM10 setiap akaun

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kadar faedah, klik di sini.

*Setakat 25 Mac 2022

Apakah yang akan berlaku jika saya mengeluarkan wang sebelum tempoh matang?

Jika anda meletakkan deposit atau membuat pembaharuan selepas 1 Januari 2019, faedah tidak akan dibayar kepada anda. Untuk pengeluaran separa, hanya gandaan RM1,000 dibenarkan.

Bagaimanakah saya boleh menghubungi Hong Leong Bank untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang HLB Fixed Deposit Account?

Anda boleh menghubungi Hong Leong Bank melalui saluran ini:

  • Telefon/WhatsApp: 03-7626 8899
  • Borang atas talian: Lawati sini
  • Mesej secara langsung: Lawati sini dan klik “Chat with us”
  • Facebook: Lawati sini
  • Twitter: Lawati sini

Apakah istilah lazim untuk simpanan tetap?

  • “p.a.”
  • Ia bermaksud per annum, atau setiap tahun.

  • “Kadar faedah”
  • Jumlah pulangan yang diperolehi oleh pendeposit.

  • “Tempoh”
  • Tempoh masa wang dikunci dalam akaun simpanan tetap.

  • “Deposit”
  • Jumlah wang yang dikunci dalam akaun simpanan tetap untuk memperoleh faedah.

  • “Penalti”
  • Caj tambahan daripada bank untuk pengeluaran sebelum tempoh matang (atau pengeluaran pramatang).

  • “Kematangan”
  • Tempoh masa yang ditetapkan di mana pelaburan tamat dan prinsipal dan faedah dibayar balik.

  • “Pengeluaran pramatang”
  • Pengeluaran wang dalam akaun simpanan tetap sebelum tempoh matang.

  • “Pengeluaran separa”
  • Pengeluaran sebahagian jumlah wang dalam akaun simpanan tetap sebelum tempoh matang.