Simpanan Tetap HSBC

Tentang HSBC

Berkhidmat untuk 40 juta pelanggan di 64 negara, HSBC adalah antara organisasi perbankan yang paling besar di seluruh dunia. HSBC telah berada di Malaysia sejak 1884, dan ia mempunyai lebih 50 cawangan di seluruh negara. Ia juga merupakan bank asing pertama yang ditubuhkan di sini yang diberikan lesen anak syarikat perbankan Islam di Malaysia. Ini memainkan peranan dalam menubuhkan HSBC Amanah Malaysia Berhad.

Apakah itu simpanan tetap?

Simpanan tetap (FD) boleh menjadi pilihan terbaik untuk pelabur baharu kerana ia menawarkan kadar faedah yang lebih tinggi daripada akaun simpanan biasa. Tempoh dan pulangan pelaburan ini juga dilindungi oleh kerajaan, serta memastikan wang daripada hasil titik peluh anda selamat daripada pemiutang!

Apakah yang perlu saya ketahui sebelum memohon simpanan tetap?

  • Kadar faedah
  • Anda harus mengetahui kadar faedah selepas tempoh matang untuk memastikan anda mendapat jumlah pulangan yang besar. Kadar faedah berbeza untuk setiap bank dan ia juga bergantung kepada tempoh.

  • Tempoh
  • Bank yang berbeza menawarkan tempoh yang berbeza, iaitu diantara 1 bulan hingga beberapa tahun. Pilih yang sesuai dengan keperluan dan matlamat kewangan anda.

  • Caj tersembunyi
  • Adalah penting untuk anda mengenal pasti semua caj yang bakal ditanggung supaya anda boleh mengelak daripada berbelanja lebih daripada yang anda jangkakan.

  • Penalti
  • Anda harus ambil maklum tentang jumlah penalti supaya anda tahu apa yang akan jadi jika anda perlu mengeluarkan wang sebelum tempoh matang.

  • Bank
  • Mengambil kira tentang perkhidmatan pelanggan dan reputasi bank yang anda merancang untuk memohon akaun simpanan tetap anda adalah satu langkah penting! Buat kajian menyeluruh sebelum membuat keputusan mengenai bank.

Apakah jenis simpanan tetap yang ditawarkan oleh HSBC?

HSBC menawarkan 1 jenis simpanan tetap, iaitu HSBC Time Deposit. Simpanan tetap versi Islam juga disediakan di sini.

Siapakah yang layak untuk memohon HSBC Time Deposit?

Anda layak untuk memohon HSBC Time Deposit jika anda:

  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, dan
  • Warganegara Malaysia, dan
  • Pemegang akaun Akaun Semasa atau Simpanan HSBC

Mengapa saya perlu memilih HSBC Time Deposit?

Selain dari sebab-sebab yang lain, anda harus memilih HSBC Time Deposit kerana:

  • Tempoh fleksibel (1 hingga 60 bulan)
  • Perlindungan oleh PIDM (sehingga RM250,000)
  • Kemas kini kematangan yang fleksibel

*Pilihan untuk mendapatkan faedah anda untuk dikreditkan setiap 6 bulan
**Pada bulan ke-13 dan ke atas

Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon HSBC Time Deposit?

Kad pengenalan anda adalah satu-satunya dokumen yang diperlukan untuk memohon HSBC Time Deposit.

Apakah tempoh bagi HSBC Time Deposit?

1 hingga 60 bulan.

Berapakah jumlah deposit minimum untuk HSBC Time Deposit?

  • 1 bulan: RM5,000
  • 2 bulan dan keatas: RM1,000

Apakah caj yang dikenakan untuk HSBC Time Deposit?

  • Kadar faedah: Ia bergantung pada tempoh anda (**1.40% – 2.70% p.a.)
  • Salinan penyata simpanan tetap: RM5 setiap permintaan

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kadar faedah, klik di sini.

**Setakat 25 Mac 2022

Apakah yang akan berlaku jika saya mengeluarkan wang sebelum tempoh matang?

  • Dalam tempoh 3 bulan selepas pembukaan akaun: Tiada faedah akan dibayar kepada anda
  • Selepas 3 bulan pembukaan akaun: 50% faedah daripada bulan yang telah lengkap akan dibayar kepada anda

Bagaimanakah saya boleh menghubungi HSBC untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang HSBC Time Deposit?

Anda boleh menghubungi HSBC melalui saluran ini:

  • Telefon: 1-300-88-1388
  • Mesej secara langsung: Lawati sini dan klik chat bubble di bahagian bawah sebelah kanan
  • Kunjungan cawangan: Klik di sini untuk mencari cawangan terdekat
  • Aplikasi Perbankan Mudah Alih HSBC Malaysia: Profil – Berbual dengan kami

Apakah istilah lazim untuk simpanan tetap?

  • “p.a.”
  • Ia bermaksud per annum, atau setiap tahun.

  • “Kadar faedah”
  • Jumlah pulangan yang diperolehi oleh pendeposit.

  • “Tempoh”
  • Tempoh masa wang dikunci dalam akaun simpanan tetap.

  • “Deposit”
  • Jumlah wang yang dikunci dalam akaun simpanan tetap untuk memperoleh faedah.

  • “Penalti”
  • Caj tambahan daripada bank untuk pengeluaran sebelum tempoh matang (atau pengeluaran pramatang).

  • “Kematangan”
  • Tempoh masa yang ditetapkan di mana pelaburan tamat dan prinsipal dan faedah dibayar balik.

  • “Pengeluaran pramatang”
  • Pengeluaran wang dalam akaun simpanan tetap sebelum tempoh matang.

  • “Pengeluaran separa”
  • Pengeluaran sebahagian jumlah wang dalam akaun simpanan tetap sebelum tempoh matang.