Deposit Tetap UOB

Tentang UOB

United Overseas Bank Limited, sering dikenali sebagai UOB dan beribu pejabat di Singapura dengan cawangan di kebanyakan negara Asia Tenggara. UOB menyediakan perkhidmatan perbankan komersial dan korporat, perkhidmatan kewangan peribadi, perbankan swasta dan perkhidmatan pengurusan aset, serta perkhidmatan kewangan korporat, modal teroka, pelaburan dan Insurans. Terdapat 19 cawangan di Singapura dan lebih daripada 500 pejabat di 19 negara.

Apakah itu deposit tetap?

Deposit tetap (FD) merupakan cara terbaik untuk menjimatkan wang anda bagi suatu tempoh tertentu. Dengan kadar faedah yang tinggi serta keselamatan yang terjamin semasa pengeluaran, pelaburan ini menawarkan pelabur baharu peluang yang hebat sebagai pulangan ke atas pelaburan mereka!

Apakah yang perlu saya ketahui sebelum memohon deposit tetap?

  • Kadar faedah

    Anda harus mengetahui kadar faedah selepas tempoh matang untuk memastikan anda mendapat jumlah pulangan yang besar. Kadar faedah berbeza untuk setiap bank dan ia juga bergantung kepada tempoh.

  • Tempoh

    Bank yang berbeza menawarkan tempoh yang berbeza, iaitu diantara 1 bulan hingga beberapa tahun. Pilih yang sesuai dengan keperluan dan matlamat kewangan anda.

  • Caj tersembunyi

    Adalah penting untuk anda mengenal pasti semua caj yang bakal ditanggung supaya anda boleh mengelak daripada berbelanja lebih daripada yang anda jangkakan.

  • Penalti

    Anda harus ambil maklum tentang jumlah penalti supaya anda tahu apa yang akan jadi jika anda perlu mengeluarkan wang sebelum tempoh matang.

  • Bank

    Mengambil kira tentang perkhidmatan pelanggan dan reputasi bank yang anda merancang untuk memohon akaun deposit tetap anda adalah satu langkah penting! Buat kajian menyeluruh sebelum membuat keputusan mengenai bank.

Apakah jenis deposit tetap yang ditawarkan oleh UOB?

UOB menawarkan 1 jenis simpanan tetap, iaitu UOB Fixed Deposit.

Siapakah yang layak untuk memohon UOB Fixed Deposit?

Anda layak untuk memohon UOB Fixed deposit jika anda:

  • Malaysia atau warga asing dengan pengenalan diri yang sah
  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun

Mengapa saya perlu memilih UOB Fixed Deposit?

Selain dari sebab-sebab yang lain, anda harus memilih UOB Fixed Deposit kerana:

  • Kadar faedah pada deposit tetap anda adalah kompetitif, yang bermaksud anda boleh memperoleh lebih banyak wang
  • Dapatkan faedah yang lebih tinggi dalam persekitaran berisiko rendah
  • Yakinlah bahawa deposit anda berada di tangan yang selamat dengan PIDM. Mereka akan menginsuranskan jumlah yang didepositkan sehingga RM250,000!

Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon UOB Fixed Deposit?

Dokumen yang diperlukan untuk memohon UOB Fixed Deposit adalah seperti berikut:

  • Salinan bil utiliti terkini anda (bil telefon, air atau elektrik yang menyatakan nama dan alamat rumah anda dengan jelas)
  • Surat Pekerjaan atau Permit Pelajar bagi warga asing yang bekerja atau belajar di Malaysia

Apakah tempoh bagi UOB Fixed Deposit?

Tempoh sehingga 12 bulan.

Berapakah jumlah deposit minimum untuk UOB Fixed Deposit?

Jumlah minimum deposit adalah RM500.

Apakah caj yang dikenakan untuk UOB Fixed Deposit?

  • Duti setem

    RM10

  • Caj perkhidmatan sijil deposit tetap yang hilang

    RM5

Apakah yang akan berlaku jika saya mengeluarkan wang sebelum tempoh matang?

Anda boleh keluar dan berhenti melabur pada bila-bila masa, tapi jika anda berbuat demikian, anda mungkin membayar penalti dan pendapatan faedah anda akan hilang.

Bagaimanakah saya boleh menghubungi UOB untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang UOB Fixed Deposit?

Untuk maklumat lanjut atau bantuan dengan UOB Fixed Deposit, sila layari laman web rasmi UOB atau lawati cawangan UOB yang berdekatan.

Apakah istilah lazim untuk deposit tetap?

  • “p.a.”

    Ia bermaksud per annum, atau setiap tahun.

  • “Kadar faedah”

    Jumlah pulangan yang diperolehi oleh pendeposit.

  • “Tempoh”

    Tempoh masa wang dikunci dalam akaun deposit tetap.

  • “Deposit”

    Jumlah wang yang dikunci dalam akaun deposit tetap untuk memperoleh faedah.

  • “Penalti”

    Caj tambahan daripada bank untuk pengeluaran sebelum tempoh matang (atau pengeluaran pramatang).

  • “Kematangan”

    Tempoh masa yang ditetapkan di mana pelaburan tamat dan prinsipal dan faedah dibayar balik.

  • “Pengeluaran pramatang”

    Pengeluaran wang dalam akaun deposit tetap sebelum tempoh matang.

  • “Pengeluaran separa”

    Pengeluaran sebahagian jumlah wang dalam akaun deposit tetap sebelum tempoh matang.