11

Cari “Car Seat” Kanak-Kanak Terbaik di Malaysia!

Bermula dari Januari 2020, penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak semasa memandu telah diwajibkan oleh JPJ. Mereka yang gagal untuk menyediakan kerusi keselamatan kanak-kanak akan diberi amaran untuk memasangnya.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), ia mendapati hanya 30% pemandu kereta dengan kanak-kanak menggunakannya dan oleh sebab itu lah peraturan ini diwajibkan.

Selain itu, ia adalah untuk menjamin keselamatan kanak-kanak dan ibu bapa ketika memandu. Jika anda tidak mempunyai “car seat” kanak-kanak di dalam kereta anda, anda perlu memegang anak anda di pangkuan. Lengan anda tidak dapat melindungi anak anda daripada hentaman dan ini akan memberi risiko kepada mereka untuk cedera apabila beg udara dilepaskan. Ini boleh menyebabkan leher mereka patah, malah kecederaan teruk yang lain.

Untuk menggalakkan ibu bapa menggunakan “car seat” kanak-kanak, Kerajaan Malaysia akan mengurangkan bayaran eksais daripada 10% kepada 5% serta menghapuskan duti import khususnya untuk kerusi keselamatan kanak-kanak. Ini adalah berita baik kepada semua ibu bapa yang risau tentang harga kerusi keselamatan kanak-kanak!

Adakah “Car Seat” Kanak-Kanak Anda Memenuhi Piawaian Keselamatan Malaysia?

Sebelum anda membeli “car seat” kanak-kanak, sangat penting untuk anda menyemak sama ada ia memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Malaysia. Kami ingin menekankan bahawa kami tahu betapa indah jika produk itu harganya murah, tapi yang lebih penting adalah untuk anda pastikan produk itu berkualiti tinggi. Berikut adalah perkara-perkara yang anda perlu periksa sebelum membeli kerusi keselamatan kanak-kanak:

  1. Pastikan piawaian keselamatan kerusi keselamatan kanak-kanak diluluskan oleh MIROS. Anda boleh menyemak senarai model, jenama dan nombor siri kerusi keselamatan kanak-kanak yang diluluskan di sini.
  2. Selain itu, kod QR MIROS harus disediakan pada kerusi itu supaya anda boleh mengimbasnya dan ia akan membawa anda ke lama web yang menunjukkan cara untuk menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak dengan betul dan selamat.
  3. Pastikan kerusi keselamatan kanak-kanak belum melepasi tarikh luput. Anda boleh mencari pelekat nombor siri apabila anda memusingkan produk ke atas, sisi ataupun belakang. Tarikh pembuatan dan tamat tempoh akan ditunjukkan.

Jenis “Car Seat” Kanak-Kanak di Malaysia

Terdapat banyak jenis kerusi keselamatan kanak-kanak yang boleh anda pilih, bergantung pada umur, ketinggian dan berat anak anda. Anda boleh lihat pada jadual di bawah:

Jenis Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak yang Terdapat di Malaysia

Jenis Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Berat Tinggi Umur
Kerusi keselamatan kanak-kanan menghadap belakang 9-13kg Kurang dari 83cm 0-18 bulan
Kerusi keselamatan kanak-kanak yang menghadap hadapan 9-18kg Kurang dari 71cm 15 bulan-4 tahun
Kerusi keselamatan kanak-kanak dengan abah-abah lima mata 15-25 kg Kurang dari 100cm 4-7 tahun
Kerusi keselamatan kanak-kanak dengan tali pinggang keledar biasa 25-36kg Lebih dari 135cm 6-12 tahun

Berdasarkan jadual di atas, umur kanak-kanak tidak memainkan peranan yang besar. Ibu bapa seharusnya memberikan perhatian terhadap berat badan anak sebelum membeli kerusi keselamatan kanak-kanak.

Bagaimana untuk Memakai “Car Seat” Kanak-kanak Anda di dalam Kereta?

Berikut adalah langkah mudah yang anda perlu pastikan semasa memasang kerusi keselamatan kanak-kanak anda:

  1. Pasang kerusi keselamatan kanak-kanak di tempat duduk belakang kereta anda. Kanak-kanak di bawah umur 13 tahun harus duduk di belakang dan bukannya di depan.
  2. Semasa memasang, pastikan ia menghadap ke arah yang betul. Menurut kajian, meletakkan kerusi keselamatan kanak-kanak menghadap belakang adalah lebih selamat.
  3. Pastikan kerusi keselamatan kanak-kanak diletakkan pada sudut yang betul mengikut arahan pengeluar. Ia juga bergantung pada jenis kerusi keselamatan kanak-kanak, kerana sesetengahnya mempunyai tempat baring yang boleh dilaraskan.
  4. Pasang kerusi keselamatan kanak-kanak menggunakan tali pinggang keledar atau titik berlabuh ISOFIX. Anda boleh menyemak manual produk untuk semak pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak anda.
  5. Pastikan ia dipasang dengan kukuh. Kerusi keselamatan kanak-kanak tidak boleh bergerak lebih daripada 1 inci dari laluan tali pinggang keledar.
  6. Akhir sekali, jika anda masih tidak pasti, kerusi keselamatan kanak-kanak yang mempunyai kod QR MIROS akan membawa anda ke laman web untuk menunjukkan cara memasang kerusi keselamatan kanak-kanak dengan betul.

Lindungi diri anda dan anak anda dengan polisi insurans kereta terbaik dengan PolicyStreet. Kami adalah penasihat kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. Kami membantu menghubungkan pengguna kepada 35 syarikat insurans terkemuka dan membandingkan sebut harga insurans terbaik yang sesuai untuk keperluan anda dengan harga yang tepat. Lawati laman web kami jika anda ingin membeli dan memperbaharui insurans kereta anda!

Related Posts

Leave a Reply