11

4 Hospital Swasta yang Paling Mahal di Lembah Klang

Sakit membuatkan kita berasa gelisah. Kenapa? Sebab semuanya tak kena. Bilik terlalu sejuk, katil terlalu keras, tekak terlalu kering, badan terlalu lemah, dan selera makan semakin hilang. Apa yang kita mahukan ialah dirawat dalam keadaan yang paling selesa! Pernah terfikir tak betapa seronoknya jika kita dirawat di hospital yang seperti hotel– bilik yang luas, selimut yang gebu, makanan yang lazat dan perkhidmatan 5 bintang? Tak perlu bayangkan lagi! Kami akan menyenaraikan 4 hospital swasta yang paling mahal dan yang paling mewah di Lembah Klang untuk anda!

1. Hospital Gleneagles Kuala Lumpur

Hospital Gleneagles adalah salah satu hospital swasta terbaik di Malaysia dan ia terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Oleh kerana perkhidmatan yang diberikan adalah kelas pertama, mudah untuk sesiapa faham mengapa hospital ini adalah pilihan pertama bagi kedua-dua warga tempatan dan warga asing untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan.

Salah satu kebanggaan Hospital Gleneagles ialah suite dan perkhidmatan bersalin mereka. Tiada justifikasi diperlukan untuk kenyataan itu kerana mereka membimbing setiap ibu bapa dari awal. Mereka menyediakan kelas cara memandikan bayi, kraftangan dan cara penyusuan untuk setiap bakal ibu bapa yang datang untuk perkhidmatan mereka. Jadi, jika anda merancang untuk hamil, anda boleh pilih Hospital Gleneagles sebagai pilihan nombor 1 anda. Mereka juga mempunyai pakar Obstetrik dan Ginekologi terkemuka negara serta bidan-bidan berpengalaman untuk memudahkan proses bersalin anda.

Kadar bilik di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur

Kadar bilik di sini adalah yang paling mahal apabila dibandingkan dengan hospital swasta lain di Lembah Klang, tapi dengan bilik yang bertaraf hotel, menu santapan mewah, dan perkhidmatan pelayan persendirian, ianya berbaloi! Mari lihat kadar bilik di bawah:

Jenis bilik Kadar satu malam (RM)
Presidential Suite 3,800
Suite Hibiscus / Orchid / Tulip 2,388
Suite 800 (Junior) | 980 (Deluxe) | 1,600 (Executive)
Single Room 250 (Standard) | 380 (Executive)
Bilik 2 katil 160
Bilik 4 katil 100
Penjagaan Harian 95
ICU & CCU 480
Suite ICU 680
HDU 315
NHDU 315
Suite Bersalin 393
NICU 450
Tempat Asuhan 60
Tempat Pengasingan 150

Kemudahan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur

Dengan tanda harga seperti itu, yakinlah bahawa mereka akan memberikan anda kemudahan kelas pertama. Anda tahu tak bahawa mereka menyediakan TV 29” dengan Astro di dalam bilik pesakit, serta 6 hidangan makanan percuma? Semestinya, anda tidak akan bosan atau lapar semasa berada di wad. Jika anda membuat keputusan untuk mendaftar masuk ke suite, peti sejuk, ketuhar gelombang mikro dan pemain CD/DVD juga akan disediakan untuk memastikan anda berasa seperti di rumah. Oh kejap, adakah anda orang yang “boujee” yang sudah biasa dengan gaya hidup “boujee”? Jangan risau, dapatkan sahaja Executive atau Presidential Suite! Kedua-dua bilik ini mempunyai komputer meja dengan akses internet, dapur kecil dan ruang makan yang berasingan. Apa lagi? PlayStation disediakan di Presidential Suite! Ini membuktikan bahawa kemudahan yang disediakan oleh Hospital Gleneagles akan membuatkan anda rasa seperti di rumah.

2. Pusat Perubatan Prince Court

Terletak di Golden Triangle Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Prince Court adalah hospital pilihan bagi ramai VIP dan selebriti. Mereka menawarkan pemeriksaan kesihatan secara diskret, pelan rawatan peribadi, dan ruang istirahat untuk pesakit antarabangsa, jadi tidak hairanlah ia adalah hospital yang kerap dikunjungi ramai orang yang terkenal.

Kadar bilik di Pusat Perubatan Prince Court

Jika anda ingin menikmati pemandangan Menara Berkembar atau Kelab Golf Diraja Selangor sambil dirawat, Pusat Perubatan Prince Court adalah untuk anda! Berapa banyak yang anda perlu bayar untuk mendapatkan pandangan seperti itu? Lihat di bawah:

Jenis bilik Kadar satu malam (RM)
VVIP Suite 2,888
Suite 1,288
Junior Suite (hanya di wad bersalin) 600
Standard Room 280

Kemudahan di Pusat Perubatan Prince Court

Prince Court tidak percaya bahawa pesakit mereka sepatutnya patut menerima servis yang tidak semenggah! Setiap bilik di sini dilengkapi dengan bilik tidur peribadi dan hanya seorang pesakit dalam satu bilik! Jika anda seorang yang mementingkan privasi (atau tidak suka berkongsi), ini sesuai untuk anda. Satu-satunya perkara yang membuatkan Prince Court unik ialah kewujudan ‘healing art’ di setiap bilik. Menarik kan? Apa lagi yang lebih menarik? Sofa disediakan di setiap bilik, termasuk Standard Room. Bagi mereka yang hanya suka dengan perkara yang mewah dalam hidup, Suite dan VVIP Suite yang dilengkapi dengan ruang tamu peribadi adalah untuk anda. Jika anda lebih suka mempunyai ruang kerja, pelayan peribadi, ruang makan dan 4 bilik air peribadi anda sendiri, VVIP Suite adalah lebih baik untuk anda.

3. Pusat Perubatan ParkCity

Sebahagian daripada Ramsay Sime Darby Healthcare, Pusat Perubatan ParkCity (PMC) adalah hospital swasta bertaraf dunia yang memenangi pelbagai anugerah dengan bilik pembedahan yang canggih. Jika anda sedang mencari pakar pediatrik terbaik untuk si manja, tak perlu pergi jauh! PMC mempunyai Pusat Perkembangan Kanak-kanak yang hebat, ditambah pula dengan pakar pediatrik terbaik di rantau ini! Hospital ini juga terletak di Desa ParkCity, Kuala Lumpur, jadi orang KL tidak perlu risau untuk pergi jauh!

Kadar bilik di Pusat Perubatan ParkCity

PMC mempunyai reka bentuk moden dan futuristik untuk bilik mereka! Bilik-bilik di PMC adalah definisi ‘lagi macam hotel daripada hospital’. Harga untuk VVIP dan VIP Suite masih masuk akal kerana ia tidak sampai RM2000 satu malam, jadi ia sesuai untuk mereka yang sudah biasa dengan gaya hidup mewah tetapi tidak mahu berbelanja banyak untuk bilik hospital. Berikut adalah kadar harga bilik untuk maklumat anda:

Jenis bilik Kadar satu malam (RM)
VVIP Suite 1,688
VIP Suite 1,388
Single Room 260 (Standard) | 380 (Executive)
Bilik 2 katil 180
Bilik 4 katil 120

Kemudahan di Pusat Perubatan ParkCity

Kemudahan di PMC adalah yang terbaik! PMC mengutamakan keselesaan dan privasi untuk semua pesakit mereka demi memastikan penginapan yang selesa. Setiap bilik dilengkapi dengan TV untuk setiap individu (termasuk bilik 4 katil), jadi anda tidak akan kebosanan apabila menginap di sini! Di dalam bilik yang lebih premium seperti VVIP dan VIP Suite, anda akan menemui bilik tidur peribadi, ruang istirahat peribadi dan ruang tamu, serta bilik tetamu (VVIP Suite sahaja). Memandangkan ia terletak di Desa ParkCity, ia berhampiran dengan The Waterfront, di mana semua kafe hipster ada, jadi anda tidak perlu risau untuk mencari makanan semasa di sini!

4. Pusat Perubatan Sunway

Sunway Group bukan asing bagi rakyat Malaysia. Dari pusat beli-belah terkenal, Sunway Pyramid hingga institusi pendidikan berkelas A, Sunway University, Sunway mempunyai semuanya! Pusat Perubatan Sunway (SMC) terletak di Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor, jadi semua warga Subang (atau Shah Alam) boleh pergi ke hospital ini jika anda sakit. Mereka adalah salah satu pusat perubatan swasta terkemuka yang komited untuk menyediakan penjagaan perubatan terbaik kepada pesakit mereka!

Kadar bilik di Pusat Perubatan Sunway

Jangan biarkan harganya menipu anda! Ia mungkin agak murah, dengan harga Premier Suite hanya RM1,288 satu malam, tapi biliknya sama selesa dan mewah seperti 3 hospital lain dalam senarai ini. SMC membenarkan anda memilih bilik anda semasa proses kemasukan, tapi ia masih tertakluk pada keadaan. Jadi, sebelum anda memilih bilik anda, mari lihat mana yang sesuai dengan bajet anda!

Jenis bilik Kadar satu malam (RM)
Premier Suite 1,288
Deluxe Suite 700
Single Room 268 – 350
Bilik 2 katil 150
Bilik 4 katil 95
Penjagaan Harian 85
ICU/CCU 480
HDU 380 – 580
NHDU 330
CHDU (4 katil) 330
Suite Bersalin 330 (per usage)
NICU 450
Tempat Asuhan 75
Katil Pemerhatian Pediatrik (4 katil) 330
Deluxe Therapeutic 388

Kemudahan di Pusat Perubatan Sunway

Setiap pesakit akan diberikan makanan percuma untuk memastikan penginapan anda selesa! Setiap bilik juga dilengkapi dengan TV dan jika anda mempunyai sebarang permintaan, kakitangan mereka sedia melayani permintaan anda! Menjadikan penginapan anda selesa adalah matlamat mereka. SMC juga terletak berhampiran dengan Sunway Pyramid dan Sunway Geo Avenue, jadi anda tidak perlu risau jika anda mengidam makanan anda atau tertinggal keperluan asas anda di rumah. Malas nak memandu ke pusat beli belah? Subway, Starbucks dan FamilyMart terletak di tingkat bawah.

Cara Mengurangkan Belanja untuk Penginapan di Hospital Swasta

Melihat senarai ini membuatkan anda ingin mendapatkan rawatan di salah satu hospital ini jika anda jatuh sakit, tapi bilik memikirkan tentang kos yang tinggi untuk bilik hospital yang mewah dengan perkhidmatan 5 bintang, dompet rasa makin menipis. Tapi jangan risau! Jika anda ingin pergi ke salah satu hospital ini dan tidak mahu memecahkan tabung, ini caranya: DAPATKAN INSURANS PERUBATAN! Selain daripada menjimatkan wang anda jika anda dimasukkan ke hospital swasta, ada banyak sebab lain mengapa anda perlu mendapatkan insurans perubatan. Kami telah menyenaraikannya supaya anda boleh mempertimbangkan untuk membeli insurans perubatan.

Sebab untuk Membeli Insurans Perubatan

1. Meringankan beban bil perubatan

Dengan bilangan orang yang mempunyai penyakit yang semakin meningkat dan inflasi perubatan, wajar untuk semua orang membeli insurans perubatan. Bil perubatan boleh menjadi sangat mahal, terutamanya yang kita tidak sangka! Jika anda tidak dilindungi oleh insurans, anda mungkin perlu mengeluarkan wang simpanan anda sendiri sekiranya anda jatuh sakit dan ia akan merosakkan rancangan masa depan anda. Jika anda bercadang untuk dimasukkan ke hospital swasta, bilnya sangat tinggi. Bilik berkongsi berharga sekurang-kurangnya RM100 satu malam dan itu tidak termasuk kos ubat, rawatan dan kos tambahan lain.

2. Melindungi keluarga anda

Insurans perubatan juga akan melindungi ahli keluarga anda jika mereka ingin mendapatkan rawatan perubatan. Anda boleh melindungi pasangan, anak, dan juga ibu bapa anda di bawah polisi yang sama! Ini penting kerana kita tidak dapat meramalkan masa hadapan dan membeli insurans untuk ahli keluarga anda akan membantu anda untuk berhenti bimbang tentang bil perubatan mereka. Selain itu, ini juga bermakna anda tidak perlu menghabiskan wang simpanan anda!

3. Mencegah penyakit akibat gaya hidup

Malangnya, penyakit yang biasa pada kalangan warga emas seperti strok, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain kini juga menjadi kebiasaan dalam kalangan generasi muda. Ini kerana gaya hidup kita di mana keju yang berlebihan dalam makanan dan teh boba yang diminum setiap hari dianggap normal. Selain itu, tekanan, pencemaran, dan melihat gajet kita sepanjang hari juga memainkan peranan dalam menjejaskan kesihatan fizikal dan mental kita. Dengan mendapatkan insurans perubatan, anda boleh mencegah penyakit ini dengan melakukan pemeriksaan kesihatan tahunan yang dilindungi oleh syarikat insurans anda. Tambahan lagi, jika anda menjalani ujian secara berkala, anda mungkin dapat tahu sebarang penyakit lebih awal dan kos rawatan awal biasanya lebih murah, jadi anda tidak perlu untuk risau di kemudian hari!

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang insurans kesihatan, PolicyStreet ialah jawapan anda! Kami ialah penasihat kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara. Kami akan membantu anda mencari insurans kesihatan terbaik yang sesuai dengan keperluan anda. Lawati kami di sini sekarang!

Related Posts

Leave a Reply