Insurans Kereta 101: Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Isi utama

  • Apakah itu insurans kereta?
  • Jenis-jenis insurans kereta
  • Jenis perlindungan insurans kereta
  • Perlindungan tambahan untuk perlindungan maksimum
  • Sebab untuk membeli insurans kereta
  • Cara untuk membeli insurans kereta
  • Di mana anda boleh membeli insurans kereta?
  • Cara memilih syarikat insurans yang terbaik
  • Berapa banyak yang anda perlu bayar untuk premium anda?
  • Faktor yang mempengaruhi premium anda
  • Tips jimat insurans kereta
  • Di mana anda boleh memperbaharui insurans kereta?
  • Proses tuntutan insurans kereta
  • Senarai penyedia insurans kereta
  • Terma lazim insurans kereta
  • Kata akhir
  • Insurans kereta adalah kerumitan yang penting bagi pemilik kereta. Ia bukanlah perkara yang paling disukai untuk dibelanjakan dengan wang hasil titik peluh kita, tapi kita tahu bahawa perlindungan kereta kita dan semua yang berada di dalamnya patut mendapat komitmen sepenuhnya daripada kita sebagai pemandu. Kami akan memberikan anda pemahaman yang menyeluruh tentang insurans kereta supaya apabila tiba masanya untuk pembelian atau pembaharuan polisi, anda tidak akan terkejut. Ia mungkin kelihatan seperti proses yang rumit, tapi kami di sini untuk membantu memudahkan urusan anda.

    Apakah itu insurans kereta?

    Insurans kereta adalah seperti namanya – insurans untuk kereta anda. Ia adalah kontrak di antara anda dan syarikat insurans anda. Anda bersetuju untuk membayar premium, manakala syarikat insurans bersetuju untuk membayar kerosakan anda seperti yang ditakrifkan dalam terma polisi anda. Insurans kereta menyediakan perlindungan harta benda, liabiliti dan perubatan untuk anda, penumpang anda dan pihak ketiga yang terlibat. Terdapat pelbagai jenis insurans kereta dan pilihan anda akan bergantung pada keperluan anda. Apabila membeli-belah insurans kereta, bandingkan sebut harga daripada pelbagai syarikat insurans untuk mencari insurans kereta yang paling sesuai untuk anda.

    Jenis-jenis insurans kereta

    Terdapat 3 jenis insurans kereta di Malaysia. Adakah anda keliru untuk memilih yang mana satu? Kami akan menerangkan kepada anda supaya dapat difahami dengan mudah dan dapat membantu anda membuat keputusan yang bijak.

    Perlindungan Jenis insurans kereta
    Komprehensif Pihak ketiga, kebakaran dan kecurian Pihak ketiga
    Kecederaan fizikal ke atas pihak ketiga
    Ya
    Ya
    Ya
    Kecurian, percubaan mencuri dan kebakaran
    Ya
    Ya
    Kerosakan pada harta benda pihak ketiga
    Ya
    Ya
    Ya
    Kerosakan pada kereta anda akibat kemalangan
    Ya

    Jenis perlindungan insurans kereta

    • Perlindungan harta benda: Membayar kerosakan atau kecurian kereta
    • Perlindungan liabiliti: Membayar tanggungjawab undang-undang kepada orang lain untuk kecederaan fizikal atau kerosakan harta benda
    • Perlindungan perubatan: Membayar bil perubatan, pemulihan, perbelanjaan pengebumian dan *kehilangan gaji

    *Bergantung pada polisi insurans kereta anda.

    Perlindungan tambahan untuk perlindungan maksimum

    Penyedia insurans menawarkan perlindungan tambahan, tapi anda mesti menambah bayaran kepada premium anda. Beberapa tambahan yang ada adalah seperti berikut:

    • Perlindungan untuk bencana alam (peril khas)
    • Perlindungan untuk mogok, rusuhan dan kekecohan awam (SRCC)
    • Perlindungan untuk cermin depan (kerosakan)
    • Perlindungan untuk kerusi kereta kanak-kanak (kerosakan dan kecurian)
    • Perlindungan untuk kunci pintar (kerosakan dan kecurian)
    • Perlindungan untuk aksesori kereta
    • Perlindungan untuk penambahbaikan (alat ganti baharu dan mengecat semula)
    • Perlindungan untuk Liabiliti Undang-undang daripada Penumpang (LLTP)
    • Perlindungan untuk Liabiliti Undang-undang untuk Penumpang (LLOP)
    • Rebat tunai untuk kurang pemanduan
    • Pampasan untuk Kehilangan Penggunaan (CLU)
    • Pampasan untuk Masa Penilaian Pembaikan (CART)

    Sila ambil perhatian bahawa syarikat insurans yang berbeza menawarkan tambahan yang berbeza. Anda boleh merujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

    Sebab untuk membeli insurans kereta

    Anda mungkin tertanya-tanya sama ada anda memerlukan insurans kereta. Jawapannya adalah YA! Kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana insurans kereta boleh memberi manfaat kepada kehidupan anda!

    • Memandu tanpa insurans kereta salah di sisi undang-undang
    • Tahukah anda Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyatakan bahawa pemandu yang tidak mempunyai perlindungan insurans kereta boleh didakwa di bawah Seksyen 90(2)? Apabila disabit kesalahan, anda akan didenda sehingga RM1,000 dan penggantungan lesen selama 12 bulan.

    • Keperluan untuk permohonan pinjaman kereta
    • Adakah anda terfikir untuk memohon pinjaman kereta untuk membeli kereta idaman anda? Jika ya, tambahkan ‘insurans kereta’ pada cart anda! Setiap bank di Malaysia mewajibkan untuk membeli insurans/ Takaful kereta apabila memohon pinjaman kereta. Ini kerana bank adalah pemegang lien (seseorang yang mempunyai hak undang-undang ke atas kereta anda sehingga anda membayar pinjaman anda). Mereka mahu melindungi pelaburan mereka semasa ia dikendalikan oleh orang lain kerana mereka bertanggungjawab untuk membaiki apa-apa yang rosak. Bank yang berbeza juga memerlukan anda untuk membeli jenis insurans kereta yang berbeza-beza, jadi pastikan anda ambil maklum sebelum memohon.

      Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai pinjaman kereta di sini.

    • Melindungi daripada bil perubatan yang tinggi
    • Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tidak mempunyai insurans kereta dikira melanggar undang-undang. Tapi, apa yang lebih teruk daripada melanggar undang-undang? Bayangkan anda terlibat dalam sebuah kemalangan tanpa insurans untuk melindungi diri anda ataupun orang lain hanya kerana mereka tiada insurans! Insurans kereta adalah penting untuk pelbagai sebab, tapi salah satu sebab yang paling penting ialah ia membantu membayar bil perubatan.

      Jika anda terlibat dalam kemalangan kereta, benda pertama yang anda mungkin anda lakukan adalah mencari syarikat insurans pemandu lain untuk menampung bil perubatan anda. Walau bagaimanapun, jika anda terlibat dalam kemalangan dan pemandu lain tidak mempunyai insurans kereta, anda mungkin akan terperangkap dengan bil perubatan yang tinggi. Tapi dengan insurans kereta, polisi anda akan masuk dan membantu menampung kos bil perubatan anda. Selain itu, jika anda didapati bersalah atas kemalangan itu, insurans kereta anda juga akan membantu membayar bil perubatan pemandu lain.

      Jadi, walaupun anda seorang pemandu yang cermat, ia masih berbaloi untuk mendapatkan insurans kereta. Ia boleh menjimatkan banyak wang anda dalam jangka masa panjang kerana kemalangan kereta boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, jadi adalah lebih baik untuk menyediakan payung sebelum hujan.

    • Pelaburan yang baik untuk kereta anda
    • Insurans kereta boleh melindungi kenderaan anda daripada kerosakan yang disebabkan oleh kemalangan atau bahaya lain, seperti objek jatuh, kebakaran dan kecurian. Sesetengah syarikat insurans juga menyediakan perlindungan tambahan untuk bencana alam dan rusuhan. Membaiki kereta anda selepas kemalangan akan menipiskan dompet anda, dan insurans kereta akan mengelakkan perkara itu! Banyak pelan insurans kereta mampu milik di pasaran – jadi jangan risau, anda tidak perlu menjadi seorang jutawan untuk membelinya. Kos membayar premium anda secara bulanan (atau tahunan) adalah lebih menjimatkam daripada membayar pembaikan di bengkel kereta.

      Di samping itu, jika anda mempunyai anak atau berkongsi kereta anda dengan orang lain, insurans kereta adalah idea yang baik. Anda mungkin akan terkejut kerana polisi insurans kereta anda juga melindungi sesiapa sahaja yang memandu atau akan memandu kenderaan anda (juga dikenali sebagai pemandu sah). Jika seseorang terlibat dalam kemalangan kereta semasa meminjam kereta anda, anda tidak perlu risau tentang duit yang keluar dari poket anda! Pelaburan yang bagus, kan?

    • Memudahkan hidup anda selepas kemalangan
    • Pengalaman menyelesaikan urusan insurans boleh mengecewakan ramai orang, tapi ia dapat memudahkan segala-galanya selepas kemalangan. Tanpa insurans, satu-satunya pilihan anda adalah berurusan secara langsung dengan orang yang terlibat dalam kemalangan ini – sesuatu yang kita semua tidak suka untuk lakukan! Jika anda diinsuranskan oleh syarikat yang dipercayai, mereka akan menyelesaikan semua benda ini untuk anda dan anda akan berterima kasih kepada diri sendiri.

    Cara untuk membeli insurans kereta

    1. Buat kajian tentang insurans kereta dan fahami semua pilihan anda
    2. Pilih jenis insurans kereta yang anda perlukan
    3. Pilih beberapa syarikat insurans dan dapatkan sebut harga daripada mereka
    4. Bandingkan sebut harga dan perlindungan yang disediakan
    5. Pilih syarikat insurans
    6. Bayar premium anda

    Anda juga boleh membeli daripada kami. Klik di sini, isikan maklumat anda dan kami akan melakukan segala-galanya untuk anda.

    Di mana anda boleh membeli insurans kereta?

    Anda boleh membeli insurans kereta anda melalui ejen atau laman web syarikat insurans.

    Tapi… Bagaimana jika ada cara yang lebih mudah? Dengan PolicyStreet, kami akan memudahkan hidup anda. Sama ada anda sedang mencari polisi insurans kereta yang terbaik atau hanya ingin membandingkan harga, kami boleh membantu! Kami menawarkan sebut harga PERCUMA yang sesuai dengan keperluan anda dalam 3 langkah mudah dalam 60 saat.

    Cara memilih syarikat insurans yang terbaik

    Memilih insurans kereta yang terbaik adalah keputusan besar kerana kebanyakan kita menggunakan kereta untuk pergi ke mana-mana. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diberi perhatian apabila memilih syarikat insurans yang terbaik untuk anda.

    • Reputasi
    • Kita sudah biasa mendengar “jangan percaya semua yang anda dengar daripada orang lain”, tapi dalam kes ini, anda patut! Ia lebih baik untuk anda mendapatkan ulasan daripada orang yang mempunyai pengalaman dengan syarikat insurans pilihan anda. Mencari syarikat yang bereputasi adalah penting kerana nasib kereta kita bergantung padanya, jadi korek seberapa dalam yang anda boleh daripada orang lain atau daripada penyelidikan anda!

    • Proses tuntutan
    • Adalah penting untuk membaca tentang proses tuntutan sebelum membeli insurans kereta. Ambil perhatian tentang tempoh masa yang diperlukan untuk memproses tuntutan atau laporan kemalangan anda dan struktur pembayaran yang ditawarkan oleh setiap penyedia insurans – tanpa tunai atau berasaskan pembayaran balik. Proses tuntutan adalah perkara yang penting untuk memberikan ketenangan fikiran anda. Anda mahukan syarikat insurans yang akan memberikan anda pengalaman yang paling baik supaya anda tidak perlu risau tentang perkara lain!

    • Perlindungan
    • Apabila membeli-belah untuk insurans kereta, adalah penting untuk memilih syarikat insurans yang menyediakan perlindungan yang sesuai yang sesuai dengan keperluan anda. Polisi yang betul akan melindungi anda sekiranya berlaku kerosakan atau kecurian. Baca dan bandingkan perlindungan insurans kereta yang ditawarkan oleh syarikat insurans yang berbeza.

    • Harga premium
    • Anda mahukan syarikat insurans dengan harga yang rendah DAN perkhidmatan yang cemerlang kerana itu adalah perkara yang penting! Tapi perlu diingat bahawa harga yang rendah tidak menjanjikan perkhidmatan yang baik – dan ia berpotensi untuk menjadi kesilapan yang mahal. Anda harus mendapatkan tawaran terbaik tanpa mengorbankan perlindungan kereta anda – ia bermaksud anda harus mengambil langkah berjaga-jaga semasa memandu supaya tidak kehilangan wang.

    Syarikat insurans tidak semuanya sama, jadi lakukan kajian tentang siapa yang boleh memberi anda perlindungan dan pengalaman perkhidmatan pelanggan terbaik sebelum membeli insurans kereta!

    Berapa banyak yang anda perlu bayar untuk premium anda?

    Premium insurans kereta bergantung ke atas pelbagai faktor. Secara amnya, kebanyakan premium insurans kereta bermula daripada RM1,000. Untuk maklumat lanjut, hubungi syarikat insurans pilihan anda atau semak dengan kami!

    Selain premium anda, terdapat caj lain seperti duti setem, SST dan tambahan (jika ada) yang juga dikenakan.

    Faktor yang mempengaruhi premium anda

    Premium yang anda bayar untuk insurans kereta anda berbeza-beza dan ia bergantung pada pelbagai faKtor. Berikut senarai beberapa faktor yang biasa, tapi ia tidak tertakluk hanya pada faKtor ini sahaja!

    • Jenis insurans kereta
    • Nilai pasaran kereta anda
    • Umur kereta anda
    • Lokasi anda
    • Rekod pemanduan anda
    • Pekerjaan anda
    • Diskaun Tanpa Tuntutan

    Tips jimat insurans kereta

    Insurans kereta boleh menjadi sangat mahal, tapi masalah ini boleh diselesaikan jika anda tahu cara untuk menjimatkan insurans kereta anda. Baca saja tips kami ini!

    • Hanya dapatkan apa yang anda perlukan
    • Pertama sekali, terdapat pelbagai jenis insurans kereta dan setiap satu mempunyai harganya sendiri, jadi pastikan jenis insurans itu sesuai untuk keperluan anda! Jika perlindungan komprehensif tidak penting untuk anda, anda boleh pertimbangkan untuk membeli perlindungan pihak ketiga, kerana ia masih akan melindungi kerosakan pada harta benda pihak ketiga atau kecederaan fizikal pihak ketiga.

      Seterusnya, walaupun membeli tambahan adalah menarik demi memaksimumkan perlindungan kereta anda, ia tidak begitu penting. Anda boleh menjimatkan banyak wang jika anda hanya mengambil apa yang anda perlukan.

    • Banding, banding dan banding!
    • Jika anda perlu memperbaharui insurans kereta anda dan premium tahunan telah meningkat dengan ketara, pertimbangkan untuk membuat perbandingan untuk melihat sama ada terdapat kadar yang lebih rendah. Salah satu tips yang paling berkesan? Dapatkan sebut harga daripada syarikat insurans lain sebelum memilih! Membandingkan polisi daripada pelbagai syarikat insurans membantu anda mendapatkan insurans kereta terbaik yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda. Ia sentiasa bagus untuk mempunyai pilihan sebelum membuat keputusan yang besar.

    • Diskaun pelbagai kereta
    • Anda mungkin terkejut dengan berapa banyak lagi yang anda perlu bayar untuk insurans kereta jika anda membelinya untuk satu kenderaan berbanding untuk beberapa kenderaan. Ini kerana kadar pukal yang ditawarkan oleh kebanyakan syarikat insurans pada asasnya berfungsi sebagai insentif; mereka mahukan pembelian anda dan akan menawarkan tawaran demi mendapatkan pelanggan baharu serta meningkatkan jumlah bilangan kereta yang mereka yang lindungi dengan strategi ini!

    • Diskaun kurang pemanduan
    • Sesetengah syarikat insurans menawarkan diskaun kurang pemanduan atau polisi bayar setiap kali memandu. Lebih kurang anda memandu, lebih murah insurans kereta anda. Anda boleh mempertimbangkan untuk memanfaatkan ciri ini jika anda jenis yang tidak suka memandu dan lebih suka tinggal di rumah sepanjang hari kerana ia boleh memberikan penjimatan sepanjang hayat.

    • Pertimbangkan untuk meningkatkan deduktibel anda
    • Biasanya terdapat dua ciri penting untuk dipertimbangkan semasa membeli-belah untuk insurans kereta: deduktibel dan premium. Deduktibel adalah jumlah wang yang telah dibayar sebelum perlindungan anda bermula sekiranya sebarang kemalangan berlaku dengan atau tanpa kerosakan berlaku. Deduktibel boleh mengurangkan kadar premium, tapi ia juga boleh menyebabkan perbelanjaan yang lebih tinggi sekiranya berlaku masalah.

    • Jadilah pemandu yang berhemah
    • Ini adalah tips yang paling mudah tapi berkesan! Perkara ini diketahui umum: ramai orang cenderung untuk menjadi pemandu yang cuai akibat peningkatan penggunaan telefon bimbit semasa memandu (trend yang nampaknya berterusan). Apabila anda seorang pemandu yang tidak berhemah, kadar insurans anda akan meningkat.

    Di mana anda boleh memperbaharui insurans kereta?

    Berikut adalah saluran yang anda boleh gunakan untuk memperbaharui insurans kereta anda:

    • MYEG (atas talian atau hubungi +60378018888)
    • Cawangan JPJ
    • Pejabat Pos
    • Penyedia insurans anda (cawangan atau atas talian)
    • PolicyStreet (atas talian)

    Proses tuntutan insurans kereta

    Membuat tuntutan insurans kereta adalah mudah (ia mungkin berbeza mengikut syarikat insurans). Di bawah, kami akan menyenaraikan cara untuk menuntut insurans kereta anda dengan cara yang paling mudah:

    1. Kumpul sebanyak mungkin bukti (butiran pemandu lain, gambar, video, dsb.)
    2. Maklum kepada syarikat insurans anda secepat mungkin
    3. Buat laporan polis dalam masa 24 jam
    4. Lengkapkan borang tuntutan
    5. Hantar kereta anda ke bengkel panel

    Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk menuntut insurans kereta anda:

    • Salinan KP pemegang polisi
    • Salinan KP pemandu (jika pemandu bukan pemegang polisi)
    • Salinan kad pendaftaran kereta
    • Laporan polis asal
    • Hasil siasatan polis asal
    • Borang tuntutan
    • Laporan pelaras dan bil kos pembaikan
    • Bil perubatan dan resit/invois (jika terdapat sebarang kecederaan fizikal)
    • Bukti (gambar dan/atau video)

    Senarai penyedia insurans kereta

    • AIA
    • AIG
    • Allianz
    • AXA
    • Berjaya Sompo
    • Etiqa
    • Great Eastern
    • Kurnia
    • Lonpac
    • MSIG
    • Pacific & Orient
    • RHB
    • Syarikat Takaful Malaysia
    • Tokio Marine
    • Tune Protect
    • Zurich

    Terma lazim insurans kereta

    • “Pemandu sah”
    • Seseorang ya”ng anda telah benarkan untuk menggunakan kereta anda, dan mereka dilindungi dengan polisi insurans yang disertakan bersamanya.

    • “Penambahbaikan”
    • Kos yang ber”kaitan dengan penggantian alat ganti lama pada kereta anda apabila ia berumur lebih daripada 5 tahun.

    • “Pampasan untuk Masa Pembaikan yang Ditaksir (CART)”
    • Sejenis pampasan apabila kereta anda sedang dinilai untuk pembaikan dan tidak boleh digunakan.

    • “Pampasan Kehilangan Penggunaan (CLU)”
    • Sejenis pampasan apabila kereta anda dibaiki selepas kemalangan dan tidak boleh digunakan.

    • “Perlindungan”
    • Risiko dan liabiliti yang dilindungi oleh penyedia insurans untuk individu atau entiti.

    • “Deduktibel”
    • Juga dikenali sebagai ‘lebihan’. Ia adalah jumlah wang yang anda, pemegang polisi, bertanggungjawab untuk membayar sebelum syarikat insurans anda membayar untuk tuntutan. Ini boleh bernilai sehingga 10% daripada jumlah yang telah dilindungi.

    • “Liabiliti Undang-undang kepada dan Penumpang (LLTP)”
    • Perlindungan untuk anda daripada tuntutan penumpang anda jika anda menyebabkan kemalangan.

    • “Liabiliti Undang-undang Penumpang (LLOP)”
    • Perlindungan untuk anda daripada tuntutan orang lain jika penumpang anda menyebabkan kemalangan.

    • “Nilai pasaran”
    • Penilaian kereta yang menentukan nilai kenderaan berdasarkan keadaan, pembuatan dan modelnya.

    • “Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD)”
    • Juga dikenali sebagai ‘Bonus Tanpa Tuntutan (NCB)’. Ia adalah sejenis diskaun jika tiada tuntutan dibuat semasa tempoh perlindungan anda.

    • “Premium”
    • Jumlah tetap yang anda bayar setiap bulan atau tahun kepada syarikat insurans untuk perlindungan ke atas kereta anda.

    • “Peril istimewa”
    • Tambahan insurans yang melindungi kereta anda daripada kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh bencana alam seperti banjir, ribut, tanah runtuh, dsb.

    • “Pihak ketiga”
    • Seseorang atau entiti yang terjejas dalam kemalangan. Mereka tidak terlibat dengan perjanjian dasar, tapi mereka mendapat faedah dari hasil perjanjian itu.

    Kata akhir

    Kesimpulannya, insurans kereta adalah wajib untuk semua pemilik kereta di Malaysia. Walau bagaimanapun, ia bukan sekadar kewajipan undang-undang – ia juga adalah satu bentuk perlindungan. Pembelian insurans kereta adalah proses yang mudah, dan kebanyakan syarikat insurans menawarkan kadar yang berpatutan bergantung pada keperluan anda. Jadi jangan tunggu lagi! Kami boleh membantu menyesuaikan pelan yang memenuhi keperluan dan bajet anda. Fahami semua pilihan anda dan ketahui insurans kereta yang paling sesuai untuk ANDA di sini!

    PolicyStreet is licensed by Labuan Financial Services Authority, Bank Negara Malaysia and Australian Securities & Investments Commission.

    Copyright © 2023 Polisea Group of Companies. All Rights Reserved.