Insurans Konvensional vs Takaful: Apakah Mereka?
Key Points
- Terdapat beberapa perbezaan dan persamaan di antara insurans konvensional dan Takaful.
- Insurans dan Takaful adalah penting untuk perancangan kewangan.
- Umat Islam dinasihatkan untuk membeli Takaful.
- Orang bukan Islam dialu-alukan untuk membeli Takaful.
Seorang yang bijak pernah berkata bahawa satu-satunya perkara pasti dalam hidup adalah ajal dan cukai. Tapi jika anda benar-benar memikirkannya, ada satu lagi perkara yang juga pasti: kerugian wang. Sama ada akibat kemalangan kereta, penyakit kritikal atau kebakaran, pada masa yang tidak dijangka, kita semua akan berbelanja untuk perkara yang tidak dijangka. Dan di situlah insurans datang untuk menyelamatkan kita.
Apa itu insurans?
Insurans ialah sebuah kontrak bertulis di mana satu pihak bersetuju untuk melindungi pihak lain daripada kerugian kewangan. Pihak yang diinsuranskan mesti membayar premium mereka tepat pada masanya dan memfailkan tuntutan dalam tempoh masa yang ditetapkan sebagai pertukaran untuk perlindungan ini. Spesifik kontrak berbeza-beza dan bergantung pada jenis insurans, tapi semua polisi mengandungi elemen penting tertentu. Sebagai contoh, kebanyakan polisi akan mempunyai klausa yang menyatakan kerugian yang dilindungi dan yang tidak dilindungi.
Apa itu Takaful?
Secara ringkasnya: Takaful ialah insurans Islam. Ianya sama seperti insurans, tapi ia berdasarkan prinsip syariat Islam. Dan anda harus tahu bahawa, ia bukan hanya untuk orang Islam; orang bukan Islam juga boleh mendapatkan manfaat Takaful.
Apakah perbezaannya?
Insurans konvensional | Takaful |
---|---|
Bagaimanakah ia berfungsi? | |
Kontrak di antara dua pihak untuk mendapatkan perlindungan | Perjanjian diantara ahli masyarakat untuk membantu satu sama lain ketika memerlukan |
Pematuhan syariah | |
Tidak | Ya |
Di manakah dana dilaburkan? | |
Mana-mana pelaburan yang sah | Mana-mana pelaburan yang patuh syariah |
Ke mana perginya keuntungan? | |
Pemegang saham | Peserta dan pengendali dana Takaful |
Caj tambahan | |
Yuran komisen 2% | Caj Wakalah bergantung pada produk |
Pembawa risiko | |
Syarikat insurans | Kalangan peserta |
Apakah persamaannya?
Insurans konvensional | Takaful |
---|---|
Apakah ia? | |
Satu cara untuk melindungi diri daripada musibah yang tidak dijangka | |
Jenis insurans yang ditawarkan | |
Kereta, kesihatan, nyawa, rumah, perjalanan dll. | |
Siapa boleh membelinya? | |
Semua orang | |
Tuntutan pelepasan cukai | |
Ya |
Kepentingan insurans dan Takaful
Ianya adalah jaringan keselamatan terhadap kerugian wang, dan kita semua berharap kita tidak akan perlu menggunakannya. Tapi apabila kehidupan tidak seperti yang dirancang, adalah baik kita mengetahui bahawa polisi kita akan membantu menampung segala kos. Contohnya, jika seseorang jatuh sakit atau cedera dan tidak boleh bekerja, insurans atau Takaful kesihatan akan membantu membayar perbelanjaan perubatan mereka. Selain itu, jika sebuah perniagaan mengalami kerosakan harta benda, ia boleh membantu menampung pendapatan yang hilang. Intinya ialah: insurans dan Takaful adalah perkara penting dalam perancangan kewangan.
Sebab umat Islam dinasihatkan untuk membeli Takaful
Insurans konvensional selalunya tidak mematuhi undang-undang Syariah kerana ia merangkumi tiga elemen ini: gharar, riba, dan maisir.
- Gharar:
- Riba:
- Maisir:
Unsur ketidakpastian dalam kontrak. Kontrak haruslah jelas dan tidak ada sebarang kekeliruan.
Unsur faedah. Dalam insurans, orang yang diinsuranskan membayar premium, yang digunakan oleh syarikat insurans untuk melindungi tuntutan dan membuat keuntungan. Syarikat insurans dijamin mendapat keuntungan, tidak kira sama ada terdapat tuntutan atau tidak.
Unsur perjudian. Orang yang diinsuranskan bertaruh bahawa mereka akan mengalami kemalangan atau harta mereka akan rosak, manakala syarikat insurans bertaruh bahawa mereka tidak akan mengalami kemalangan atau harta mereka tidak akan rosak.
Ia adalah pilihan yang lebih baik untuk orang Islam yang ingin mendapatkan insurans yang selari dengan pegangan agama mereka.
Bolehkah orang bukan Islam membeli Takaful?
Apabila bercakap tentang Takaful, semua orang berada pada kedudukan yang sama. Sama ada anda beragama Islam, Kristian, Buddha, Hindu, mahupun ateis, anda boleh membeli polisi dan menikmati faedah yang sama. Takaful bukanlah produk keagamaan tapi produk yang direka untuk melindungi semua orang dalam kejadian yang tidak dijangka, tanpa mengira kepercayaan mereka. Dan itu adalah sesuatu perkara yang kita semua boleh berasa gembira.
Di mana boleh membeli insurans dan Takaful?
Insurans konvensional | Takaful |
---|---|
AIG Allianz AmMetLife / AmAssurance AXA Berjaya Sompo Gibraltar BSN Chubb Danajamin Etiqa Great Eastern Hong Leong Kurnia Liberty Insurance Lonpac Manulife MCIS MPI Generali MSIG Pacific & Orient Pacific Insurance Progressive Insurance Prudential QBE RHB Insurance Sun Life Malaysia Tokio Marine Tune Protect Zurich |
AmMetLife Etiqa FWD Great Eastern MSIG Prudential BSN Sun Life Malaysia Syarikat Takaful Malaysia Takaful Ikhlas Zurich |
Untuk perkhidmatan yang cepat dan mudah, anda boleh membeli insurans dan Takaful melalui Policystreet!
Cara membeli insurans dan Takaful
- Tentukan jenis perlindungan yang anda perlukan.
- Tentukan sama ada anda mahukan insurans konvensional atau Takaful.
- Buat kajian tentang syarikat-syarikat insurans.
- Pilih tiga syarikat insurans yang terbaik.
- Minta sebut harga.
- Bandingkan perlindungan dan harga.
- Sediakan butiran anda dan dokumen yang berkaitan.
- Buat bayaran.
Kata akhir
Jika anda pernah mendapati diri anda bertanya soalan, “Patut saya mendapatkan insurans konvensional atau Takaful?” maka anda tidak keseorangan. Apabila bercakap tentang insurans, tidak ada penyelesaian yang sesuai untuk semua. Insurans konvensional dan Takaful kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing yang bergantung kepada pilihan individu.
Berikut adalah kelebihan dan kekurangan insurans konvensional:
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
Ditawarkan oleh lebih banyak syarikat insurans | Keuntungan pergi kepada pemegang saham |
Yuran komisen tetap (2%) | Mempunyai elemen tidak patuh syariah |
Pelan berkaitan pelaburan tersedia | Kadar premium bergantung pada penilaian risiko |
Berikut adalah kelebihan dan kekurangan Takaful:
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
Patuh syariah | Ditawarkan oleh syarikat insurans yang terhad |
Keuntungan diberikan kepada peserta dan pengendali* | Caj Wakalah bergantung pada harga produk |
Kadar premium tetap** | |
Pelan Takaful Umrah dan Haji disediakan |
Nota:
*Jumlah untuk pengendali tidak boleh lebih tinggi daripada peserta
**Melainkan anda menghadapi masalah kesihatan yang teruk
Jika anda sedang mencari penyelesaian insurans yang patuh Syariah dan inklusif dengan kadar premium tetap, Takaful adalah yang terbaik. Walau bagaimanapun, jika anda lebih suka pilihan syarikat insurans yang lebih komprehensif dan yuran komisen tetap, insurans konvensional mungkin pilihan yang lebih baik untuk anda. Mana-mana pilihan yang anda putuskan untuk ambil, pastikan anda membuat penyelidikan terlebih dahulu dan dapatkan polisi insurans terbaik untuk keperluan anda. Akhirnya, semuanya bergantung pada apa yang anda cari.
Masih keliru? Anda boleh mendapatkan insurans anda dengan PolicyStreet dan tinggalkan semua masalah dengan kami. Dapatkan sebut harga untuk pelan insurans yang disuaikan untuk anda dalam masa 5 minit dengan harga terbaik!