11

Jenis-Jenis Insurans Di Malaysia Yang Anda Perlu Tahu?

Kata Kunci

  1. Insurans hayat boleh melindungi anda dan orang tersayang pada masa hadapan.
  2. Anda tidak tahu bila anda akan jatuh sakit. Jadi, anda boleh kurangkan beban kewangan anda jika anda mempunyai insurans perubatan.
  3. Risau rumah anda terbakar? Jangan risau, anda dilindungi oleh insurans hartanah.
  4. Kekal tenang dan nikmati percutian anda dengan mengetahui bahawa anda dilindungi oleh insurans perjalanan.
  5. Insurans kenderaan adalah wajib untuk semua pemandu Malaysia. Jangan memandu kereta anda melainkan anda ada insurans kereta dan cukai jalan!

Kebiasaannya, insurans yang sering anda dengar di Malaysia ialah insurans hayat dan kereta, betul, kan? Sejujurnya, saya pun sama seperti anda. Tetapi tahukah anda kita mempunyai beberapa insurans lain di Malaysia selain kedua-dua ini, yang mana penting untuk kita ketahui dan miliki untuk diri sendiri serta seisi keluarga.

Seperti yang kita sedia maklum, insurans adalah penting dalam kehidupan kita kerana tujuan insurans adalah untuk melindungi kita daripada sebarang situasi yang tidak dijangka. Oleh itu, memilih insurans yang tepat dan jumlah insurans tersebut mesti berdasarkan situasi anda. Tetapi jangan risau, dalam artikel ini saya akan menjelaskan kepada anda jenis-jenis insurans lain yang boleh anda ketahui dan mungkin pertimbangkan pada masa hadapan.

Insurans Hayat

Apakah sebenarnya insurans hayat? Adakah insurans hayat dan perubatan sama? Saya tahu soalan ini sedang berlegar di fikiran anda. Tetapi jangan risau, saya akan menerangkannya kepada anda dengan sekarang. Insurans hayat boleh dianggap sebagai kontrak antara anda dan syarikat insurans yang akan melindungi anda daripada ketidakpastian yang mungkin berlaku kepada anda. Bukan itu sahaja, anda akan membayar premium yang dipersetujui secara tetap dan jika apa-apa berlaku kepada anda, seperti kematian mengejut, hilang upaya kekal dan menyeluruh, penyakit kritikal, atau penyakit terminal, syarikat insurans anda akan memberikan anda dan benefisiari (penerima yang dinamakan) pembayaran (dipanggil manfaat).

Insurans hayat penting kerana jika sesuatu yang buruk berlaku kepada anda pada masa hadapan dan anda merupakan seorang ketua keluarga yang menjadi sumber pencarian untuk keluarga anda, insurans hayat ini sudah tentu boleh membantu anda untuk menampung kos dan menjadi backup kewangan anda jika anda tidak lagi mampu mencarum.

Terdapat dua jenis insurans hayat seperti Insurans Hayat Bertempoh (Term life) vs Insurans Hayat Seumur Hidup (Whole life).

Insurans Hayat Bertempoh
(Term Life Insurance)
Insurans Hayat Seumur Hidup
(Whole Life Insurance)
Insurans Hayat Bertempoh hanya akan melindungi anda untuk beberapa tahun tertentu, biasanya antara 10, 15 atau 20 tahun. Insurans Hayat Seumur Hidup akan melindungi seumur hidup anda.
Premium yang lebih rendah atau paling murah sepanjang tempoh yang dipersetujui. Premium yang lebih tinggi sepanjang tempoh yang dipersetujui.
Tiada nilai tunai yang akan terima. Nilai tunai meningkat sepanjang polisi berjalan.
Polisi akan tamat tempoh selepas pelan telah berakhir. Polisi tidak akan luput selagi anda membuat pembayaran premium.

Insurans Perubatan

Seperti yang saya nyatakan di atas, insurans hayat dan perubatan merupakan dua perkara yang berbeza. Insurans perubatan boleh membantu anda dalam kes kecemasan, kerana ia mempunyai perlindungan yang membayar perbelanjaan kesihatan dan perubatan.

Jika anda mempunyai insurans kesihatan seperti kad perubatan atau perlindungan penyakit kritikal, jika anda dimasukkan ke hospital, kad perubatan yang anda miliki dapat menampung kos rawatan anda, atau dengan kata lain, boleh menginsuranskan anda. Kerana kita tahu bahawa kos satu rawatan di hospital swasta boleh menjadi sangat mahal. Oleh itu, adalah dinasihatkan supaya anda mempunyai insurans perubatan seperti kad perubatan atau perlindungan penyakit kritikal, kerana ia boleh mengurangkan beban kewangan anda untuk membayar sekaligus.

Insurans Hartanah

Kebanyakan daripada kita, termasuk saya sendiri, mungkin tidak mengutamakan insurans hartatanah, dan saya percaya kebanyakan daripada kita yang tidak mempunyai insurans hartatanah ini. Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Zurich Malaysia, menyatakan bahawa “50% rumah tidak dilindungi oleh insurans atau takaful, 33% tidak dilindungi untuk kehilangan kandungan rumah, dan 25% tidak tahu apa perlindungan insurans atau takaful rumah mereka yang sedia ada”. Oleh itu, di Malaysia, terdapat tiga jenis insurans hartatanah, seperti polisi isi rumah, polisi pemilik rumah, dan polisi kebakaran.

Polisi Isi Rumah Polisi Pemilik Rumah Polisi Kebakaran Asas
Polisi Isi Rumah merangkumi peralatan atau barangan dalam rumah anda seperti perabot dan perkakas rumah, barangan peribadi dan harta alih lain. Polisi Pemilik Rumah memberikan perlindungan kepada struktur fizikal hartanah anda, termasuk dinding, bumbung, lekapan dan kelengkapan, garaj, pintu pagar dan pagar. Polisi Kebakaran akan melindungi kerugian atau kerosakan pada harta kediaman anda (tidak termasuk isi rumah) yang disebabkan oleh kebakaran atau kilat.

Oleh itu, adalah penting untuk membeli insurans hartanah kerana anda tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Andaikan rumah anda rosak atau terbakar, sekurang-kurangnya rumah anda mempunyai perlindungan insurans hartanah ini.

Insurans Perjalanan

Kini sempadan akhirnya dibuka dan kita semua boleh mengunjungi negara kegemaran kita untuk melancong! Tetapi tunggu sebentar, sudahkan anda mendapat insurans perjalanan sebelum berlepas? Jika anda belum mendapatkan insurans perjalanan, sila berbuat demikian. Tujuan insurans perjalanan adalah untuk melindungi anda dan orang yang anda sayangi daripada risiko dan kerugian kewangan yang boleh berlaku semasa anda melancong atau sebelum anda berlepas.

Insurans perjalanan melindungi anda daripada pelbagai kemungkinan, daripada pampasan untuk pembatalan atau gangguan perjalanan, bagasi, perbelanjaan perubatan luar negara, perlindungan untuk kelewatan penerbangan dan banyak lagi. Bagi kita, kita mungkin berpendapat bahawa insurans perjalanan tidak diperlukan, tetapi bagaimana jika sesuatu yang tidak dijangka berlaku semasa anda berada di lapangan terbang atau di destinasi ketibaan anda?

Terdapat beberapa syarikat insurans di Malaysia yang menawarkan insurans perjalanan:

  • Allianz Travel Easy
  • Etiqa TripCare 360
  • AXA Affin Smart Traveler
  • Tune Protect Travel Easy
  • Zurich Z Travel

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pembekal insurans perjalanan di Malaysia.

Insurans Kereta

Insurans kereta adalah insurans asas yang kebanyakan kita akan miliki, terutamanya jika kita memiliki kereta atau motosikal. Insurans kenderaan, atau insuran kereta yang biasa kita panggil, adalah wajib untuk semua pemandu di Malaysia, jika anda ditangkap memandu tanpa insurans kereta dan cukai jalan yang sah, anda akan dikenakan DENDA!

Bagi insurans kereta, kami boleh bahagikan kepada tiga (3) jenis, seperti pihak ketiga, pihak ketiga, kebakaran dan kecurian, dan komprehensif. Setiap polisi insurans ini mempunyai ciri dan faedah yang berbeza.

Pihak Ketiga

Insurans pihak ketiga merupakan sejenis insurans yang hanya melindungi kerosakan, kecederaan atau kematian pihak ketiga dan tidak melindungi kenderaan anda. Perlindungan insurans pihak ketiga ini juga merupakan insurans minimum yang perlu dimiliki oleh semua pemandu Malaysia.

Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian

Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian, sebaliknya, adalah serupa dengan insurans pihak ketiga kerana ia melindungi anda jika anda bertanggungjawab ke atas kecederaan atau kematian pihak ketiga, serta sebarang kerosakan pada harta benda mereka. Ia sekali lagi, tidak melindungi kenderaan anda.

Komprehensif

Perlindungan insurans komprehensif ialah perlindungan insurans perlindungan paling lengkap yang bukan sahaja akan melindungi kecederaan dan kematian kepada orang lain, kehilangan harta benda atau kerosakan kepada orang lain, tetapi ia juga akan melindungi kenderaan anda. Selain itu, anda juga boleh mempunyai pilihan untuk membeli tambahan (add-ons) insurans kereta berdasarkan keperluan anda seperti Perlindungan Cermin Depan, Peril Khas, Pampasan untuk Masa Pembaikan Dinilai (CART), Liabiliti Undang-undang kepada Penumpang, E-Hailing dan banyak lagi.

Kesimpulan

Kini, anda telah mempelajari tentang pelbagai jenis insurans yang terdapat di Malaysia yang boleh memberi manfaat kepada anda dan orang tersayang, bukan? Kerana kita tidak pernah tahu apa yang akan terjadi pada diri kita atau keluarga kita suatu hari nanti. Oleh itu, adalah penting untuk anda mendapatkan salah satu daripada polisi insurans ini sekarang. Tetapi jangan risau, terdapat beberapa syarikat insurans yang boleh memberikan perlindungan yang disesuaikan dengan keperluan anda. Jadi, sebelum anda membuat keputusan, bandingkan beberapa pilihan insurans untuk memilih pelan insurans terbaik untuk anda.

Related Posts

Leave a Reply