Apakah Kelebihan Mempunyai Skor Kredit yang Baik?
Kata Kunci
- Peluang untuk pinjaman atau kad kredit anda diluluskan agak tinggi.
- Proses kelulusan pinjaman yang cepat.
- Anda mempunyai kuasa rundingan yang lebih baik.
- Anda dapat menurunkan kadar faedah pinjaman anda.
- Anda mungkin boleh meningkatkan had kredit.
Anda mungkin pernah terfikir apa itu skor kredit. Izinkan saya menerangkan apa itu skor kredit kepada anda. Skor kredit adalah nombor digit, yang kebiasaannya antara 300 (lemah) hingga 850 (cemerlang), yang mewakili kelayakan kredit anda dan keupayaan anda untuk membayar balik hutang kepada bank. Ringkasnya, skor kredit anda mencerminkan tahap kesihatan kewangan anda.
Bank ingin melihat skor kredit anda kerana ia akan membantu mereka memahami risiko yang akan mereka hadapi jika mereka memutuskan untuk meminjamkan anda wang, ia juga akan memberitahu mereka kemungkinan anda membayar hutang anda tepat pada masa dan jumlah yang anda pinjam.
Walau bagaimanapun, nombor skor kredit anda boleh mempengaruhi pihak bank sama ada untuk meluluskan atau menolak permohonan anda. Dalam kata lain, semakin rendah skor kredit anda, besar kemungkinan bahawa pinjaman anda akan ditolak. Sementara itu, lebih tinggi skor kredit anda, besar kemungkinan bank akan meluluskan permohonan anda.
Skor kredit akan dikira berdasarkan maklumat yang dikumpul daripada Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dan CTOS (Agensi Pelaporan Kredit):
- Rekod Pembayaran (45%) – Berdasarkan sejarah pembayaran anda.
- Jumlah Hutang (20%) – Berdasarkan jumlah tertunggak hutang anda.
- Sejarah Kredit (7%) – Berdasarkan panjang sejarah kredit anda.
- Campuran Kredit (14%) – Berdasarkan kepelbagaian akaun kredit.
- Pinjaman baharu (14%) – Berdasarkan kredit baharu (akaun kredit baharu dibuka).
Sebab itulah, mempunyai skor kredit yang baik adalah penting kerana ia boleh membantu bank mempercayai dan meluluskan permohonan anda jika anda ingin membuat sebarang pemohonan pinjaman atau kad kredit pada masa hadapan. Jadi, saya akan berkongsi tentang kelebihan skor kredit yang boleh anda nikmati jika skor kredit anda berada pada tahap yang sihat!
Peluang untuk pinjaman atau kad kredit anda diluluskan agak tinggi.
Skor kredit boleh diklasifikasikan kepada dua jenis: baik dan buruk. Bayangkan jika anda mempunyai skor kredit yang baik dan ini membolehkan pihak bank dengan senangnya meluluskan pinjaman atau kredit kad anda. Ini kerana ia menunjukkan bahawa anda seorang yang bertanggungjawab dan komited untuk membayar hutang anda.
Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, ini menunjukkan bahawa anda seorang peminjam yang agak berisiko, dan pinjaman atau permohonan kad kredit anda mungkin akan ditangguhkan atau ditolak oleh pihak bank. Hal ini demikian kerana, sesetengah bank mungkin tidak bersedia untuk mengambil risiko tersebut.
Proses kelulusan pinjaman yang cepat
Tiada siapa yang mahu menunggu permohonan mereka dalam masa yang lama, kan? Walau bagaimanapun, proses permohonan pinjaman atau kad kredit anda bergantung pada skor kredit anda, yang bermaksud semakin tinggi skor kredit anda, semakin cepat bank akan memutuskan untuk meminjamkan wang kepada anda kerana mereka tahu skor kredit anda pada tahap yang baik dan anda seorang yang bertanggungjawab yang komited untuk membayar balik hutang anda tepat pada masa.
Walau bagaimanapun, jika skor kredit anda sederhana atau rendah, permohonan anda mungkin perlu melalui beberapa saluran sebelum diluluskan, yang akan mengambil masa yang lebih lama atau besar kemungkinan akan ditolak oleh bank.
Anda mempunyai kuasa rundingan yang lebih baik
Kelebihan mempunyai skor kredit yang baik termasuk merundingkan kadar faedah yang lebih rendah atau pelan pembayaran balik yang lebih baik dengan bank anda apabila anda memohon pinjaman atau kad kredit baharu. Hebat, kan?
Mengapa anda mempunyai kuasa rundingan tersebut? Kebiasaannya bank yang meluluskan permohonan anda dapat melihat dari sejarah kredit anda bahawa anda seorang yang bertanggungjawab, mampu membayar hutang-hutang anda tepat pada masanya dan konsisten. Oleh itu, mengekalkan skor kredit yang baik boleh memberi anda manfaat ini.
Anda dapat menurunkan kadar faedah pinjaman anda
Apabila kita bercakap mengenai kadar faedah, sudah semestinya kita akan mencari kadar faedah yang rendah dan berbaloi untuk kita membayar balik kepada bank, betul? Inilah sebabnya mengapa skor kredit anda digunakan untuk mengira kadar faedah anda.
Itulah sebabnya skor kredit anda digunakan untuk mengira kadar faedah pinjaman anda. Jika anda mempunyai skor kredit yang baik, anda akan mendapat manfaat daripada kadar faedah yang rendah kerana beberapa bank di Malaysia, mereka bentuk kadar berperingkat berdasarkan skor kredit anda. Oleh itu, anda dikira sangat bertuah jika anda mempunyai skor kredit yang baik.
Anda mungkin boleh meningkatkan had kredit
Siapa yang tidak mahu mempunyai had kredit yang lebih tinggi? Saya nak! Sebelum bank meluluskan permohonan anda, mereka akan menyemak pendapatan dan skor kredit, yang akan menentukan jumlah yang anda boleh pinjam berdasarkan pendapatan anda. Dengan mengandaikan anda mempunyai skor kredit yang baik, bank bersedia untuk mempercayai anda dengan menaikkan had kredit anda.
Ini kerana mereka boleh menilai keupayaan anda untuk membayar hutang-hutang anda tepat pada masa dan mungkin bersedia untuk meminjamkan anda lebih banyak wang. Ini juga akan membantu anda jika anda ingin memohon pinjaman atau kad kredit yang memerlukan peningkatan had kredit sekali atau kekal.
Jika skor kredit anda agak rendah, salah satu cara untuk memperbaikinya ialah dengan membayar hutang anda tepat pada masa dan tanpa berlengah-lengah. Maklumat lanjut boleh didapati di sini.
Kesimpulan
Adalah penting untuk anda mempunyai skor kredit yang baik atau cemerlang kerana ini akan membantu anda memohon pinjaman atau kredit kad pada masa hadapan. Skor kredit yang baik dapat memudahkan urusan kedua-dua belah pihak. dan anda dapat menggunakan pinjaman tersebut bagi tujuan yang anda inginkan, seperti membeli rumah.
Jadi, ingatlah bahawa mempunyai skor kredit yang baik bukanlah mudah kerana anda mesti komited untuk membayar balik hutang-hutang anda. Mulai hari ini, anda harus mengawal diri anda dan memastikan bahawa anda membayar semua hutang anda tepat pada masa kerana ini akan memastikan skor kredit anda berada dalam tahap yang terbaik.