Kereta Paling Jimat Minyak di Malaysia pada 2022

Isi Penting

  1. 2022 Honda City Hatchback RS e:HV
  2. 2018 Hyundai IONIQ HEV
  3. 2020 Perodua Bezza
  4. 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid Electric
  5. 2019 Perodua Axia
  6. 2022 Perodua Myvi
  7. 2021 Hyundai Elantra Executive
  8. 2021 Proton Iriz
  9. 2021 Isuzu D-Max
  10. 2022 Honda Civic

Nota:
Semua kereta yang disenaraikan adalah model asas.
Penggunaan minyak mungkin berbeza mengikut penggunaan anda, jenis jalan raya dan jenis petrol.

Jika anda seperti kebanyakan orang, kereta anda adalah salah satu punca terbesar pada lubang di dompet anda, dan ia semakin besar dengan masa. Selain dari kos pada awal pembelian, terdapat juga perbelanjaan selanjutnya seperti penyelenggaraan, insurans dan pembayaran balik pinjaman. Dan oh! Jangan lupa anda juga mesti menghadapi kos petrol yang tidak berkesudahan. Ia boleh menambah beban di bahu anda – atau sebenarnya, beban di dompet anda.

Jika anda masih ingin menggunakan kereta anda, terdapat beberapa perkara yang boleh membantu mengurangkan kos. Salah satunya ialah mencari insurans kereta yang lebih baik. Satu lagi ialah menukar kepada kereta yang lebih jimat minyak. Kami tahu bahawa harga adalah penting, tapi ia bukan satu-satunya perkara yang perlu anda pertimbangkan semasa membeli kereta. Anda juga perlu memikirkan tentang keselesaan, kegunaan dan kecekapan bahan api. Tapi, jika anda benar-benar ingin menjimatkan wang untuk kereta anda, maka mengambil kira kecekapan bahan api adalah permulaan yang baik.

Dalam artikel ini, kami telah menyenaraikan 10 kereta paling jimat minyak di Malaysia. Daripada sedan ke SUV dan hibrid ke 4×4, pasti terdapat kereta dalam senarai ini yang sesuai dengan keperluan anda. Dan yang paling penting, mereka tidaklah begitu mahal dan tidak akan menipiskan dompet anda setiap kali anda mengisi minyak.

2022 Honda City Hatchback RS e:HV (e-CVT)

(sumber: topcarnews.net)

Honda City Hatchback RS e:HV adalah kereta paling jimat minyak di pasaran. City Hatchback RS e:HV hanya menggunakan 3.6 L setiap 100 km, menjadikannya kereta paling jimat minyak.

Selain itu, ia mengeluarkan hanya 68 g karbon dioksida untuk setiap 1 km, menjadikannya salah satu kereta paling mesra alam di jalan raya. Ia sesuai untuk mereka yang ingin menyelamatkan planet ini. Jadi, jika anda sedang mencari kereta yang jimat minyak dan mesra alam, Honda City hatchback RS e:HV adalah pilihan yang tepat.

Penggunaan Minyak Harga OTR (Semenanjung Malaysia) Premium Insurans
3.6 L/100 km RM107,783.09 RM3,081.86

2018 Hyundai IONIQ HEV

(sumber: thecarconnection.com)

Seterusnya dalam senarai ialah Hyundai IONIQ HEV. Apabila bercakap mengenai kecekapan bahan api, ia berada dalam liga tersendiri. Terima kasih kepada kecekapan minyaknya sebanyak 3.8 L untuk setiap 100 km, anda dapat menjimatkan wang setiap kali anda mengisi minyak, dan terima kasih kepada reka bentuknya yang bergaya, anda akan menarik perhatian ke mana-mana sahaja anda pergi.

Kereta ini direka untuk mempunyai fungsi dan reka bentuk yang hebat. Selain dari reka bentuknya, IONIQ HEV juga merupakan kereta yang boleh diharap. Anda boleh bergantung pada kereta hibrid ini tidak kira apapun yang terjadi. Jika anda sedang mencari kereta hibrid yang jimat minyak, bergaya dan boleh diharap, IONIQ HEV adalah pilihan yang tepat. Jadi, jika anda ingin membeli kereta hibrid, kereta ini pasti melebihi jangkaan anda.nh

Penggunaan Minyak Harga OTR (Semenanjung Malaysia) Premium Insurans
3.8 L/100 km RM99,888 RM2,876.59

2020 Perodua Bezza 1.0 G (AT)

(sumber: wapcar.my)

Mencari kereta yang jimat minyak tidak bermaksud anda harus mengeringkan poket. Perodua Bezza adalah pilihan terbaik untuk pembeli yang mementingkan bajet dan mahu berjimat. Dengan 4.4 L untuk setiap 100 km, ia boleh membantu anda mengucapkan selamat tinggal kepada perjalanan ke stesen minyak yang mahal.

Sama ada untuk berulang-alik ke tempat kerja atau menyelesaikan urusan di sekitar bandar, anda boleh yakin bahawa dompet anda akan berterima kasih kerana memilih Bezza. Jadi, jika anda ingin membeli kereta yang jimat minyak, pastikan anda menambah kereta ini pada senarai pilihan anda. Anda mungkin terkejut apabila melihar betapa banyak yang anda boleh jimat.

Penggunaan Minyak Harga OTR (Semenanjung Malaysia) Premium Insurans
4.4 L/100 km RM35,391 RM1,167.97

2022 Toyota Corolla Cross Hybrid Electric 1.8 (e-CVT)

(sumber: toyota.com.my)

Toyota Corolla Cross Hybrid Electric ialah kereta yang sesuai untuk mereka yang mencari SUV untuk keluarga yang juga mesra alam. Kereta ini unik kerana ia menggunakan petrol dan elektrik yang membantu mengurangkan pengeluaran gas dan meningkatkan penjimatan minyak (ia hanya menggunakan 4.5 L untuk setiap 100 km).

Seterusnya, seperti yang diketahui para ibu bapa, perjalanan ke kedai runcit rasa seperti perjalanan ke hujung dunia. Anda memerlukan kereta yang boleh memuatkan segala-galanya daripada peralatan bola sepak hingga ke projek sekolah, dan ia mestilah cukup selesa untuk semua orang. Berita baik untuk anda, kereta Toyota Corolla Cross mempunyai semua ciri yang anda harapkan daripada sebuah kereta keluarga, seperti bahagian dalam dan ruang simpanan yang luas.

Penggunaan Minyak Harga OTR (Semenanjung Malaysia) Premium Insurans
4.5 L/100 km RM136,550 RM3,863.40

2019 Perodua Axia 1.0 G (AT)

(sumber: wapcar.my)

Perodua Viva pernah menjadi kereta bajet kegemaran semua. Dia kecil, cekap, dan mampu milik. Tapi kemudian adiknya, Perodua Axia, datang dan mencuri segala perhatian. Axia adalah seperti Viva, tapi versi lebih baik. Ia lebih jimat minyak – ia menggunakan hanya 4.6 L untuk setiap 100 km, mempunyai enjin yang lebih berkuasa, dan dilengkapi dengan beberapa ciri tambahan.

Enjin 1.0 Lnya cukup hebat untuk pemanduan di bandar, dan saiznya yang kecil memudahkan pergerakan di tempat yang sempit. Oleh itu, tidak hairanlah Axia telah menjadi salah satu kereta terlaris di Malaysia. Ia mungkin bukan kereta yang tercantik di jalan raya, tapi bagi sesiapa yang mencari mod pengangkutan yang mampu milik dan boleh dipercayai, anda tidak akan kecewa.

Penggunaan Minyak Harga OTR (Semenanjung Malaysia) Premium Insurans
4.6 L/100 km RM32,485 RM1,092.41

2022 Perodua Myvi 1.3L G (CVT)

(sumber: paultan.org)

Kereta kegemaran Rakyat Malaysia tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia digelar “King of the Road” sejak azali. Ia bukan sahaja mampu milik dan boleh dipercayai, tapi ia juga mempunyai kecekapan bahan api yang sangat baik. Dengan penggunaan minyak sebanyak 4.7 L/100 km, ia adalah pilihan yang sesuai untuk mereka yang ingin menjimatkan wang di stesen minyak.

Selain itu, dengan kepelbagaian warna dan reka bentuk yang bergaya, Myvi pasti akan menarik perhatian ramai ke mana sahaja ia pergi. Memang ramai pakar menganggap Myvi mempunyai rekaan kereta terbaik dalam kelasnya. Jadi, jika anda sedang mencari kereta bandar yang praktikal dan bergaya, Myvi adalah pilihan yang tepat.

Penggunaan Minyak Harga OTR (Semenanjung Malaysia) Premium Insurans
4.7 L/100 km RM45,700 RM1,436

2021 Hyundai Elantra Executive (CVT)

(sumber: motortrend.com)

Jika anda sedang mencari kereta mewah yang mampu membantu anda berjimat cermat, Hyundai Elantra Executive adalah kereta untuk anda. Ia adalah kereta paling mahal dalam senarai ini, tapi kecekapan bahan apinya sebanyak 5.4 L untuk setiap 100 km telah menebusnya.

Elantra mempunyai ciri seperti tempat duduk hadapan yang dipanaskan, bumbung matahari, sistem GPS dan sistem bunyi Infinity. Dan jika anda memerlukan ruang kargo tambahan, tempat duduk belakang yang boleh dilipat 60/40 akan menjadi sangat berguna. Jadi, jangan biarkan tanda harganya menakutkan anda – Elantra Executive bernilai setiap sen jika anda mencari kereta mewah mahupun kereta keluarga.

Penggunaan Minyak Harga OTR (Semenanjung Malaysia) Premium Insurans
5.4 L/100 km RM139,888 RM3,916.59

2021 Proton Iriz 1.3 Standard (MT)

(sumber: zakiautoworld.com)

Proton Iriz adalah sebuah kereta bandar kompak yang bergaya dan jimat minyak yang akan menjadi tumpuan. Dengan reka bentuk yang sporty, Iriz sangat mampu milik. Disebabkan penjimatan bahan apinya yang sangat baik, Iriz adalah pilihan terbaik untuk pemandu yang ingin menjimatkan kos minyak kerana ia boleh beroperasi pada 5.8 L untuk setiap 100 km. Dan dengan bahagian dalam yang luas dan banyak ruang simpanan, ia sesuai untuk percutian hujung minggu atau perjalanan di jalan raya yang panjang. Sama ada anda sedang mencari kereta dengan tanda harga yang mampu milik ataupun kereta yang bergaya untuk pengembaraan anda yang seterusnya, Iriz ialah pilihan yang tepat.

Penggunaan Minyak Harga OTR (Semenanjung Malaysia) Premium Insurans
5.8 L/100 km RM36,700 NA

2021 Isuzu D-Max 1.9 (AT)

(sumber: paultan.org)

Jika anda ingin membeli 4×4, anda mungkin bimbang tentang kecekapan bahan api. Lagipun, 4×4 terkenal dengan enjin yang besar dan penggunaan untuk tugas berat. Ia langsung tidak melambangkan “penjimatan minyak.” Walau bagaimanapun, Isuzu D-Max menyangkal tanggapan ini dengan kecekapan bahan apinya yang mengagumkan sebanyak 5.8 L untuk setiap 100 km.

D-Max patut dipertimbangkan jika anda ingin membeli 4×4 dan ingin menjimatkan wang di stesen minyak. Dengan penjimatan minyak yang sangat baik dan binaan yang kukuh, ia pasti dapat mengatasi sebarang bentuk muka bumi yang anda lalu. Jadi sama ada anda memandu di lebuh raya atau meneroka jalan luar, D-Max bersedia untuk menghadapi cabaran itu. Oleh itu, jangan biarkan saiznya menipu anda—4×4 ini adalah

Penggunaan Minyak Harga OTR (Semenanjung Malaysia) Premium Insurans
5.8 L/100 km RM107,499 RM3,108.07

2022 Honda Civic 1.5 E (CVT)

(sumber: honda.com.my)

Terakhir dalam senarai kami ialah Honda Civic, kereta yang sesuai untuk memandu di bandar. Walau bagaimanapun, ia adalah kereta yang tidak begitu mampu milik. Jadi, ini mungkin bukan pilihan terbaik jika anda mencari pilihan yang mesra bajet. Ia juga merupakan pilihan yang baik untuk perjalanan jarak jauh, kerana ia mempunyai banyak ruang untuk penumpang dan bagasi. Selain itu, kecekapan bahan api yang tiada tandingannya boleh menjimatkan banak kos petrol, dan reka bentuknya yang anggun akan membantu anda menyelok di jalan raya dengan lancar. Jadi, jika anda sanggup berbelanja lebih, Civic pastinya pelaburan yang baik.

Penggunaan Minyak Harga OTR (Semenanjung Malaysia) Premium Insurans
6.0 L/100 km RM125,634.64 RM3,545.98

Kata akhir

Kereta adalah pelaburan yang besar. Mereka agak mahal untuk dijaga. Tapi, salah satu daripada kereta dalam senarai ini boleh menjimatkan wang anda dalam jangka masa panjang. Anda bukan sahaja akan menjimatkan wang di stesen minyak, tapi anda juga mungkin mendapati kos penyelenggaraan keseluruhan anda akan menjadi lebih rendah. Dengan kenaikan harga petrol, kereta jenis ini lebih diperlukan. Di samping itu, anda juga harus melakukan penyelidikan anda, kerana tidak semua kereta jimat miyak dicipta sama. Dengan kereta yang sesuai, anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada kos petrol yang melampau dan hello kepada lebih banyak wang di dalam poket anda.

Berkaitan: Petrol Mana Yang Lebih Baik? RON95 Atau RON97? | 10 Kereta dengan Insurans Termurah pada 2022

PolicyStreet is licensed by Labuan Financial Services Authority, Bank Negara Malaysia and Australian Securities & Investments Commission.

Copyright © 2023 Polisea Group of Companies. All Rights Reserved.