Kereta Rosak Akibat Banjir Kilat?

Lebih 30,000 orang telah terjejas akibat banjir kilat yang berlaku di Malaysia pada 18 Disember. Ia dianggap sebagai salah satu banjir yang paling teruk sejak beberapa tahun lepas. Disebabkan hujan yang turun tanpa henti, sungai telah melimpah, banyak kawasan bandar telah tenggelam, jalan utama ditutup dan harta benda serta kenderaan rosak.

Ini adalah situasi yang memilukan, terutamanya apabila kita sedang dilanda pandemik. Titipkan doa kita untuk semua mangsa yang dilanda musibah ini.

Adakah Insurans Kereta Saya Meliputi Banjir?

Secara amnya, insurans kereta tidak meliputi bencana alam, termasuk banjir, dalam polisi mereka. Berikut adalah tiga jenis insurans kenderaan yang sering ditawarkan:

  • Perlindungan polisi pihak ketiga
  • Perlindungan polisi pihak ketiga terhadap kebakaran dan kecurian
  • Perlindungan polisi yang menyeluruh (komprehensif)

Walau bagaimanapun, anda boleh mendapatkan perlindungan tambahan yang juga meliputi bencana alam, termasuk banjir.

Jenis Insurans yang Meliputi Banjir & Bencana Alam Lain

Polisi pihak ketiga Polisi pihak ketiga terhadap kebakaran dan kecurian Polisi komprehensif Perlindungan tambahan untuk polisi komprehensif
Kematian atau kecederaan kepada pihak ketiga Kematian atau kecederaan kepada pihak ketiga Kematian atau kecederaan kepada pihak ketiga Cermin depan kereta pecah
Kerosakan pada harta benda pihak ketiga Kerosakan pada harta benda pihak ketiga Kerosakan pada harta benda pihak ketiga Kerosakan akibat bencana alam
Tiada Tiada Kerosakan pada kenderaan anda akibat kemalangan Perlindungan ‘Personal Accident’ dan kemudahan perubatan untuk pemandu dan/atau penumpang
Tiada Tiada Tiada Liabiliti kepada penumpang
Tiada Tiada Tiada Liabiliti kepada pihak ketiga akibat penumpang

Berdasarkan jadual di atas, kerosakan kenderaan anda akibat banjir akan dilindungi insurans kereta jika anda membeli insurans komprehensif yang termasuk dengan perlindungan tambahan untuk bencana alam. Pakej ini mungkin lain dengan syarikat insurans masing-masing, oleh itu lebih baik anda menyemak dengan mereka mengenainya.

Berapakah Kos Perlindungan Tambahan Banjir untuk Insurans Kereta?

Sekarang, perlindungan tambahan banjir akan menelan kos sekitar 0.25% hingga 0.3% daripada jumlah insurans kereta anda. Contohnya, jika anda membeli insurans kereta pada harga RM50,000, perlindungan tambahan banjir akan berharga RM150 (pada 0.3%). Jadi, untuk perlindungan tambahan banjir, anda akan membayar tambahan RM150 di atas premium yang biasanya anda bayar.

Walaupun anda membayar perlindungan tambahan, jumlah insurans kereta anda tidak akan meningkat. Mereka akan melanjutkan perlindungan sedia ada anda kepada bencana alam sahaja, manakala jumlah keseluruhan anda tetap akan kekal pada RM50,000.

Selain itu, anda juga perlu tahu bahawa apabila membuat tuntutan ke atas bencana alam seperti banjir, anda perlu membuat tuntutan di bawah Kerosakan Sendiri (OD). Secara tak langsung, ini akan menjejaskan hak Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) anda.

8 Perkara yang Perlu Anda Lakukan Jika Kereta Anda Terperangkap dalam Banjir

Jika anda pernah mengalami situasi di mana kereta anda terperangkap dalam banjir, berikut adalah langkah yang boleh anda lakukan:

1. Pandu perlahan
Jika anda tiba-tiba terperangkap dalam banjir, pandu perlahan-lahan supaya tayar kereta dapat mengekalkan cengkamannya di atas jalan raya. Jika anda memandu dengan laju, anda mungkin akan mengalami kemalangan jalan raya kerana tayar hilang cengkaman.

2. Gunakan gear rendah semasa memandu
Semasa memandu dalam banjir, teruskan pemanduan dalam momentum yang stabil dengan menggunakan gear rendah. Anda harus mengelak daripada mencipta gelombang yang besar untuk mengelakkan air daripada masuk ke dalam enjin.

3. Periksa kenderaan anda
Apabila banjir telah surut, periksa kereta anda untuk sebarang kerosakan akibat banjir. Periksa paras air dan jika ia di bawah paras pintu, kereta anda mungkin baik-baik saja. Tapi, jika ia ditenggelami air, enjin anda mungkin telah dimasuki air.

4. Jangan hidupkan enjin kereta anda
Jika kereta anda terperangkap dalam banjir, ada kemungkinan air banjir telah masuk ke dalam enjin dan sistem elektrik kereta. Oleh itu, jangan cuba untuk menghidupkan enjin kerana ia akan menyebabkan litar pintas dalam kereta anda.

5. Periksa enjin dan kotak gear anda
Selepas itu, pastikan anda memeriksa jika enjin dan kotak gear anda telah rosak akibat banjir. Periksa dipstick untuk melihat titisan air dan jika terdapat terlalu banyak minyak, ia bermakna air sudah berada di dalam enjin.

6. Menyedut keluar bahan api
Bahan api yang bercampur dengan air boleh menyebabkan kerosakan serius pada enjin kereta anda. Oleh itu, ada harus menyedut keluar bahan api.

7. Keluarkan komponen yang boleh ditanggal untuk dikeringkan
Akhir sekali, keluarkan komponen yang boleh ditanggal daripada kereta anda, seperti radio dan tikar kereta. Jangan lupa untuk membersihkan kusyen dan menjemurkan kereta anda untuk menghilangkan bau hapak.

8. Bawa kereta kepada mekanik dengan trak tunda
Hubungi syarikat insurans kereta anda dan tanya jika mereka menyediakan perkhidmatan trak tunda untuk kereta anda. Jika ya, kereta anda akan dihantar ke bengkel panel mereka.

Saya Tidak Terjejas oleh Banjir, Adakah Saya Masih Perlu untuk Mendapatkan Perlindungan Tambahan?

Ya! Semestinya! Sebelum ini, anda tidak perlu mendapatkan perlindungan tambahan bencana alam untuk kereta anda jika anda tidak tinggal di kawasan yang sering terjejas oleh bencana alam. Tapi sekarang, dengan perubahan iklim yang menyebabkan cuaca sentiasa tidak menentu, lebih baik untuk anda menyediakan diri anda dengan perlindungan maksimum. Bak kata pepatah Melayu, sediakan payung sebelum hujan.

Perbaharui atau beli insurans kereta anda dengan PolicyStreet. Kami akan membantu anda membandingkan sebut harga dengan harga terbaik yang sepadan dengan keperluan anda.

PolicyStreet is licensed by Labuan Financial Services Authority, Bank Negara Malaysia and Australian Securities & Investments Commission.

Copyright © 2023 Polisea Group of Companies. All Rights Reserved.