11

Apakah Jumlah Diinsuranskan: Nilai Pasaran atau Nilai Dipersetujui?

Kata Kunci:

  1. Apakah Jumlah Diinsuranskan?
  2. Perbezaan antara Nilai Pasaran dan Nilai Disetujui?
  3. Adakah Nilai Pasaran lebih baik daripada Nilai Disetujui?
  4. Bolehkah anda menginsuranskan kereta anda di bawah Nilai Pasaran?

Apabila anda memperbaharui insurans kereta, anda mungkin pernah melihat terma ini iaitu jumlah diinsuranskan, nilai dipersetujui dan nilai pasaran. Tetapi adakah anda tahu maksud terma penting ini dan adakah anda telah memutuskan jumlah diinsuranskan untuk kereta anda? Oleh itu, jika anda membeli insurans komprehensif, terma ini penting kerana apa sahaja pilihan anda akan memberi kesan kepada jumlah pembayaran insurans sekiranya anda memfailkan tuntutan untuk kecurian atau kerugian menyeluruh.

Tetapi anda jangan risau, kami akan membantu anda memahami setiap terma ini dan memastikan anda mempunyai pemahaman yang lebih baik serta lebih yakin apabila memilih polisi insurans terbaik untuk kenderaan anda pada masa hadapan.

Apakah Jumlah Diinsuranskan?

Jumlah diinsuranskan secara ringkasnya ialah jumlah yang anda ingin insuranskan untuk kenderaan anda dan anda juga dinasihatkan untuk menginsuranskan kereta anda pada nilai pasaran semasa. Bukan itu sahaja, jumlah yang diinsuranskan tidak boleh diinsuranskan di bawah nilai pasaran kerana jika anda menginsuranskannya di bawah nilai pasaran, anda perlu menanggung perbezaan kerana jumlah yang diinsuranskan akan berkurangan setiap tahun.

Di Malaysia, terdapat dua jenis jumlah diinsuranskan yang boleh anda boleh pilih untuk kereta anda. Jumlah diinsuranskan kereta anda boleh dipilih sama ada mengikut nilai pasaran atau nilai dipersetujui.

Perbezaan antara Nilai Pasaran dan Nilai Disetujui?

Nilai Pasaran merujuk kepada nilai semasa kereta anda yang dikira. Jika anda memilih nilai pasaran, kereta anda dilindungi untuk nilai yang ada di pasaran pada masa ini. Di mana, jika anda memutuskan untuk memilih nilai pasaran, kemudian jika apa-apa berlaku kepada kereta anda dan anda mengemukakan tuntutan untuk jumlah kerugian atau kecurian, syarikat insurans anda akan menilai tuntutan anda berdasarkan nilai pasaran semasa kenderaan anda pada masa kerugian.

Sebagai contoh, apabila anda menginsuranskan kereta anda pada harga RM 80,000 berdasarkan nilai pasaran, dan anda perlu memfailkan tuntutan disebabkan kecurian atau kemalangan , bayaran yang anda akan terima daripada syarikat insurans anda mungkin lebih rendah daripada apa yang anda telah insuranskan disebabkan oleh susut nilai kereta anda. Oleh itu, bayaran yang anda akan terima adalah berdasarkan nilai kereta anda pada masa tuntutan.

Nilai Disetujui pula merujuk kepada nilai dipersetujui oleh kedua-dua penanggung insurans dan pemegang polisi semasa pembaharuan insurans. Jika anda memutuskan untuk memilih nilai dipersetujui untuk jumlah diinsuranskan pada kereta anda, syarikat insurans anda akan memberi anda bayaran mengikut nilai dipersetujui sebagaimana yang telah dipersetujui oleh anda. Perkara terbaik tentang nilai dipersetujui ialah, pembayaran tidak dipengaruhi oleh susut nilai tidak seperti nilai pasaran.

Sebagai contoh, katakan anda memilih untuk menginsuranskan kereta anda pada harga RM 80,000 berdasarkan nilai dipersetujui, jika kereta anda rosak dan anda membuat tuntutan kerugian atau kecurian pada masa hadapan, syarikat insurans anda akan bersetuju dengan nilai RM 80,000 berdasarkan nilai dipersetujui. Tidak seperti nilai pasaran, bayaran yang anda akan terima tidak akan berubah walaupun kereta anda mempunyai nilai yang lebih rendah pada masa tuntutan.

Adakah Nilai Pasaran lebih baik daripada Nilai Disetujui?

Sama ada nilai pasaran atau nilai dipersetujui yang mana lebih baik bergantung sepenuhnya pada pilihan anda, apa yang anda mahukan dan cara bagaimana anda ingin menjumlahkan insurans kereta anda. Perlu diingatkan sebelum anda membuat sebarang keputusan, pastikan anda benar-benar memahami risiko dan membuat perbandingan antara kedua-dua terma ini serta penanggung insurans yang berbeza supaya anda boleh mendapatkan pilihan yang lebih baik.

Jika anda membuat keputusan untuk memilih nilai pasaran, perlu diingatkan bahawa bayaran yang anda akan terima selepas anda memfailkan tuntutan ke atas kereta anda adalah kurang daripada jumlah yang diinsuranskan disebabkan oleh susut nilai pasaran kenderaan walaupun premiumnya lebih murah sedikit daripada nilai dipersetujui (bergantung pada syarikat insurans yang anda pilih). Walau bagaimanapun, disarankan untuk anda memilih nilai pasaran jika kereta anda berusia, mungkin lebih daripada 15 tahun dan bebas dari hutang.

Walau bagaimanapun, jika anda membuat keputusan untuk memilih nilai dipersetujui, premium yang anda mesti bayar kepada syarikat insurans adalah lebih mahal (bergantung kepada syarikat insurans yang anda pilih). Walaupun anda perlu membayar premium yang sedikit mahal berbanding nilai pasaran, jika kereta anda terlibat dalam kemalangan atau kecurian dan anda memutuskan untuk memfailkan tuntutan daripada syarikat insurans anda, bayaran yang anda akan terima daripada syarikat insurans anda adalah sama sebagaimana jumlah yang diinsuranskan tanpa mengira sebarang susut nilai.

Perlu diingatkan, sebelum anda membuat sebarang keputusan sama ada anda ingin menginsuranskan kereta anda pada nilai pasaran atau nilai yang dipersetujui, anda harus mempertimbangkan beberapa faktor seperti bagaimana anda menilai kereta anda di pasaran semasa, berapa banyak anda sanggup berbelanja untuk premium insurans anda dan umur kereta anda. Faktor ini penting dan membolehkan anda membuat keputusan yang tepat.

Bolehkah anda menginsuranskan kereta anda di bawah Nilai Pasaran?

Jika anda sedang mempertimbangkan berapa banyak untuk menginsuranskan kereta anda, adalah penting untuk anda sedar bahawa tidak semua syarikat insurans akan membenarkan anda menginsuranskan kereta anda kurang daripada nilai pasaran. Oleh itu, adalah disyorkan agar anda menginsuranskan kereta anda sekurang-kurangnya pada nilai pasarannya bagi memastikan anda mempunyai perlindungan yang mencukupi sekiranya berlaku kemalangan atau kecurian.

Sebagai contoh, katakan jika nilai pasaran kereta anda pada masa ini RM 50,000 dan anda membuat keputusan untuk menginsuranskan kereta anda sebanyak RM 25,000, jadi jumlah yang anda insuranskan adalah di bawah nilai pasaran. Sesetengah syarikat insurans mungkin tidak membenarkan anda berbuat sedemikian. Tetapi, jika syarikat insurans anda membenarkannya, perlu diingatkan bahawa pampasan yang anda akan terima selepas anda memfailkan tuntutan kecurian atau kemalangan akan menjadi lebih rendah daripada nilai pasaran.

Kesimpulan

Walaupun kini anda mempunyai gambaran yang lebih jelas tentang nilai pasaran dan nilai dipersetujui, adalah disyorkan agar anda melakukan penyelidikan dan membincangkan perkara ini dengan wakil insurans anda sebelum membuat sebarang keputusan. Apa sahaja keputusan yang anda buat akan membuat perubahan besar pada masa depan anda. Jadi sila baca semua terma dan syarat dalam polisi anda dan fikir dengan teliti sebelum melakukan apa-apa. Sama ada anda harus memilih nilai pasaran atau nilai dipersetujui, kedua-duanya mempunyai faedahnya sendiri.

Jika anda tidak tahu di mana untuk mencari insurans kereta yang terbaik, lawati laman web kami di sini dan anda akan mendapat sebut harga dalam masa 1 minit. Luangkan masa untuk membeli-belah mengikut keperluan anda.

Related Posts

Leave a Reply