Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Insurans Haiwan Peliharaan

Isi Utama

  1. Apakah itu insurans haiwan peliharaan?
  2. Apakah yang dilindungi oleh insurans haiwan peliharaan?
  3. Apakah jenis haiwan yang boleh diinsuranskan?
  4. Berapa banyak yang perlu anda bayar untuk insurans haiwan peliharaan?
  5. Platform manakah yang menawarkan insurans haiwan peliharaan?

Insurans melindungi manusia daripada sebarang keadaan, tetapi bagaimana dengan haiwan kesayangan anda? Tahukah anda terdapat beberapa syarikat insurans di Malaysia yang menawarkan insurans haiwan peliharaan! Walaupun insurans ini tidak begitu popular atau terkenal seperti insurans lain seperti insurans perubatan dan kesihatan misalnya; jika anda mempunyai haiwan peliharaan sama ada kucing atau anjing dan anda sangat menyayangi haiwan peliharaan anda, jadi memastikan haiwan peliharaan anda diinsuranskan sangat digalakkan.

Pemilik haiwan peliharaan tahu bahawa “si bulus” mereka bernilai setiap sen. Itulah sebabnya kami memberitahu anda, Insurans Haiwan Peliharaan adalah pilihan yang terbaik untuk mereka yang memiliki haiwan peliharaan kerana ia meliputi segala-galanya daripada bil veterinar hingga menginap di klinik jika perlu. Jadi, anda tidak perlu risau lagi!

Kita semua tahu betapa sayangnya kita kepada haiwan peliharaan kita dan penting untuk kita semua menjaga mereka dengan baik. Jika anda mempunyai haiwan peliharaan, artikel ini akan membantu anda untuk mendapatkan pemahaman tentang jenis insurans yang terbaik untuk “si bulus”. Jadi pastikan anda terus membaca!

Apakah itu insurans haiwan peliharaan?

Insurans haiwan peliharaan ialah polisi yang dibeli oleh pemilik haiwan dimana insurans ini direka khas untuk haiwan kesayangan anda bagi menampung kos keseluruhan bil veterinar dan lain-lain.

Haiwan peliharaan adalah makhluk yang indah dan comel yang membawa kegembiraan kepada kehidupan pemiliknya. Seperti yang kita ketahui; haiwan peliharaan memerlukan penjagaan dan perhatian sama banyak atau lebih daripada orang lain! Inilah sebabnya mengapa insurans haiwan peliharaan diperkenalkan supaya anda boleh bersiap sedia dari segi kewangan untuk kecemasan yang tidak dijangka bakal berlaku kepada “si bulus” anda semasa di klinik haiwan atau di tempat lain. Bukan itu sahaja, pemilik haiwan peliharaan seperti anda boleh mempertimbangkan untuk mendaftar pelan insurans haiwan peliharaan yang boleh dipercayai sekarang.

Kos yang perlu ditanggung apabila anda memiliki haiwan peliharaan tidak mudah yang disangka tetapi dengan adanya insurans ini “si bulus” anda akan mendapat perlindungan yang sepatutnya dan anda tidak perlu pening lagi untuk mencari wang diwaktu kecemasan.

Apakah yang dilindungi oleh insurans haiwan peliharaan ini?

  1. Dengan pelan ini, haiwan peliharaan anda akan dilindungi untuk sebarang kecemasan. Sama ada penyakit atau kemalangan yang tidak dijangka; semua bil veterinar akan diuruskan.
  2. Dengan insurans haiwan peliharaan, anda boleh mengetahui bahawa “si bulus” anda akan dijaga sekiranya apa-apa berlaku. Contohnya: jika mereka memecahkan sesuatu dan menyebabkan kerosakan atau kecederaan kepada orang lain (atau haiwan peliharaan mereka), insurans ini akan melindungi mereka!
  3. Seterusnya, insurans haiwan peliharaan ini akan menampung kos pengiklanan dan ganjaran. Jika “si bulus” anda hilang dan anda mencetak risalah untuk diedarkan di sekitar bandar – semuanya dilindungi dibawah polisi ini!
  4. Kami tahu betapa sukarnya kehilangan haiwan peliharaan yang anda sayang, sebab itu insurans ini akan menampung kos pengebumian atau pembakaran.
  5. Akhir sekali, jika anda bimbang tentang haiwan kesayangan anda semasa anda dimasukkan ke hospital, jangan risau kerana insurans ini akan menampung yuran asrama buat haiwan kesayangan anda!

Apakah jenis haiwan yang boleh diinsuranskan?

Tidak banyak pilihan untuk insurans haiwan peliharaan di Malaysia. Majoriti syarikat hanya menyediakan perlindungan insurans hanya untuk haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing, jadi jika anda mempunyai jenis haiwan yang berbeza, mungkin agak sukar untuk anda memohon insurans ini.

Berapa banyak yang perlu anda bayar untuk insurans haiwan peliharaan?

Premium yang perlu anda bayar untuk insurans haiwan peliharaan anda adalah berbeza-beza, bergantung pada jenis pelan yang anda pilih. Setiap syarikat akan mempunyai harga yang berbeza berdasarkan ciri-ciri yang mereka tawarkan dan jenis haiwan peliharaan. Kami akan menyenaraikan mengikut Insurans Haiwan Kesihatan Oyen dan Insurans Haiwan MSIG!

Insurans Kesihatan Haiwan Peliharaan Oyen

Jenis Haiwan Peliharaan Pelan Premium Bulanan Premium Tahunan
Kucing dan Anak Kucing Cat Basic RM32 RM299
Cat Plus RM41 RM399
Cat Champion RM51 RM499
Anjing dan Anak Anjing Dog Basic RM51 RM499
Dog Plus RM66 RM649
Dog Champion RM80 RM799

Apa yang dilindungi:

  • Had perubatan (tahunan) (kadar tuntutan perubatan)
  • Rawatan susulan
  • Bayaran pembedahan
  • Bayaran konsultasi
  • Diagnosis/ ujian darah
  • X-ray/ ultrasound
  • Ubat-ubatan yang ditetapkan
  • Menginap di klinik
  • Kos pengebumian atau pembakaran
  • Kecederaan/kerosakan kepada pihak ketiga

Nota: Harga berbeza-beza bergantung pada jenis pelan insurans yang anda pilih dan jumlah perlindungannya.

*Tertakluk pada terma dan syarat polisi

Insurans Haiwan Peliharaan MSIG

Jenis Haiwan Peliharaan Pelan Premium Tahunan
Kucing Pelan 1 RM379.48
Pelan 2 RM487.60
Pelan 3 RM570.28
Anjing Pelan 1 RM654.02
Pelan 2 RM848.00
Pelan 3 RM987.92

Apa yang dilindungi:

  • Bayaran veterinar dan bayaran pembedahan
  • Kematian akibat kecederaan atau penyakit
  • Kos pengebumian atau pembakaran
  • Kos pengiklanan & ganjaran untuk mencari haiwan peliharaan yang hilang
  • Bayaran penginapan anjing & kucing peliharaan
  • Liabiliti pihak ketiga

Nota: Harga berbeza-beza bergantung pada jenis pelan insurans yang anda pilih dan jumlah perlindungannya.

*Tertakluk pada terma dan syarat polisi

Platform manakah yang menawarkan insurans haiwan peliharaan?

Jika anda mempunyai haiwan peliharaan dan sedang mencari insurans, terdapat lebih daripada satu syarikat untuk dipilih. Setakat ini hanya dua syarikat yang menawarkan insurans haiwan peliharaan di Malaysia: Oyen dan MSIG Malaysia dimana anda boleh melayari laman web rasmi mereka untuk maklumat lanjut.

Kesimpulan

Tidak perlu risau tentang kos penjagaan veterinar apabila haiwan kesayangan anda memerlukannya. Dengan insurans haiwan peliharaan ini, insurans ini akan membantu dan membayar sebarang rawatan yang mahal tanpa perlu risau ia akan membebankan anda! Apa yang lebih penting adalah melindungi haiwan peliharaan kesayangan anda, bukan? Haiwan peliharaan anda telah menjadi sebahagian daripada kehidupan anda, jadi mereka layak untuk menerima penjagaan daripada pakar. Bukan itu sahaja, wang yang anda keluarkan untuk membeli insurans haiwan peliharaan adalah berbaloi, percayalah.

Oleh itu, sebelum anda membeli insurans tersebut, lakukan penyelidikan, bandingkan setiap polisi insurans haiwan peliharaan dan pilih yang mana satu terbaik dan sesuai dengan bajet anda. Selain mendapatkan insurans haiwan peliharaan, anda juga boleh memperbaharui insurans kereta anda dengan kami di PolicyStreet.

Berkaitan: Adakah OK Untuk Meninggalkan Anjing Anda di Dalam Kereta?

PolicyStreet is licensed by Labuan Financial Services Authority, Bank Negara Malaysia and Australian Securities & Investments Commission.

Copyright © 2023 Polisea Group of Companies. All Rights Reserved.