“Road Tax” Anda Masih Hidup Lagi Ke?

Lesen Kenderaan Bermotor, juga dikenali sebagai “road tax” atau cukai jalan, ialah cukai yang dibayar oleh pemilik kenderaan supaya mereka dapat menggunakan jalan raya dalam keadaan yang baik. Jumlah “road tax” atau cukai jalan adalah berbeza, bergantung kepada jenis kenderaan, spesifikasi, pendaftaran, lokasi, jenis pemilikan dan tujuan kenderaan. Di Malaysia, cukai ini harus dibayar setiap tahun.

Apabila pandemik COVID-19 melanda negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan bahawa pemilik kereta tidak perlu untuk hidupkan lesen memandu, lesen vokasional dan “road tax” atau cukai jalan yang telah tamat tempoh buat sementara waktu dalam tempoh PKP, PKPD dsb. sehingga 30 September 2021.

Bagaimanapun, Kementerian Pengangkutan Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah memutuskan untuk melanjutkan moratorium untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Bermotor dan Lesen Memandu sehingga akhir tahun ini. Ini bermakna anda masih mempunyai beberapa minggu lagi untuk memperbaharui kedua-dua “road tax” dan lesen memandu anda.

Sementara itu, pastikan insurans kereta anda belum tamat tempoh lagi, dan untuk mengelakkan sebarang masalah, paparkan nota e-lindungan insurans anda di dalam kereta sekiranya anda berdepan dengan sekatan jalan raya di mana-mana sahaja.

Tapi Macam Mana Kalau Anda Lupa Nak Hidupkan Road Tax?

Adakah anda tahu bahawa anda boleh dikenakan tindakan undang-undang jika anda memandu tanpa “road tax” dan insurans kereta yang sah? Di Malaysia, di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, anda boleh didenda RM150 jika “road tax” dan insurans kereta anda telah tamat tempoh, dan jika tarikh tamat tempoh adalah melebihi 1 bulan, anda akan didenda RM150 lagi. Bayangkan betapa seramnya itu!

Selain dari cukai jalan dan insurans kereta yang telah tamat tempoh, berikut adalah contoh-contoh kesalahan jalan raya lain berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang anda harus elakkan dari melakukan semasa anda berada di atas jalan raya:

Kesalahan Jalan Raya di Malaysia

Contoh Kesalahan Jalan Raya Jumlah Kompaun
Kegagalan mengikut lampu isyarat semasa memandu RM300
Memiliki atau menggunakan kenderaan bermotor yang tidak berdaftar RM300
Menggunakan lorong kecemasan untuk memotong barisan ke lorong kiri sedangkan anda seharusnya menggunakan lorong kanan untuk memotong RM300
Gagal memberikan lesen vokasional yang sah (lesen memandu tamat tempoh) RM150
Gagal menyerahkan lesen memandu dan sijil insurans anda apabila diminta RM150
Gagal mengikut arahan dan papan tanda jalan raya semasa memandu RM150
Memandu di atas pembahagi jalan RM150
Meletakkan barang dan kenderaan di kawasan larangan RM150
Kegagalan untuk menyelenggara kenderaan dalam keadaan baik, termasuk kesalahan teknikal yang serius pada brek, stereng dan lain-lain RM150+
Gagal memaparkan plat nombor pendaftaran atau tidak mematuhi spesifikasi yang betul RM100

Seperti yang anda lihat, tersebut merupakan contoh-contoh kesalahan jalan raya dan ia boleh menyebabkan anda menghadapi masalah dengan pegawai polis. Pastikan anda membayar kompaun tepat pada masanya. Ini kerana semakin banyak masa yang anda ambil untuk membayar denda, semakin banyak jumlah yang anda perlu bayar kepada pihak berkuasa.

Yang paling baik semestinya adalah untuk mengelakkan diri anda dari mana-mana kesalahan jalan raya tersebut dengan mengikuti peraturan jalan raya dan memastikan kesemua dokumen berkenaan kenderaan anda, termasuk “road tax” dan sijil insurans kereta, adalah masih sah.

Berapakah Harga “Road Tax” atau Cukai Jalan Kereta Terkini?

Anda tidak pasti berapa banyak yang perlu anda bayar untuk sambungkan “road tax” kereta anda? Jangan risau, kami akan membantu sama ada di Semenanjung ataupun Sabah dan Sarawak. Di bawah ialah senarai harga roadtax insurans kereta berdasarkan saiz enjin:

Harga Cukai Jalan untuk Kereta di Semenanjung Malaysia

Anjankan Enjin (CC) Kadar Asas Kadar Progresif (setiap CC) Harga Cukai Jalan
1,000 dan ke bawah RM20 RM20
1,001 – 1,200 RM55 RM55
1,201 – 1,400 RM70 RM70
1,401 – 1,600 RM90 RM90
1,601 – 1,800 RM200 RM0.40 RM200 – RM280
1,801 – 2,000 RM280 RM0.50 RM280 – RM380
2,001 – 2,500 RM380 RM1.00 RM381 – RM880
2,501 – 3,000 RM880 RM2.50 RM882 – RM2,130
3,001 dan ke atas RM2,130 RM4.00 RM2,134 +

Harga Cukai Jalan untuk Kereta di Sabah dan Sarawak

Anjankan Enjin (CC) Kadar Asas Kadar Progresif (setiap CC) Harga Cukai Jalan
1,000 dan ke bawah RM20 RM20
1,001 – 1,200 RM44 RM44
1,201 – 1,400 RM56 RM56
1,401 – 1,600 RM72 RM72
1,601 – 1,800 RM160 RM0.32 RM160 – RM224
1,801 – 2,000 RM224 RM0.25 RM224 – RM274
2,001 – 2,500 RM274 RM0.50 RM274 – RM524
2,501 – 3,000 RM524 RM1.00 RM525 – RM1,024
3,001 dan ke atas RM1,024 RM1.35 RM1,025+

Cukai jalan di Sabah dan Sarawak lebih murah berbanding di semenanjung kerana infrastruktur dan jalan raya di Sabah dan Sarawak tidak sama seperti di Semenanjung. Di Sabah dan Sarawak, perjalanan dari satu tempat ke satu tempat mengambil masa yang lebih lama. Selain itu, penduduk di sana lebih suka menggunakan pacuan semua roda (AWD) kerana ia mempunyai enjin yang lebih kuat untuk mengemudi kawasan yang tanahnya yang agak bermasalah. Oleh sebab itu, kenderaan jenis ini digunakan untuk perjalanan harian. Menurut JPJ, struktur cukai jalan yang lebih murah di Sabah dan Sarawak adalah untuk mengimbangi sebarang kekurangan yang ada.

Barisan Panjang Di Pos Malaysia? Hidupkan “Road Tax” Anda Secara “Online” Sahaja!

Fakta menarik untuk anda ingat. Menurut JPJ, setakat 16 November 2021, kira-kira 3.78 juta kenderaan masih belum memperbaharui Lesen Kenderaan Bermotor mereka, juga dikenali sebagai cukai jalan. Oleh itu, jangan berlengah lagi untuk memperbaharui cukai jalan anda. Selesaikannya sebelum bulan ini berakhir!

Jika anda tidak mempunyai masa untuk pergi ke pejabat Pos Malaysia terdekat atau cawangan JPJ untuk memperbaharui “road tax” atau cukai jalan, anda boleh melakukannya secara “online” bersama dengan insurans kereta dengan kami di PolicyStreet! Anda hanya perlu memberikan kami maklumat yang diperlukan dan dalam masa 5 minit, anda akan menerima sebut harga untuk insurans kereta. Dari situ anda boleh memilih polisi insurans kereta dengan ciri dan harga terbaik hanya secara “online” sahaja!

Berikut adalah maklumat yang diperlukan untuk memperbaharui insurans kereta anda:

  1. Nombor Kereta
  2. Nombor IC Pemilik Kereta
  3. Poskod Kediaman
  4. Nombor Telefon (Pastikan ia boleh dihubungi!)
  5. Alamat E-mel
  6. Status Perkahwinan (Bujang/ Berkahwin)

Sebaik sahaja anda renew insurans kereta dan cukai jalan di platform online, kami akan menghantarnya ke depan pintu anda apabila pembayaran selesai.

Masa penghantaran bergantung pada lokasi anda. Jika anda tinggal di Lembah Klang dan negeri-negeri lain di kawasan Semenanjung, ia akan mengambil masa 2-3 hari bekerja, manakala di Sabah dan Sarawak pula, dalam tempoh 5 hari bekerja.

Sila ambil maklum bahawa semasa musim pandemik ini, proses penghantaran cukai jalan mungkin mengalami sedikit kelewatan.

Jangan tunggu lagi dan mula hidupkan insurans kereta dan “road tax” anda sekarang!

PolicyStreet is licensed by Labuan Financial Services Authority, Bank Negara Malaysia and Australian Securities & Investments Commission.

Copyright © 2023 Polisea Group of Companies. All Rights Reserved.