6 Sebab Mengapa Anda Perlu Memiliki Kad Kredit

Kata Kunci

  1. Bina Sejarah Kredit dan Skor
  2. Dapatkan Pulangan Tunai (Cashback)
  3. Tunai Kecemasan
  4. Pelan Pembayaran Mudah yang Fleksibel
  5. Anda boleh mendapatkan Pindahan Baki
  6. Memudahkan Urusan Anda Ketika Melancong

Siapa yang tidak suka mempunyai kad kredit? Kad kredit boleh digunakan dengan pelbagai tujuan sama ada baik dan buruk tetapi ia bergantung kepada bagaimana seseorang individu tersebut menguruskan kad kredit mereka sendiri, terutamanya dari segi perbelanjaan. Tidak syak lagi, apabila anda memiliki kad kredit, anda mempunyai kuasa untuk berbelanja lebih dan lebih. Ingatlah bahawa kad kredit mengenakan kadar faedah tertentu yang akan menyebabkan anda membayar lebih jika anda terlewat!

Tetapi ini bukanlah topik yang saya ingin bincangkan, hari ini saya akan berkongsi dengan anda 6 sebab mengapa anda perlu memiliki kad kredit. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kad kredit boleh digunakan dengan pelbagai tujuan sama ada baik dan buruk . Tetapi jika anda menggunakannya dengan betul dan bertanggungjawab, kad kredit boleh menjadi mod pembayaran yang lebih baik untuk anda.

Bina Sejarah Kredit dan Skor

Tahukah anda bahawa memiliki kad kredit boleh membina skor kredit anda apabila anda ingin membeli kereta, rumah atau membuat sebarang pinjaman pada masa hadapan? Bank akan menyemak dan melihat sejarah kredit anda yang mereka panggil sebagai CCRIS dan CTOS di Malaysia agar mereka mengetahui keupayaan anda untuk membayar hutang anda tepat pada masanya. Ini sekaligus akan mengurangkan hutang anda yang seterusnya dan dapat meningkatkan skor kredit anda.

Katakan jika anda membayar hutang anda tepat pada masa dan skor kredit anda mencapai tahap yang baik atau cemerlang, peluang untuk pinjaman anda diluluskan oleh bank adalah agak tinggi. Jika anda tertanya-tanya bagaimana untuk mempunyai skor kredit yang baik, lihat faedah skor kredit.

Sumber: CTOS Credit

Dapatkan Pulangan Tunai (Cashback)

Siapa yang tidak suka dengan pulangan tunai selepas anda membeli barang atau membayar makanan anda bukan? Setiap kali anda membayar menggunakan kad kredit, anda akan menerima pulangan tunai tertentu daripada bank. Walau bagaimanapun, setiap bank mungkin menawarkan peratusan pulangan tunai yang berbeza sama ada sehingga 5%, sehingga 10% atau sehingga 15% untuk kategori yang berbeza.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk melakukan beberapa survey terhadap bank serta faedah yang mereka tawarkan sebelum anda mengambil kad kredit. Anda boleh layari di sini untuk maklumat lanjut.

Sumber: axerve.com

Tunai Kecemasan

Ya, anda boleh mengeluarkan wang pendahuluan kad kredit daripada mesin ATM apabila anda berada dalam situasi kecemasan. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa, apabila anda mengeluarkan pendahuluan tunai, pihak bank akan mengenakan bayaran bagi setiap transaksi atau minimum RM15-25 serta kadar faedah tahunan yang agak tinggi. Tetapi, bergantung pada bank yang anda pilih kerana masing-masing mempunyai yuran caj yang berbeza untuk transaksi tertentu.

Jika anda benar-benar memerlukan wang tunai, anda boleh memilih Pelan Ansuran Tunai (CIP) untuk kad kredit anda. Tujuan Pelan Ansuran Tunai (CIP) adalah untuk membolehkan anda mendapatkan wang tunai daripada had kad kredit anda dan membayar secara ansuran bulanan. Bagi pelan ini, anda tidak boleh pergi ke mesin ATM dan membuat pengeluaran, jadi anda perlu memohon pelan tersebut secara dalam talian atau hubungi wakil mereka dan menunggu keputusan sama ada diluluskan atau tidak. Anda boleh rujuk jadual di bawah untuk butiran lanjut:

Produk Kadar faedah tetap (p.a.) Yuran/Caj Tempoh Pembayaran Amaun minimum
EzyCash / EzyCash-i Maybank 0% – 8.88% 3.88% 6-36 bulan RM 2000
Cashlite CIMB Bank 9.88% Tidak 12-48 bulan RM 1000
RHB Bank CashXcess 4.88-9% No 12-36 bulan Pengeluaran sehingga 80%
HSBC Cash Installment Plan 6.88% 2% bayaran pendahuluan tunai jika jumlah di bawah RM 5000 12-60 bulan RM 1000
Alliance Bank Fast Cash 9.88% 5% daripada jumlah pendahuluan atau minimum RM15.00 12-36 bulan RM 1000
OCBC Bank Call-for-Cash 5.99% 1% bayaran pendahuluan tunai 12-36 bulan RM 1,000 dan ke atas
UOB Flexi Credit Plan 9.2% 5% atau RM20 (yang mana lebih tinggi) Sehingga 24 bulan RM 1000
Hong Leong Bank Quick Cash 6.38-9.88% Yuran pengendalian RM12 12-60 bulan RM 1,500

Sumber: first post

Pelan Pembayaran Mudah yang Fleksibel

Pembelian tanpa faedah yang ditawarkan oleh sesetengah bank kepada pelanggan mereka supaya mereka mempunyai pelan pembayaran yang mudah sehingga 36 bulan. Ringkasnya, pelan ansuran kad kredit ini membolehkan anda menukar pembelian anda kepada bayaran ansuran yang lebih kecil untuk tempoh masa yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, sesetengah bank mempunyai tempoh pembayaran kad kredit yang berbeza jadi anda perlu menyemak beberapa risalah sebelum memohon pelan ini.

Kebiasaannya, anda mempunyai tempoh selama 20 hari tanpa faedah untuk membayar amaun penuh ke atas hutang anda. Oleh itu, bank telah melaksanakan pelan ansuran mudah 0% untuk anda membuat pembayaran balik sama ada secara penuh atau minimum bulanan yang lebih mudah dan senang.

Ambil perhatian: Walaupun anda dapat menikmati pelan ansuran mudah 0%, anda kena latih diri untuk menjadi disiplin dan pastikan anda tidak berbelanja secara berlebihan atau terlalu menikmatinya kerana apabila anda berbelanja melebihi apa yang sepatutnya, anda perlu menambah atau menanggung komitmen lain.

Sumber: laman web UOB

Anda boleh melakukan Pindahan Baki

Pemindahan baki adalah salah satu cara paling mudah untuk menyatukan hutang anda ke dalam satu kad. Untuk memudahkan anda memahami, pemindahan baki bermakna anda boleh memindahkan baki tertunggak anda dari satu kad kredit ke yang lain. Kita semua tahu bahawa kadangkala kita berbelanja lebih daripada had perbelanjaan kita, yang mengakibatkan kita mempunyai terlalu banyak hutang untuk ditanggung, dan apabila ini berlaku, anda perlu berbincang dengan penghutang anda untuk menyesuaikan semula pelan pembayaran anda.

Dengan kad kredit, anda tidak perlu risau kerana jika anda mempunyai beberapa kad kredit tertunggak, anda boleh menggabungkan hutang anda ke dalam satu kad, iaitu satu cara untuk memudahkan pembayaran balik anda. Walau bagaimanapun, sesetengah bank mungkin menawarkan pilihan pemindahan baki 0% kepada anda apabila anda membuat pindahan baki (bergantung pada bank yang anda pilih). Jadi anda boleh kekal tenang dan mempunyai ruang untuk mengendalikan kewajiban anda yang lain.

Sumber: ringgit plus

Memudahkan Urusan Anda Ketika Melancong

Kad kredit adalah merupakan satu kelebihan apabila anda melancong ke luar negara atau anda perlu membuat tempahan untuk hotel hanya untuk percutian yang singkat di dalam Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tidak begitu selamat untuk membawa wang tunai yang banyak semasa melancong dan kad kredit boleh menjadi pilihan terbaik. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati diskaun istimewa tertentu untuk ahli kad Visa dan MasterCard dan kad kredit juga boleh digunakan di mana-mana negara. Oleh itu, jika anda kehabisan mata wang asing semasa melancong, jangan risau, cari sahaja money changer berhampiran.

Sumber: The Sun Daily

Kesimpulan

Kad kredit kadangkala menakutkan, terutamanya apabila anda tahu anda boleh menggunakannya untuk membeli apa sahaja yang anda mahukan. Kebanyakan orang takut memilikinya kerana caj kadar faedah yang dikenakan, dan mereka juga melihatnya sebagai satu komitmen. Sebaliknya, kad kredit tidaklah semenakutkan seperti yang anda fikirkan jika anda mengetahui dengan tepat faedahnya dan cara mengurusnya dengan betul. Bukan itu sahaja, syarat kelayakan untuk memohon kad kredit adalah berumur 21 tahun ke atas, jadi jika anda layak, jangan lupa untuk memohon sekarang!

PolicyStreet is licensed by Labuan Financial Services Authority, Bank Negara Malaysia and Australian Securities & Investments Commission.

Copyright © 2023 Polisea Group of Companies. All Rights Reserved.