Cukai Jalan di Malaysia

Perbaharui insurans kereta dan cukai jalan anda dengan kami, dan dapat penghantaran PERCUMA.

Kod Promo: RDTAX

MULA SEKARANG ▶︎

 

Kira Cukai Jalan Anda

Mengapa Pilih PolicyStreet?

Membandingkan sebut harga insurans kereta dengan kami hanya mengambil masa 1 minit dan ianya percuma! Ia menyelamatkan anda daripada semua kerumitan berpindah dari satu laman web ke laman web yang lain. Menemukan tawaran hebat untuk anda dengan hanya satu carian sahaja. Dijamin dan dilindungi oleh penanggung insurans terbaik di Malaysia daripada PolicyStreet!

Penasihat Kewangan Berlesen

PolicyStreet ialah penasihat kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

Tiada Yuran Tersembunyi

Anda bukan sahaja boleh menikmati penjimatan tambahan di PolicyStreet, tetapi anda juga tidak perlu membayar apa-apa yuran tambahan kerana perkhidmatan kami adalah PERCUMA.

Jaminan Padanan Harga

Jika anda mendapati harga yang lebih rendah daripada pesaing kami, beritahu kami dan kami akan memadankan harga yang diiklankan.

Dipercayai oleh ribuan rakyat Malaysia

Dengan lebih daripada 100,000 pengguna Malaysia yang telah mendapatkan bantuan daripada kami, anda boleh yakin bahawa anda berada dalam tangan yang selamat.

Apa Kata Orang Tentang Kami!

Soalan Lazim Mengenai Cukai Jalan di Malaysia

1. Apakah itu cukai jalan?

Ia ialah yuran tahunan yang perlu dibayar untuk menggunakan kereta anda di jalan raya awam.

2. Adakah ia wajib di Malaysia?

Ya, ianya wajib di Malaysia. Jika anda didapati memandu tanpanya, anda boleh didenda RM3,000 mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

3. Kenapa ia diperlukan?

Selain daripada ianya sebuah kewajipan undang-undang, anda juga memerlukan cukai jalan kerana ia digunakan untuk membantu menyelenggara jalan raya di seluruh negara.

4. Bolehkah saya membelinya tanpa insurans kereta?

Tidak. Satu-satunya cara untuk mencukai kereta anda adalah jika anda mempunyai polisi insurans.

5. Saya menggunakan kereta saya untuk perkhidmatan e-hailing, adakah saya memerlukannya?

Ya, anda masih memerlukannya.

6. Bagaimanakah cara untuk saya membelinya?

Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan JPJ atau melalui MyEG untuk membelinya.

7. Berapakah yang perlu saya bayar untuknya?

Ia bergantung kepada pelbagai faktor. Tapi secara amnya, harga adalah seperti di bawah:

  • Semenanjung Malaysia: RM20 hingga RM2,130
  • Sabah dan Sarawak: RM20 hingga RM1,024

Nota: Harga sah untuk kereta persendirian sahaja

8. Bagaimanakah cara untuk saya mengira harga?

Anda boleh menggunakan alat ini.

9. Apakah yang mempengaruhi harga?

  • Lokasi (Semenanjung Malaysia/ Sabah dan Sarawak)
  • Jenis pemilikan (individu/syarikat)
  • Jenis kenderaan (salun/ bukan salun/ kenderaan elektrik/ motosikal)
  • Kapasiti enjin
  • Kadar progresif

10. Mengapakah harga di Sabah dan Sarawak lebih rendah?

Disebabkan kekurangan infrastruktur sokongan dan keadaan jalan yang teruk.

11. Bagaimanakah cara untuk menjimatkan cukai jalan?

Secara amnya, hanya dua jenis kenderaan yang layak untuk pengurangan atau pengecualian cukai jalan, seperti:

  • Kenderaan klasik atau vintaj: Adakah anda tahu bahawa jika anda memiliki kereta klasik atau vintaj, anda boleh mendapat pengurangan sehingga 90%?
  • Kenderaan yang digunakan oleh NGO atau institusi tertentu: Pengurangan ditawarkan antara 50% hingga 100% (pengecualian), bergantung pada jenis kenderaan dan institusi

Selain itu, anda juga boleh membeli pakej 2-dalam-1 untuk insurans kereta dan cukai jalan daripada syarikat insurans anda, atau jika anda mahukan pilihan yang lebih murah dan lebih mudah, daripada PolicyStreet.

12. Apakah kaedah pembayaran yang ada?

  • Kad kredit
  • Kad debit
  • Direct Debit
  • Tunai
  • Cheque
  • FPX
  • Perbankan atas talian
  • Split (melalui PolicyStreet sahaja)
  • Akaun prabayar MyEG (melalui MyEG sahaja)

13. Bolehkah saya membayarnya secara ansuran?

Ya, jika anda memperbaharui dengan PolicyStreet, anda boleh membahagikan pembayaran anda kepada 3 dengan Split. Ia mempunyai faedah 0% dan patuh Syariah!

14. Berapa lamakah tempoh sah cukai jalan?

Ia sah setahun dari tarikh pendaftaran.

15. Bagaimanakah cara untuk saya menyemak tarikh luput?

Anda boleh menyemak tarikh luput dengan merujuk pada pelekat anda atau portal JPJ.

16. Bolehkah saya melakukan pembaharuan sebelum tarikh luput?

Ya, anda boleh memperbaharuinya dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh luput.

17. Bagaimanakah cara saya melakukan pembaharuan?

  • Pilih saluran pilihan anda untuk pembaharuan
  • Pastikan tiada saman tertunggak
  • Isikan butiran (nombor pendaftaran kenderaan, butiran polisi insurans dan butiran pemilik)
  • Jika anda memperbaharui di cawangan JPJ atau POS Malaysia, sediakan dokumen berikut:
    • Kad pengenalan
    • Nota perlindungan insurans kereta
    • Sijil pemilikan kenderaan
  • Buat bayaran
  • Tunggu ia dihantar ke depan pintu anda

18. Berapakah yang perlu saya bayar untuk pembaharuan?

Jika anda menggunakan kenderaan yang sama, harga tidak akan berubah. Sila ambil perhatian bahawa anda mungkin perlu membayar bayaran pos.

19. Di manakah saya boleh melakukan pembaharuan?

Nota:
*Kereta yang digunakan untuk perkhidmatan e-hailing, dengan cukai jalan yang telah tamat tempoh melebihi 3 tahun, atau dengan pemilik yang telah meninggal dunia mesti melakukan pembaharuan di cawangan JPJ
*Tidak semua syarikat insurans menawarkan perkhidmatan ini

20. Apakah yang akan berlaku jika saya tidak memperbaharuinya tepat pada masanya?

Anda mesti membayar denda RM300, dan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, anda mungkin akan didakwa.

21. Berapakah yang perlu saya bayar untuk pembaharuan lewat?

Tiada penalti untuk pembaharuan lewat, tapi jika anda didapati memandu tanpa cukai jalan yang sah, anda akan didenda RM300.

22. Bolehkah saya memperbaharuinya jika saya mempunyai saman tertunggak?

Tidak. Anda mesti menyelesaikan semua saman tertunggak terlebih dahulu sebelum melakukan pembaharuan.

23. Bolehkah saya memperbaharuinya jika insurans kereta saya telah tamat tempoh?

Tidak. Insurans kereta anda mesti aktif jika anda ingin melakukan pembaharuan.

24. Bolehkah saya memandu kereta saya jika cukai jalan saya telah tamat tempoh?

Jika didapati memandu tanpa cukai jalan yang sah, anda akan didenda RM300. Tapi, jika ianya telah tamat tempoh lebih daripada 3 tahun, anda harus pergi ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan kereta wajib.

25. Bagaimanakah cara untuk saya memandu secara sah ke PUSPAKOM jika cukai jalan saya telah tamat tempoh?

Anda mesti memohon permit perjalanan sementara daripada JPJ.