Dapatkan insurans faedah pekerja di Malaysia yang terbaik

Sedang mencari insurans faedah pekerja di Malaysia yang terbaik? Kami akan membantu anda mencari satu supaya anda boleh bercuti dengan ketenangan fikiran.

Ciri-Ciri

Dapatkan Lindungan Tanpa Kos

Perlindungan untuk pekerja anda bermula dari serendah RM49/bulan setiap pekerja.

Had Tahunan Tinggi

Pekerja anda boleh menikmati perlindungan sebanyak RM80,000 setiap tahun.

Perlindungan Segera

Tidak akan ada sebarang tempoh menunggu untuk perlindungan insurans berkuat kuasa dan perlindungan penuh terhadap COVID-19 untuk syarikat anda.

Mengapa Pilih PolicyStreet?

Dengan PolicyStreet, anda boleh memastikan bahawa anda mendapat insurans faedah pekerja terbaik di Malaysia untuk syarikat anda. Anda tidak perlu lagi tertekan dalam memilih tawaran terbaik kerana kami membantu anda mendapatkan perlindungan insurans terbaik secara PERCUMA.

Penasihat Kewangan Berlesen

PolicyStreet ialah penasihat kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

Tiada Yuran Tersembunyi

Apabila anda membeli insurans perjalanan anda dengan kami, anda boleh yakin bahawa tiada caj tersembunyi kerana perkhidmatan kami adalah PERCUMA.

Jaminan Padanan Harga

Kami mempunyai dasar “Padanan Harga Terbaik” yang mana kami akan memadankan semua harga yang diiklankan daripada pesaing.

Dipercayai oleh ribuan rakyat Malaysia

Digunakan oleh lebih daripada 100,000 rakyat Malaysia, anda boleh yakin bahawa anda akan menikmati perkhidmatan yang diperibadikan dan dipercayai dengan PolicyStreet.

Apa Kata Orang Tentang Kami!

Soalan Lazim Mengenai Insurans Faedah Pekerja di Malaysia

1. Apakah itu Insurans Faedah Pekerja?

Insurans Faedah Pekerja ialah tambahan kepada gaji pekerja, yang biasanya bukan dalam bentuk gaji. Ia juga dikenali sebagai ‘ganjaran bukan upah’.

2. Apakah jenis-jenis Faedah Pekerja?

Berikut adalah jenis-jenis Faedah Pekerja yang biasanya ditawarkan kepada pekerja:

  • Cuti peribadi
  • Cuti sakit
  • Cuti berbayar
  • Penjagaan anak
  • Insurans kesihatan
  • Insurans pergigian/ optik
  • Insurans hayat
  • Pelan persaraan
  • Pilihan saham
  • Kecergasan
  • Pembangunan kemahiran
  • Percutian bersama syarikat
  • Anugerah

3. Mengapa Faedah Pekerja penting?

Berikut adalah sebab mengapa Faedah Pekerja penting:

  • Untuk melindungi pekerja anda
  • Untuk menunjukkan bahawa anda mengambil berat dan ingin melabur untuk kesejahteraan mereka dan masa depan mereka
  • Untuk menarik dan mengekalkan bakat dalam syarikat anda
  • Untuk menonjol daripada pesaing anda
  • Untuk memberi pengiktirafan kepada pekerja anda atas kerja baik mereka

4. Apakah itu insurans kesihatan?

Insurans kesihatan adalah sejenis insurans yang akan membantu menampung bil perubatan anda (penghospitalan, perundingan, pembedahan, rawatan, bekalan perubatan dan ubat-ubatan).

5. Mengapa insurans kesihatan penting?

Insurans perubatan adalah penting untuk membantu anda melindungi kewangan anda. Sekiranya anda jatuh sakit atau cedera, insurans perubatan akan menjadi penyelamat anda dengan membayar semua bil perubatan anda termasuk bilik hospital, perundingan, pembedahan, rawatan, bekalan perubatan dan ubat-ubatan. Selain itu, ia juga akan membantu anda jika anda sakit atau hilang upaya dan tidak boleh bekerja lagi dengan memberi anda pendapatan hilang upaya. Masa depan bukanlah sesuatu yang kita boleh kawal, justeru adalah lebih baik untuk bersiap sedia untuk sebarang kejadian yang tidak dijangka. Membeli insurans perubatan sekarang bermakna simpanan anda pada masa hadapan dijamin terjaga.

6. Apakah perbezaan antara insurans kesihatan kumpulan dan insurans kesihatan individu?

Insurans kesihatan kumpulan Insurans kesihatan individu
Majikan adalah pemilik polisi Anda adalah pemilik polisi
Majikan memilih pelan atau peringkat mengikut kelas pekerjaan Kebebasan untuk memilih pelan anda
Had tahunan yang lebih rendah Had tahunan yang lebih tinggi
Faedah terhad Kebebasan untuk memilih mana-mana tambahan/ faedah tambahan
Biasanya meliputi lawatan GP Tidak meliputi lawatan GP
Sah jika anda bekerja di syarikat Sah jika anda membayar premium anda

7. Patutkah pekerja saya membatalkan polisi insurans kesihatan mereka jika mereka mempunyai Insurans Faedah Pekerja?

Tiada sesiapa pun boleh membatalkan polisi insurans kesihatan peribadi mereka. Kenapa? Terdapat 3 sebab utama mengapa:

  • Had perlindungan tahunan yang tidak mencukupi: Perbezaan yang utama antara insurans kesihatan kumpulan (faedah pekerja) dan insurans kesihatan individu adalah had perlindungannya, dan secara amnya, had perlindungan untuk insurans kesihatan kumpulan adalah lebih rendah. Ini mungkin tidak mencukupi untuk membayar bil perubatan mereka dan mereka mungkin perlu mengeluarkan wang simpanan mereka sendiri.
  • Mereka bukan pemiliknya: Perlindungan dan faedah mereka tidak kekal. Majikan ialah pemilik polisi, dan mereka mempunyai hak untuk menukar pelan. Ini bermakna pelan pekerja anda boleh diturunkan taraf, dan mereka akan menerima perlindungan dan faedah yang lebih rendah yang mungkin tidak mencukupi untuk menampung bil perubatan mereka.
  • Ia bergantung pada status pekerjaan: ‘Faedah Pekerja’ bermakna seseorang itu dilindungi oleh polisi insurans hanya jika mereka bekerja. Bagaimana jika mereka diberhentikan kerja atau ingin berhenti kerja? Mereka tidak akan dilindungi oleh insurans lagi. Jika apa-apa berlaku pada masa itu, mereka perlu menanggung perbelanjaan perubatan dan mereka mungkin terpaksa menggunakan wang simpanan mereka.

8. Siapa yang layak untuk membeli Faedah Pekerja?

Kebanyakan syarikat insurans membenarkan syarikat yang mempunyai sekurang-kurangnya 3 pekerja untuk membeli faedah pekerja.

9. Apakah perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli Insurans Faedah Pekerja?

Berikut adalah perkara yang paling penting untuk bertanya kepada syarikat insurans sebelum membuat keputusan untuk membeli Faedah Pekerja untuk pekerja anda:

  • Apa yang disediakan oleh pelan anda?
  • Apa penyakit/ kecederaan yang dilindungi oleh pelan anda?
  • Bagaimana proses tuntutan?
  • Berapa lama ‘tempoh menunggu’?
  • Apa senarai hospital/ klinik panel?
  • Adakah pelan anda atas dasar pembayaran balik atau tanpa tunai?
  • Bolehkah pekerja anda menambah pasangan dan/ atau anak mereka ke dalam pelan?

10. Adakah pemeriksaan perubatan diperlukan sebelum membeli Insurans Faedah Pekerja?

Sesetengah syarikat insurans memerlukan pemeriksaan perubatan sebelum membeli Insurans Faedah Pekerja daripada mereka dan beberapa syarikat insurans lain tidak. Untuk pengesahan, semak dengan syarikat insurans pilihan anda.

11. Apakah yang dilindungi oleh Faedah Pekerja?

Apa yang dilindungi oleh Faedah Pekerja adalah mengikut keperluan anda. Secara amnya, ia meliputi kemasukan ke hospital dan pembedahan, kematian, hilang upaya, penyakit kritikal, rawatan pesakit luar dan/ atau kemalangan.

12. Bilakah polisi Faedah Pekerja akan mula melindungi pekerja saya?

Ia bergantung pada ‘tempoh menunggu’ bagi setiap syarikat insurans, dan ia biasanya diantara 14 hari hingga 30 hari. Untuk pengesahan, semak dengan syarikat insurans pilihan anda.

13. Bagaimana jika salah seorang pekerja saya disahkan menghidap penyakit semasa ‘tempoh menunggu’?

Jika pekerja anda disahkan menghidap penyakit dalam tempoh ini, ia tidak akan ditanggung oleh insurans untuk satu tempoh masa (bergantung kepada penilaian kesihatan dan risiko oleh syarikat insurans anda).

14. Bagaimana jika salah seorang pekerja saya jatuh sakit semasa ‘tempoh menunggu’?

Jika pekerja anda jatuh sakit dalam tempoh ini, ia tidak akan ditanggung oleh insurans, dan mereka perlu menanggung perbelanjaan perubatan sendiri.

15. Adakah insurans hayat termasuk dalam Faedah Pekerja?

Penanggung insurans memberi anda pilihan untuk membeli Hayat Bertempoh Kumpulan untuk faedah Pekerja anda.

16. Adakah insurans kemalangan diri termasuk dalam Faedah Pekerja?

Penanggung insurans memberi anda pilihan untuk membeli Kemalangan Peribadi Kumpulan untuk faedah Pekerja anda.

17. Adakah insurans jenis lain (kereta/ motosikal/ perjalanan/ COVID-19/ rumah) termasuk dalam Faedah Pekerja?

Tidak, Faedah Pekerja tidak termasuk jenis insurans lain. Walau bagaimanapun, jika anda membeli Faedah Pekerja dengan PolicyStreet, pekerja anda akan diberi pilihan untuk membeli mana-mana insurans pada harga DISKAUN dengan pautan unik syarikat anda!

18. Adakah Faedah Pekerja meliputi ahli keluarga juga?

Ya, pekerja anda boleh memilih untuk memasukkan ahli keluarga mereka (suami isteri dan/atau anak) di bawah pelan yang sama (bergantung pada polisi syarikat anda).

19. Adakah Faedah Pekerja meliputi hilang upaya/penyakit kritikal?

Penanggung insurans memberi anda pilihan untuk membeli Kemalangan Peribadi Kumpulan untuk faedah Pekerja anda.

20. Adakah Faedah Pekerja juga meliputi lawatan GP?

Sesetengah syarikat insurans melindungi lawatan GP dalam pelan mereka, ada yang tidak. Tapi jangan risau, terdapat syarikat yang menawarkan pelan perlindungan rawatan pesakit luar sendiri yang juga meliputi lawatan GP.

21. Adakah Faedah Pekerja meliputi rawatan pergigian dan optik?

Sesetengah syarikat insurans meliputi rawatan pergigian dan optik dalam pelan mereka, ada yang tidak. Selain itu, sesetengah syarikat insurans juga meliputi perubatan tradisional Cina serta pemeriksaan dan rawatan kesihatan mental. Untuk pengesahan, semak dengan syarikat insurans pilihan anda.

22. Apa jadi jika salah seorang pekerja saya pergi ke hospital bukan panel?

Untuk kes kecemasan, pekerja anda boleh pergi ke hospital bukan panel dan mereka akan masih dilindungi, tapi ia akan dibuat atas dasar pembayaran balik.

23. Adakah setiap pekerja mendapat pelan/ jenis perlindungan yang sama?

Ia bergantung pada polisi syarikat anda! Semua orang boleh mempunyai pelan/ jenis perlindungan yang sama atau anda boleh meminta peringkat yang berbeza untuk kelas pekerjaan yang berbeza.

24. Bolehkah saya menukar syarikat insurans dalam tahun polisi yang sama?

Tidak, anda hanya boleh menukar syarikat insurans anda semasa tempoh pembaharuan.

25. Bolehkah saya membatalkan polisi Faedah Pekerja saya?

Ya, anda boleh membatalkan polisi anda pada bila-bila masa! Pastikan anda berhubung dengan syarikat insurans anda untuk memastikan kelancaran proses.

26. Adakah polisi Faedah Pekerja saya akan tamat tempoh jika saya tidak memperbaharui tepat pada masanya?

Ya, polisi anda akan tamat tempoh! Oleh itu, adalah lebih baik untuk memperbaharui Faedah Pekerja anda tepat pada masanya untuk memastikan anda dilindungi. Perbaharui dengan kami untuk menjadikan pengalaman pembaharuan anda mudah!

27. Dimanakah saya boleh memperbaharui polisi Faedah Pekerja saya?

Anda boleh memperbaharui polisi Faedah pekerja anda dengan syarikat insurans anda di laman web mereka, melalui broker anda, ATAU melalui kami di laman web kami! Pembaharuan dengan kami adalah lebih mudah. Apa lagi? Anda boleh menjimatkan wang anda!

28. Adakah Faedah Pekerja sah selepas pekerja saya meninggalkan syarikat?

Tidak, Faedah Pekerja tidak lagi sah selepas mereka meninggalkan syarikat anda.

29. Berapakah kos Faedah Pekerja?

Banyak faktor boleh mempengaruhi kadar premium. Selain itu, ia juga bergantung pada jenis pelan yang berbeza dari syarikat insurans yang berbeza. Kadar premium bulanan terendah (setiap individu) yang anda boleh dapati ialah RM35/ bulan! Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kadar, lawati kami di sini!

30. Apakah faktor yang mempengaruhi premium?

Berikut adalah faktor yang boleh mempengaruhi kadar premium:

  • Jenis pelan
  • Umur
  • Lokasi geografi
  • Sejarah perubatan
  • Pekerjaan
  • Indeks Jisim Badan (BMI)
  • Tabiat merokok
  • Jumlah tanggungan
  • Ciri insurans bersama

31. Apakah kaedah pembayaran yang ada?

Syarikat insurans yang berbeza menawarkan cara pembayaran yang berbeza, tapi secara amnya, mereka menerima:

  • Pembayaran atas talian di laman web mereka
  • Pembayaran atas talian pada aplikasi mudah alih mereka
  • Perbankan internet
  • Bil berulang automatik
  • Perbankan ATM
  • Perbankan CDM
  • Perbankan secara langsung

32. Bolehkah saya membayar premium saya secara ansuran?

Ya! Anda boleh membayar premium anda secara bulanan!

33. Apakah Faedah Pekerja yang paling mampu milik?

Kami boleh membantu anda mencari Faedah Pekerja yang paling mampu milik! Cuma klik di sini dan kami akan membandingkan pelan insurans kesihatan yang berbeza oleh syarikat insurans yang berbeza untuk memastikan anda menemui pelan yang sesuai dengan keperluan anda dalam masa 1 minit!

34. Apakah cara terbaik untuk membeli Faedah Pekerja?

Cara terbaik untuk membeli Faedah Pekerja adalah dengan melawat kami di sini! Kami ialah penasihat kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia yang akan membantu anda menjimatkan masa dan wang anda. Kami membandingkan pelan Faedah Pekerja yang berbeza oleh syarikat insurans yang berbeza untuk memastikan anda menemui pelan yang sesuai dengan keperluan anda dalam masa 1 minit!

35. Bagaimanakah Faedah Pekerja akan membayar bil perubatan?

Secara amnya, terdapat dua cara Faedah Pekerja membayar bil perubatan (bergantung pada pelan anda): Tanpa tunai atau pembayaran balik.

Dasar tanpa tunai membolehkan pekerja anda mempamerkan kad perubatan mereka, bersama-sama dengan Surat Jaminan dan selesai! Untuk dasar pembayaran balik, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil selepas discaj:

  • Langkah 1: Sediakan dokumen yang diperlukan
    1. Salinan KP
    2. Laporan kesihatan
    3. Bil dan resit perubatan asal
    4. Laporan diagnostik
  • Langkah 2: Lengkapkan borang tuntutan di laman web syarikat insurans anda
  • Langkah 3: Serahkan borang tuntutan dalam tempoh 30 hari selepas discaj

36. Berapakah bilangan maksimum tuntutan dalam setahun?

Ia bergantung pada pelan anda. Kebanyakan syarikat insurans membenarkan jumlah tuntutan tanpa had selagi ia berada dalam had tahunan anda. Untuk pengesahan, semak dengan syarikat insurans pilihan anda.

37. Apakah perbezaan antara ‘had tahunan’ dan ‘had seumur hidup’?

Had tahunan Had seumur hidup
Amaun maksimum yang boleh dituntut untuk setiap tahun polisi. Jumlah maksimum yang boleh dituntut untuk seumur hidup, selagi polisi anda masih sah.

38. Apa jadi jika pekerja saya menggunakan sepenuhnya had tahunan/ seumur hidup mereka?

Jika pekerja anda menggunakan sepenuhnya had tahunan/ seumur hidup mereka, insurans kesihatan mereka tidak lagi akan membayar bil perubatan mereka. Sebarang jumlah yang lebih akan ditanggung oleh mereka.

39. Bolehkah jumlah had tahunan dan seumur hidup ditambah?

Tidak. Satu-satunya cara untuk menambah had tahunan dan seumur hidup adalah dengan menukar kepada pelan lain yang menawarkan had tahunan dan seumur hidup yang lebih tinggi.

40. Apakah ‘jumlah diinsuranskan’?

‘Jumlah diinsuranskan’ adalah jumlah wang yang akan dibayar kepada pekerja anda oleh syarikat insurans anda sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

41. Bolehkah jumlah diinsuranskan ditambah?

Ia bergantung kepada anda, kerana anda adalah pemilik polisi. Tapi sila ambil perhatian bahawa meningkatkan jumlah diinsuranskan juga akan meningkatkan kadar premium. Pastikan anda berhubung dengan syarikat insurans anda untuk memastikan kelancaran proses.