Lonpac diasaskan pada tahun 1962 dan sejak itu mereka telah menjadi salah satu syarikat insurans yang paling dipercayai di kalangan rakyat Malaysia kerana kepelbagaian produk insurans mereka serta perkhidmatan mereka yang cemerlang. Pada 2020, mereka berbangga kerana telah mencapai RM1.55 bilion dalam premium bertulis kasar tahunan. Dari segi insurans, mereka komited untuk mengutamakan pelanggan mereka. Apabila menyebut tentang insurans motor, mereka bukan sahaja menawarkan insurans untuk kereta, tetapi untuk motosikal juga!
Lonpac menawarkan 2 pelan insurans kereta yang berbeza untuk memenuhi segala keperluan anda.
Lonpac menyatakan bahawa “Ia bukan tentang pergi ke mana sahaja yang anda inginkan, ia juga tentang pergi ke mana sahaja yang anda inginkan dengan selesa dan yakin. Berada di atas jalan raya seharusnya menjadi suatu pengalaman yang berharga untuk semua orang. Pelan ini menjanjikan perlindungan yang menyeluruh untuk anda dengan sedikit buah tangan iaitu– ketenangan minda.
Dengan pelan ini, kereta anda akan dilindungi jika ia musnah akibat barang yang jatuh. Jika ia diakibatkan oleh bencana alam, kos untuk perlindungan hanyalah sehingga 25% daripada jumlah perlindungan.
Kereta anda terbakar? Meletup? Ataupun disambar petir? Jangan risau, Lonpac sentiasa berada di sisi anda.
Kereta dicuri atau dirompak bukanlah suatu pengalaman yang indah untuk sesiapa pun, tetapi Lonpac akan sedaya upaya untuk membantu anda melaluinya.
Pelan ini akan melindungi anda daripada liabiliti yang mungkin dikenakan anda ke atas kecederaan, kematian, dan/ atau kerosakan atau kehilangan harta benda pihak ketiga.
Pelan ini akan melindungi semua pemandu yang sah dan anda tidak perlu untuk menyenaraikan nama-nama mereka pun!
Untuk setiap gantian dokumen, anda akan diberikan ganti rugi jika mengambil pelan ini.
e-Assist sentiasa bersedia untuk membantu anda sekiranya anda memerlukan bantuan jalan raya. Hanya telefon 1-300-88-1138
Lonpac memiliki bengkel panel diseluruh Malaysia yang komited untuk membaiki kerosakan kereta anda dengan jaminan baikpulih selama 6 bulan.
Kadang-kadang, perkara asas adalah lebih baik. Pelan ini akan melindungi anda daripada masalah dengan pihak ketiga, kebakaran dan kecurian dengan kos yang minimum.
Kereta anda terbakar? Meletup? Ataupun disambar petir? Jangan risau, Lonpac sentiasa berada di sisi anda.
Kereta dicuri atau dirompak bukanlah suatu pengalaman yang indah untuk sesiapa pun, tetapi Lonpac akan sedaya upaya untuk membantu anda melaluinya.
Pelan ini akan melindungi anda daripada liabiliti yang mungkin dikenakan anda ke atas kecederaan, kematian dan/ atau kerosakan atau kehilangan harta benda pihak ketiga.
Pemandu e-Hailing, penumpang dan pihak ketiga akan dilindungi dengan tambahan ini dari kehilangan atau kerosakan kereta, liabiliti undang-undang dan kemalangan peribadi.
Pelan ini akan memastikan ia melindungi kereta anda daripada perkara yang tidak dapat dijangkakan– bencana alam (banjir, ribut, gempa bumi, tanah runtuh dan bencana alam yang lain).
Jika cermin depan kereta, tingkap atau pelindung matahari anda pecah, ia tidak bermaksud tabung anda juga haru pecah! Tambahan ini akan mengganti rugi kos untuk membaikinya tanpa mempengaruhi Diskaun Tanpa Tuntutan.
Anda akan diberikan ganti rugi jika kereta anda masih belum selesai dibaiki selepas tarikh yang ditetapkan.
Dengan tambahan ini, anda tidak perlu risau tentang menipiskan dompet anda setiap kali anda ingin menggantikan aksesori kereta anda.
Jika anda terlibat dalam kemalangan dan ia dibuktikan bahawa ia diakibatkan oleh kecuaian anda, anda mungkin akan dikenakan tindakan undang-undang. Tambahan ini akan melindungi anda.
Hapuskan keresahan anda! Kereta anda akan dilindungi jika ia rosak akibat mogok, rusuhan dan kekecohan awam.
Lonpac adalah salah satu syarikat insurans terkemuka di Malaysia yang telah memenangi pelbagai anugerah setiap tahun. Mereka tegas dengan keputusan mereka untuk sentiasa memenuhi keperluan pelanggan mereka dan ia bukan sahaja cakap kosong!
Ianya kebanggaan Lonpac untuk mempunyai LEBIH 3000 agen berdaftar yang bersedia untuk membantu anda bila-bila masa anda memerlukan mereka.
Percaya atau tidak, terdapat lebih dari 480 bengkel panel di seluruh Malaysia (di SEMUA negeri!), untuk kereta anda. Ia ada dimana-mana sahaja.
Kami faham bahawa kadang-kadang teknologi boleh membuat kita keliru dan kita hanya mempunyai 24 jam sehari. Oleh sebab itu, kami akan memastikan masalah tersebut dapat diselesaikan! Kami akan membantu dapatkan pelan insurans yang sempurna untuk anda dengan membandingkan LEBIH 10 syarikat insurans dalam masa 60 saat SAHAJA dengan PERCUMA.
Kami amat menghargai integriti, jadi percayalah cakap kami apabila kami menjaminkan padanan harga dari pesaing kami dan kami mengutamakan pencarian tawaran terbaik untuk anda!
Berita baik! Kami adalah penasihat kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. Kami tidak malu untuk berbangga dengan servis kami yang terbaik terhadap lebih dari 100,000 pelanggan di Malaysia yang mempercayai kami dengan insurans kereta mereka.
Lonpac adalah salah satu syarikat insurans yang paling dipercayai di kalangan rakyat Malaysia kerana kepelbagaian produk insurans mereka serta servis mereka yang cemerlang. Mereka akan melindungi kereta anda daripada bencana alam dan kekecohan awam! Bukan itu sahaja, mereka juga akan melindungi anda sekiranya liabiliti undang-undang dikenakan ke atas anda.
Tentukan sama ada anda ingin dilindungi sepenuhnya atau anda HANYA mahu dilindungi daripada masalah pihak ketiga, kebakaran dan kecurian. Masih pening? Datang dan biar kami bantu anda untuk dilindungi oleh pelan yang betul! Lagipun, kami memberi jaminan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Anda boleh merujuk ke bahagian “Mengapa anda perlu membeli insurans kereta Lonpac” untuk maklumat lebih lanjut!
Rujuk kami untuk menerima sebut harga!
Jadikan pengalaman membeli insurans kereta anda lancar dengan PolicyStreet! Ikuti 4 langkah berikut untuk menjimatkan wang dan masa anda:
Klik di sini untuk mendapatkan sebut harga!
Berhubung dengan pegawai perkhidmatan pelanggan Lonpac di 03-2262 8666 atau customerservice@lonpac.com
Insurans Kereta
Insurans Kesihatan
Insurans Motosikal
Insurans Perjalanan