


Compare the best car insurance

Mari kami bantu anda melalui WhatsApp dengan segera!

Sebut Harga

Penerbitan Polisi

Penghantaran Roadtax

Bantuan Tuntutan

Sebut Harga

Penerbitan Polisi

Penghantaran Roadtax

Bantuan Tuntutan
Kenapa Pilih Kami?
Bandingkan sebut harga insurans kereta kami secara percuma yang hanya akan mengambil masa selama 1 minit sahaja. Ini dapat menyelamatkan anda daripada segala kerumitan untuk beralih dari satu laman web ke laman web yang lain. Kami membantu mencarikan anda tawaran yang terbaik dalam satu carian sahaja. Lindungi diri anda daripada syarikat insurans terbaik di Malaysia dengan PolicyStreet.

Penasihat Kewangan Berkemampuan Teknologi
PolicyStreet merupakan penasihat kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Tiada Bayaran Tersembunyi
Di PolicyStreet, kami tidak caj bayaran tersembunyi.
Bandingkan harga sebenar dari laman web kami sekarang.

Dipercayai oleh Ribuan Rakyat Malaysia
Kami mempunyai lebih daripada 100,000
rakyat Malaysia yang mendapatkan pertolongan
mengenai insurans kereta.

Jaminan Harga Sepadan
PolicyStreet akan menyesuaikan semua harga yang diiklankan oleh pesaing.
Lihat dengan terperinciDapatkan Insurans Kereta yang Terbaik dengan hanya 3 Langkah yang Mudah!

Dapatkan Sebut Harga
Isikan maklumat dan dapatkan sebut harga untuk insurans kereta anda.

Bandingkan Sebut Harga dan Pilih Harga yang Terbaik
Bandingkan sebut harga berdasarkan harga dan ciri polisi daripada setiap syarikat insurans. Pilih insurans kereta yang terbaik dan sesuai yang dapat memenuhi keperluan anda.

Lindungi Anda
Anda boleh membeli insurans kereta dalam talian daripada sistem pembayaran kami yang 100% selamat, ringkas dan pantas.


Bagaimanakah untuk mendapat insurans kereta yang murah?
As you are aware, car insurance is pricey but there are some measure that can be considered to avoid paying more than you should. Comparing the quotes with us is the best way to save money on your premiums

Bandingkan sekurang-kurangnya 3 sebut harga insurans kereta
Apabila anda membandingkan sebut harga melalui PolicyStreet, anda boleh mendapat tawaran yang terbaik.

Pilih deduktibel atau bayar setiap penggunaan
Dengan meminta deduktibel yang tinggi, anda boleh mengurangkan premium anda.

Jangan memilih liputan yang terlalu banyak, tetapkan dengan apa yang anda perlu
Anda harus ingat bahawa semakin banyak liputan yang anda tambah pada polisi, semakin tinggi premium yang anda perlu bayar.

Pandu dengan selamat dan teliti
Cara yang terbaik untuk mengurangkan premium anda adalah dengan mengelakkan kemalangan dan memandu dengan lebih selamat.

Mengekalkan kredit rekod yang baik
Dengan mengekalkan sejarah kredit yang kukuh, anda boleh mengurangkan premium dalam jangka masa yang panjang.
Jimat sehingga 18% apabila kamu beli atau memperbaharui insurans kereta anda dengan kami!
Kami ingin memastikan anda mendapat tawaran terbaik daripada insurans kereta anda. Sekarang, anda boleh mendapat potongan sebanyak 18% apabila anda membeli insurans kereta untuk pertama kalinya atau memperbaharui insurans kereta anda secara eksklusif di PolicyStreet. Tambahan pula, platform perbandingan kami adalah percuma dan mudah untuk anda mendapat insurans kereta dengan mengikuti hanya tiga langkah yang mudah
Jangan terlepas daripada tawaran kami yang dijamin dan eksklusif!
Apakah liputan yang perlu saya pertimbangkan?
Di Malaysia, syarikat insurans kereta menawarkan tiga jenis perlindungan insurans kereta. Bergantung pada polisi, insurans kereta boleh menanggung semua atau sebahagian daripada kos pembaikan atau penggantian serta kos kerosakan pada kereta atau harta benda pihak ketiga. Kami mengesyorkan anda memilih insurans kereta yang sesuai dengan keperluan anda dan bukannya memilih pilihan yang murah.
Insurans kereta komprehensif dikenali sebagai liputan yang paling luas dan pelbagai berbanding dengan perlindungan yang lain. Liputan ini akan melindungi anda untuk kos pembaikan atau penggantian sekiranya kereta anda rosak, dicuri atau terbakar. Liputan tambahan boleh ditambah bergantung pada jenis liputan yang anda perlukan.
Perkara Utama:

Merangkumi kematian atau kecederaan kepada pihak ketiga.

Merangkumi kerosakan harta benda pihak ketiga.

Merangkumi kerugian atau kerosakan pada kereta anda yang disebabkan oleh kebakaran atau kecurian.

Merangkumi kerosakan pada kenderaan anda akibat kemalangan.
Liputan pihak-ketiga, kebakaran dan kecurian menawarkan liputan yang agak sama dengan polisi pihak-ketiga tetapi dengan perlindungan tambahan untuk kerosakan akibat kebakaran dan kecurian kenderaan anda secara tidak sengaja. Oleh sebab liputan tambahan yang ditawarkan, polisi pihak-ketiga, kebakaran dan kecurian merupakan polisi yang lebih mahal daripada polisi pihak-ketiga tetapi lebih berpatutan berbanding liputan komprehensif.
Perkara Utama:

Anda akan dilindungi sekiranya kereta anda dicuri atau terlibat dalam kebakaran.

Pastikan kereta anda merupakan modal yang tidak baru dan tidak mahal.

Anda akan dilindungi untuk kecederaan pihak ketiga, termasuk penumpang dan harta benda penumpang mereka.
Insurans pihak-ketiga merupakan polisi insurans kereta yang paling asas. Liputan ini mempunyai tahap perlindungan yang minimum dan menjadikan polisi insurans ini sebagai insurans kereta termurah di Malaysia.
Apabila anda membeli polisi insurans kereta pihak-ketiga, sudah mencukupi untuk memberi perlindungan kewangan terhadap liabiliti pihak-ketiga. Polisi ini memastikan bahawa pihak-ketiga dapat menuntut kerosakan, kerugian atau kecederaan akibat kemalangan yang disebabkan oleh anda.
Perkara Utama:

Tahap insurans yang paling asas dan diperlukan secara sah.

Sesuai untuk dibeli apabila kereta milik anda merupakan model lama dan tidak baru.

Anda tidak boleh menuntut kerosakan kenderaan, harta benda atau kecederaan yang anda alami akibat kemalangan jalan raya.
Kenapa Pelanggan Menyukai Kami?

Had some problem due to technical issues but the problem was solved within a day. Kudos for the fast response and services.
Adiba Nadia


The easiest insurtech in Malaysia. Provides a lot of great offers to help people, especially for youth, who just about to start their independent lives.
Farhana Ismail

Cukai Jalan
Mengikut Akta Pengangkutan Jalan Malaysia 1987, setiap kenderaan di jalan raya adalah wajib untuk memiliki cukai jalan dan insurans kereta. Sekiranya anda ditangkap tanpa memiliki cukai jalan dan insurans kereta yang sah, anda perlu menanggung untuk membayar denda yang besar!
Di PolicyStreet, anda boleh memperbaharui cukai jalan anda secara dalam talian dan merupakan prosedur yang sangat ringkas dan pantas. Ikuti langkah yang mudah semasa memohon cukai jalan anda. Selain itu, kami juga akan menghantar cukai jalan ke depan pintu rumah anda dalam masa 2 hari bekerja.

Cara Pilih Insurans Kereta?
Pilihan insurans kereta yang betul adalah kaedah yang terbaik untuk mengurangkan premium untuk insurans kereta anda. Sebelum memilih insurans kereta yang betul, anda perlu memahami faktor yang mempengaruhi premium insurans kereta anda. Berikut adalah senarai faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum anda membuat pilihan:

Jenis Insurans Kereta?
Seperti yang anda ketahui, terdapat tiga jenis insurans kereta iaitu komprehensif, pihak ketiga, dan pihak ketiga, kebakaran dan kecurian. Insurans kereta menawarkan tahap perlindungan yang berbeza. Premium insurans akan menjadi lebih mahal sekiranya anda ingin perlindungan yang lebih komprehensif dengan liputan tambahan. Sila rujuk artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Berapa pemandu yang perlu diinsuranskan?
Bergantung pada insurans kereta anda, sebilangan syarikat insurans memberi perlindungan kepada semua pemandu manakala yang lain mengehendaki anda untuk menamakan sebagai pemandu tambahan. Secara amnya, anda boleh menamakan sehingga dua pemandu bagi setiap kereta secara percuma. Nama tambahan bermula dari pemandu ketiga akan dikenakan caj sebanyak RM10 setiap orang.

Model kereta anda?
Bergantung pada modal dan jenis kereta anda, sebilangan kereta adalah mahal untuk diinsuranskan berbanding dengan yang lain. Oleh itu, anda perlu membuat perbandingan dengan syarikat insurans terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Ingin memandu ke luar negara?
Insurans kereta anda memberi perlindungan kepada anda di Malaysia sahaja. Sekiranya, anda ingin menginsurkan kereta anda di Singapura atau Brunei, maka anda perlu membayar premium tambahan disebabkan insurans kereta yang asas tidak menawarkan perlindungan di luar negara.
Semak Insurans Kereta Secara Online
Walaupun sebilangan besar daripada masyarakat memilih untuk menggunakan kaedah tradisional untuk memperbaharui polisi insurans kereta, ramai telah beralih ke kaedah dalam talian disebabkan banyak kelebihan yang dapat nikmati.
Pencarian insurans kereta yang terbaik dari segi kos, ciri polisi dan faedah mengambil masa yang banyak serta merupakan proses yang rumit untuk mendapatkan sebut harga dan memeriksa tawaran yang ditawarkan satu persatu oleh setiap syarikat insurans di Malaysia.
Nasib baik, PolicyStreet menawarkan cara yang termudah untuk anda mendapatkan sebut harga yang terbaik. Dengan hanya mengisi maklumat anda, anda boleh menyemak semua maklumat yang berikut dalam talian!

Semak NCD kereta anda (NCD semasa anda)

Semak premium insurans kereta anda dengan tepat selepas NCD ditolak

Semak tawaran dan faedah yang ditawarkan oleh syarikat insurans terkemuka di Malaysia

Bandingkan harga insurans kereta anda lebih daripada 10 syarikat insurans terkemuka di Malaysia

Semak harga cukai jalan anda tanpa melayari laman MYEG

Perlukan Bantuan?


Tuntutan Insurans Kereta
Kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa walaupun kepada pemandu yang berhati-hati di jalan raya. Pemilik kereta diminta untuk menghantar tuntutan kereta untuk kerugian atau kerosakan yang tertentu. Tuntutan insurans merupakan prosedur yang membingungkan bagi kita semua kerana dokumen yang hilang atau kehilangan maklumat yang penting boleh menyebabkan kelewatan atau penolakan dalam tuntutan insurans kereta anda.
Di PolicyStreet, kami tahu betapa rumitnya keadaan apabila anda memerlukan wang dan berlaku kelewatan atau penolakan tuntutan insurans kereta anda. Oleh itu, kami telah membuat panduan ringkas yang merangkumi semua aspek tuntutan insurans kereta.
Ikuti garis panduan kami dan pasti anda tidak akan menghadapi kelewatan dalam menerima tuntutan anda atau menghalang tuntutan anda ditolak dan memastikan proses tuntutan anda cepat dan pantas!


Bantuan Tepi Jalan
Bimbang dan tidak tahu apa yang harus dilakukan apabila kereta anda tiba-tiba gagal di jalan raya?
Bantuan Tepi Jalan merupakan perlindungan dan pertolongan yang diberikan semasa kereta anda rosak semasa anda memandu di jalan raya. Anda boleh mendapatkan bantuan di tepi jalan apabila anda dilindungi bawah insurans kereta yang asas. Sekiranya polisi insurans kereta anda tidak merangkumi bantuan di tepi jalan, anda juga boleh menambahkannya sebagai liputan tambahan. Perkhidmatan yang disediakan untuk bantuan di tepi jalan biasanya berbeza antara penyedia insurans kereta. Oleh itu, adalah penting untuk mengkaji semula polisi insurans anda sebelum membelinya untuk memahami sepenuhnya apa yang anda dilindungi agar anda tidak terkejut apabila menghadapi masalah dengan kereta anda.
Lihat panduan yang diberikan untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana bantuan di tepi jalan beroperasi.
Insurans kereta 101
Apa yang anda perlu tahu?
Memiliki insurans kereta adalah wajib kepada semua pemilik kereta di Malaysia. Hal ini demikian kerana, tidak mengira berapa tinggi kemahiran anda dalam kursus pemanduan, banyak insiden yang tidak dapat diramalkan boleh berlaku di jalan raya yang berada di luar kawalan anda.
Baca Soalan Lazim kami untuk menghilangkan keraguan anda!

Apakah itu insurans kereta?
Insurans kereta merupakan kontrak polisi yang ditandatangani antara pemegang polisi dengan syarikat insurans. Tujuan utama insurans kereta adalah untuk melindungi pemegang polisi daripada kerugian kewangan yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya, kebakaran atau kecurian sebagai pertukaran pembayaran premium tahunan.
Adakah kereta saya dilindungi apabila pemandu lain memandu?
Kereta anda akan dilindungi sekiranya anda menyertakan nama pemandu tersebut dalam polisi anda. Sekiranya, nama pemandu tidak disertakan maka anda perlu menanggung kerugian apabila kereta anda dipandu oleh mereka. Kami mengesyorkan untuk menyertakan nama pemandu yang sering memandu kereta anda dalam polisi. Anda boleh menamakan sehingga dua pemandu bagi setiap kereta secara percuma. Nama tambahan bermula dari pemandu ketiga akan dikenakan caj sebanyak RM10 setiap orang.
Bagaimanakah untuk menentukan jumlah yang diinsuranskan untuk kereta saya?
Jumlah yang diinsuranskan untuk kereta anda dapat ditentukan berdasarkan nilai pasaran kereta anda. Untuk menjelaskan, ini merupakan kos semasa untuk mengganti kereta anda dengan model, keadaan dan usia yang sama. Jumlah yang anda pilih untuk menginsuranskan kereta anda dikenali sebagai jumlah yang diinsuranskan. Sebagai contoh, jika nilai pasaran kereta anda sekarang adalah RM50,000 tetapi anda hanya menginsuranskan dengan harga RM20,000, maka anda boleh dikenakan denda kerana jumlah yang diinsuranskan berada di bawah kadar yang ditetapkan.
Sekiranya saya ingin membeli insurans kereta, apakah perlindungan pilihan yang ditawarkan?
Perlindungan pilihan merupakan liputan tambahan yang berikut:
-
Cermin kereta
-
Pemandu Tambahan
-
Bencana Khas (Banjir, Ribut, Taufan, Gempa Bumi, Tanah Runtuh dan Tindakan Alam yang Lain)
-
Kemalangan Diri dan Faedah Perubatan untuk Pemandu dan Penumpang.
-
Liability Undang-undangs
-
Liability Undang-undang kepada Penumpang
-
Liability Undang-undang Penumpang
-
-
Pampasan untuk Waktu Pembaikan yang Dinilai
-
Liputan Aksesori Kereta
-
Mogok, Kerusuhan dan Kekecohan Awam
Bagaimanakah syarikat insurans mengira premium atau apakah faktor yang mempengaruhi kereta premium saya?
Premium untuk setiap pemegang polisi berbeza daripada satu pemegang polisi dengan pemegang polisi yang lain. Oleh itu, anda perlu mempertimbangkan faktor-faktor yang mempengaruhi premium kereta anda untuk memahami bagaimana premium insurans kereta anda dipertimbangkan.
Rekod pemanduan: Pemandu yang mempunyai rekod pemanduan yang selamat akan dikenakan bayaran premium yang murah berbanding pemandu yang cenderung menyebabkan kemalangan. Diskaun tanpa tuntutan atau lebih dikenali sebagai No Claim Discount (NCD) anda akan terjejas.
Lokasi: Pemandu yang tinggal di kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi dan populasi penduduk yang besar akan dikenakan premium yang lebih tinggi berbanding dengan pemandu yang tinggal di kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang rendah.
Sejarah Liputan: Sekiranya, sejarah liputan pemandu menunjukkan bahawa pemandu tersebut merupakan pemilik kereta yang bertanggingjawab, maka premium yang lebih rendah akan dikenakan berbanding dengan mereka mempunyai rekod yang buruk.
Jenis Kenderaan : Kenderaan yang mempunyai ciri keselamatan dan nilai pasaran yang lebih rendah akan mempunyai premium yang lebih rendah berbanding kenderaan yang tidak mempunyai keperluan tersebut.
Jumlah masa yang dipandu: Sekiranya, pemandu mengambil masa yang sedikit, maka premium yang dikenakan kepada pemandu tersebut akan lebih murah berbanding dengan pemandu yang mengambil jumlah masa yang agak lama.
Secara ringkasnya, semua syarat yang di atas akan dipertimbangkan oleh syarikat insurans semasa mengecaj premium kepada pemegang polisi.
Apakah yang dimaksudkan dengan ekses dan bagaimanakah ekses mempengaruhi premium saya?
Deduktibel yang juga dikenali sebagai ekses merupakan jumlah wang yang perlu anda bayar sementara jumlah baki akan ditanggung oleh syarikat insurans. Semakin tinggi deduktibel anda, semakin rendah premium yang anda perlu tanggung. Hal ini demikian kerana, anda telah mengambil risiko yang lebih besar untuk diri anda dan syarikat insurans akan membayar lebih sedikit untuk kerugian anda.
Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai deduktibel sebanyak RM1000 dan telah terlibat dalam kemalangan di mana anda bersalah yang menyebabkan kerosakan kenderaan anda sebanyak RM2000, maka anda perlu menanggung RM1000 sementara syarikat insurans anda akan menanggung baki kerugian sebanyak RM1000 pula.
Oleh itu, sebagai pemegang polisi yang rasional dan bijaksana, anda harus memilih jumlah deduktibel yang berpatutan dengan membandingkan berapa banyak yang anda akan jimatkan pada polisi anda setiap tahun dan berapa banyak yang anda perlukan untuk menanggung apabila anda terlibat dalam kemalangan. Anda haruslah mencari keseimbangan antara belanjawan peribadi dengan keperluan peribadi anda.
Bagaimanakah Diskaun Tanpa Tuntutan mempengaruhi premium untuk insurans kereta saya?
Diskaun Tanpa Tuntutan yang biasanya dikenali sebagai NCD, adalah bahagian penting dalam insurans kereta anda. NCD dikenali sebagai ganjaran yang diberikan untuk pemanduan yang selamat.
NCD adalah sejenis diskaun yang diberikan kepada mereka yang:
- tidak membuat sebarang tuntutan insurans selama 12 bulan yang sebelumnya.
DAN - tidak mempunyai tuntutan insurans yang dibuat oleh pihak ketiga terhadap polisi insurans kereta anda.
Bolehkah saya memperbaharui cukai jalan melalui PolicyStreet?
Pasti, boleh! Lawati www.policystreet.com/motor/ untuk memperbaharui cukai jalan anda dengan PolicyStreet. Jangan tunggu lagi, perbaharui sekarang!
Bagaimanakah untuk membatalkan polisi insurans kereta saya?
Sekiranya anda ingin membatalkan polisi anda, anda haruslah segera menghubungi PolicyStreet untuk memaklumkan kepada kepada mereka dengan menghantar pesanan melalui WhatsApp, membuat panggilan, atau menghantar emel kepada mereka. Jangan tunggu hingga saat-saat terakhir.