Insurans Kesihatan AXA

AXA, juga dikenali sebagai AXA Affin Insurance Malaysia, ialah anak syarikat Kumpulan AXA yang bekerja bersama AFFIN Bank Berhad. Merupakan salah satu syarikat insurans am yang paling pesat berkembang, AXA telah memenangi pelbagai anugerah sejak mereka mula beroperasi. Mereka mempunyai lebih daripada 800 pekerja yang berdedikasi untuk melayani 1.8 juta pelanggan yang mempercayai mereka untuk perlindungan mereka.

Apa itu Insurans Kesihatan?

Insurans kesihatan adalah sejenis insurans yang akan membantu menampung bil perubatan anda (penghospitalan, perundingan, pembedahan, rawatan, bekalan perubatan dan ubat-ubatan).

Apakah jenis pelan insurans kesihatan yang tersedia di AXA?

Ini adalah jenis pelan Insurans Kesihatan AXA:

  • AXA Medic Essential
  • AXA OneMedic Lite
  • AXA OneMedic Elite
  • AXA eMedic
  • SmartCare Optimum
  • SmartCare Optimum Plus

Mengapa beli Insurans Kesihatan AXA?

  • Mengutamakan keperluan pelanggan
  • AXA berdedikasi dalam memastikan setiap keperluan anda dipenuhi dengan menyediakan pelbagai jenis pelan mengikut keperluan dan bajet anda.

  • Tiada pemeriksaan kesihatan
  • AXA ingin memastikan proses membeli insurans adalah semudah ABC, jadi anda tidak perlu membuat pemeriksaan kesihatan sebelum membeli.

  • Had seumur hidup tanpa had
  • Jika anda memilih insurans kesihatan AXA, had seumur hidup untuk anda adalah tanpa had. Apa maksudnya? Ini maksudnya anda tidak perlu risau apabila membuat sebarang tuntutan!

  • Umur pembaharuan yang tinggi
  • Untuk memberi anda ketenangan hidup selepas bersara, AXA membenarkan pembaharuan dibuat sehingga umur 100 tahun.

Bagaimana untuk Membeli Insurans Kesihatan AXA?

Anda boleh membeli insurans kesihatan AXA melalui laman web rasmi AXA ATAU membuat temu janji dengan ejen mereka.

Bagaimanakah cara saya membuat tuntutan untuk insurans kesihatan AXA?

Secara amnya, pelan insurans kesihatan AXA adalah atas dasar tanpa tunai, tapi dalam keadaan tertentu (sekiranya surat jaminan tidak dikeluarkan, rawatan pesakit luar, tidak perlu dimasukkan ke hospital, atau kemasukan ke hospital bukan panel/luar negara), ia akan dibuat atas dasar pembayaran balik.

Memerlukan rawatan perubatan boleh menjadi sangar seram, jadi AXA telah memudahkan proses tuntutan untuk anda! Hanya bertenang dan ikuti langkah berikut:

  1. Kemasukan tanpa tunai (dijadualkan)
    • Hantar e-mel kepada TPA anda dengan borang kemasukan hospital anda 1 hari sebelum kemasukan
    • Minta surat jaminan daripada TPA anda dan bawa semasa kemasukan
  2. Kemasukan tanpa tunai (kecemasan)
    • Tunjukkan kad perubatan anda (e-kad/ fizikal)
    • Isikan borang pra-kebenaran anda
  3. Bayaran balik
    • Pergi ke laman web AXA dan muat turun borang tuntutan
    • Serahkan borang tuntutan bersama-sama dengan dokumen sokongan kepada AXA atau ejen anda dalam tempoh 30 hari selepas discaj

Sila ambil maklum bahawa keputusan tuntutan akan dimaklumkan kepada anda dalam masa 7 hari bekerja dan pembayaran e-tuntutan akan tersedia selepas 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan tuntutan anda. Klik di sini untuk mendapat lebih informasi.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk Tuntutan Insurans Kesihatan AXA?

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk anda memfailkan tuntutan anda:

  • Borang tuntutan
  • Kenyataan tuntutan
  • Salinan laporan perubatan
  • Bil dan resit asal
  • Salinan laporan diagnostik

Bolehkah saya menukar pelan insurans kesihatan AXA saya?

Boleh! Hubungi AXA atau ejen anda untuk mengatur perubahan ini.

Apakah hospital panel untuk AXA?

AXA mempunyai berpuluh-puluh hospital panel di seluruh negara. Mencari yang berhampiran anda tidak akan menjadi masalah! Lawati di sini untuk memilih satu untuk anda.

Adakah AXA membayar bil kesihatan saya secara tanpa tunai atau pembayaran balik?

Secara amnya, AXA membayar bil perubatan anda secara tanpa tunai, tetapi dalam keadaan tertentu (sekiranya surat jaminan tidak dikeluarkan, rawatan pesakit luar, tidak perlu dimasukkan ke hospital, atau kemasukan ke hospital bukan panel/luar negara), ia akan dibuat atas dasar pembayaran balik.

Berapakah yang perlu saya bayar untuk insurans kesihatan AXA?

Rujuk dengan ejen AXA supaya mereka boleh memberi nasihat tentang pelan harga yang paling sesuai!

Bolehkah saya membayar insurans kesihatan AXA secara ansuran?

Ya, insurans kesihatan AXA adalah atas dasar pembayaran bulanan.

Apakah kaedah pembayaran yang ada untuk insurans kesihatan AXA?

AXA menerima kaedah pembayaran ini:

  • Kad kredit
  • JomPAY (pemegang polisi eMedic/eLife dikecualikan)
  • Perbankan atas talian
  • Bayaran di kaunter (Maybank/ BSN)
  • Auto debit
  • Kaunter pejabat cawangan
  • Mel

Adakah polisi insurans kesihatan AXA saya akan tamat tempoh jika saya tidak memperbaharuinya tepat pada masanya?

Ya, polisi insurans kesihatan anda akan tamat tempoh jika anda tidak membayar premium anda tepat pada masanya.

Bagaimanakah saya boleh menghubungi AXA?

Anda boleh menghubungi AXA di talian 24/7 mereka di 1300-80-0020 / 03-7884 1818.