Pelaburan Saham Apex

Tentang Apex

JF Apex Securities Berhad bermula sebagai broker saham pada tahun 1979 (ketika itu dikenali sebagai Lim dan Hszieh Sendirian) dan merupakan ahli Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Apex tidak mengehadkan dirinya hanya untuk menjadi broker saham, tapi mereka juga menawarkan perkhidmatan lain seperti perundingan pelaburan dan pembiayaan margin saham dan pembiayaan IPO.

Apakah itu pelaburan saham?

Pelaburan saham melibatkan pembelian dan penjualan saham syarikat untuk mendapat keuntungan daripada turun naik harga setiap hari. Peniaga saham berbeza daripada pelabur pasaran saham biasa kerana mereka menggunakan pendekatan jangka pendek dan bukannya jangka panjang.

Apakah platform pelaburan saham yang ditawarkan oleh Apex?

apexetrade ialah platform atas talian oleh Apex untuk memastikan pelabur membuat keputusan yang bijak mengenai pelaburan saham dengan memberikan maklumat mengenai pasaran terkini dan ia juga dilengkapi dengan alat pelaburan.

Mengapa saya perlu memilih Apex?

    • Fleksibel

Anda boleh memilih untuk melabur saham tempatan atau global serta produk derivatif.

    • Dipercayai

Apex adalah salah satu nama terbesar dalam pembrokeran saham.

    • Berpusatkan pelanggan

Apex berdedikasi untuk memastikan anda membuat keputusan yang bijak semasa melabur  atas talian.

Siapa yang boleh membuka akaun pelaburan saham Apex?

Mana-mana individu yang berumur 18 tahun dan ke atas tanpa rekod jenayah lampau dialu-alukan untuk membuka akaun pelaburan saham Apex.

Apakah pembelian minimum untuk akaun pelaburan saham Apex?

Jumlah deposit permulaan tidak didedahkan, hubungi Apex di +60387391118 untuk mengetahui lebih lanjut.

Apakah yuran akaun pelaburan saham Apex?

  • Bayaran pembukaan akaun: Tiada
  • Bayaran pembrokeran: 0.60% (Kontrak di bawah RM100,000) | 0.30% (Kontrak di bawah RM100,000)*
  • Bayaran pembrokeran minimum: RM28
  • Kos transaksi: RM1.50 duti setem untuk setiap RM1,000
  • Bayaran pelepasan: 0.03% daripada nilai kontrak

*Setakat 6 Mac 2022

Apakah proses membuka akaun pelaburan saham Apex?

  1. Buka akaun CDS
  2. Sediakan dokumen ini:
    • Salinan kad pengenalan/pasport
    • Salinan penyata bank/surat pengesahan bank/buku simpanan bank
  3. Lawati web rasmi untuk mendaftar atas talian
  4. Anda boleh memuat turun borang yang berkaitan di sini.

Permohonan anda akan diproses dalam masa 2-3 hari bekerja.

Bagaimanakah saya boleh menghubungi Apex?

Anda boleh menghubungi Apex di +60387391118 atau anda boleh melawat mereka di pejabat yang beralamat: Tingkat 3, Menara Apex, Off Jalan Semenyih, Bukit Mewah, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.