Pinjaman Peribadi Hong Leong Bank

Tentang Hong Leong Bank

Hong Leong Bank Berhad ialah syarikat perkhidmatan kewangan serantau dengan pejabatnya terletak di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Vietnam, Kemboja dan China. Hong Leong Bank kini menawarkan rangkaian luas produk kewangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan permintaan pelanggannya yang berubah-ubah. Hasilnya, Hong Leong Bank kini mempunyai rangkaian cawangan yang meluas hampir 260 cawangan yang melangkaui sempadan Malaysia.

Apakah itu pinjaman peribadi?

Pinjaman peribadi adalah sejenis kredit ansuran yang disediakan oleh institusi kewangan (bank) kepada peminjam (anda) dalam bentuk pembayaran tunai secara one-off. Anda, sebagai peminjam, mesti membayar balik jumlah tersebut beserta dengan faedah sama ada secara ansuran atau bulanan sepanjang tempoh pinjaman.

Apakah jenis pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Hong Leong Bank?

Hong Leong Bank menyediakan 2 jenis pinjaman peribadi:

  • Hong Leong Personal Loan
  • Hong Leong Personal Financing-i

Apakah kelayakan untuk memohon pinjaman peribadi Hong Leong Bank?

Syarat kelayakan individu memohon pinjaman peribadi Hong Leong Bank seperti yang berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 21 hingga 60 tahun
  • Pendapatan tahunan minimum RM24,000

Mengapa saya perlu memilih pinjaman peribadi Hong Leong Bank?

  • Hong Leong Bank menawarkan untuk membiayai jumlah sehingga RM250,000
  • Nikmati julat kadar faedah rata dari 9% kepada 12.5% p.a. (mengikut terma dan syarat)
  • Tempoh bayaran balik ditawarkan sehingga 5 tahun

Terdapat banyak sebab lain mengapa anda perlu memilih pinjaman peribadi Hong Leong bank.

Apakah faedah yang boleh saya nikmati daripada pinjaman peribadi Hong Leong Bank?

Pinjaman peribadi Hong Leong Bank boleh memberi anda faedah berikut:

  • Tiada penjamin atau cagaran diperlukan
  • Nikmati ansuran bulanan serendah RM130
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 5 tahun
  • Permohonan mudah di Cawangan Hong Leong Bank, laman web dan Connect Online Banking

Apakah dokumen yang diperlukan untuk pinjaman peribadi Hong Leong Bank?

Semasa memohon pinjaman peribadi Hong Leong Bank, dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Pekerja bergaji
    • Salinan MyKad (depan dan belakang)
    • Slip gaji 3 bulan terkini
    • Penyata KWSP terkini dengan caruman sekurang-kurangnya 6 bulan
    • Borang BE terkini dengan resit pembayaran cukai
    • Surat tawaran pekerjaan

  • Bekerja sendiri
    • Salinan MyKad (depan dan belakang)
    • Penyata bank/buku simpanan 6 bulan terkini
    • Borang B terkini dengan resit pembayaran cukai
    • Penyata komisen 6 bulan terkini

Apakah yuran yang termasuk dalam pinjaman peribadi Hong Leong Bank?

Yuran tertentu dikenakan, termasuk:

  • Duti setem

    0.5% daripada jumlah pinjaman

  • Yuran penyelesaian awal

    Tiada yuran dikenakan (2 bulan notis bertulis terlebih dahulu atau pembayaran faedah 3 bulan)

  • Yuran pembayaran lewat

    1% daripada jumlah tertunggak

Siapa yang perlu saya hubungi untuk maklumat lanjut tentang pinjaman peribadi Hong Leong Bank?

Untuk maklumat lanjut atau bantuan dengan pinjaman peribadi Hong Leong Bank,

  • Hubungi Pegawai Perhubungan Pelanggan di +60376268899
  • Kunjungi cawangan Hong Leong Bank berhampiran anda

Apakah istilah lazim bagi pinjaman peribadi?

  • Per Annum (p.a.)

    Kadar faedah melebihi satu tahun dengan andaian bahawa faedah dikompaun setiap tahun.

  • Tenure

    Tempoh anda mesti membayar balik pinjaman anda.

  • Prinsipal

    Prinsipal biasanya dikenali sebagai jumlah pinjaman yang anda minta daripada bank.

  • Kadar faedah

    Bank mengenakan faedah ke atas jumlah pinjaman kepada peminjam sebagai pertukaran untuk menggunakan wangnya.

  • Ansuran

    Ansuran ialah jumlah tetap yang anda mesti bayar balik pinjaman peribadi anda setiap bulan sehingga tempoh tamat.

  • Penalti

    Ini ialah yuran yang akan dikenakan oleh bank ke atas jumlah tertunggak anda jika anda lewat membuat pembayaran balik.

  • Default

    Istilah yang digunakan untuk menggambarkan situasi di mana pinjaman peribadi tidak dibayar selama lebih daripada tiga bulan.