Simpanan Tetap Alliance Bank

Tentang Alliance Bank

Selain dari menjadi sebuah penyedia perkhidmatan kewangan yang telah memenangi pelbagai anugerah, Alliance Bank juga berada di kedudukan ke-23 dalam anugerah “Malaysia’s Most Valuable Brand”. Bertapak di Malaysia selama 5 dekad yang lalu, Alliance menawarkan pelbagai jenis perbankan serta perkhidmatan kewangan seperti pembrokeran saham, perbankan PKS dan perbankan Islam.

Apakah itu simpanan tetap?

Simpanan tetap (FD) adalah sejenis pelaburan jangka pendek di mana anda boleh meletakkan wang anda dan bersetuju untuk tidak mengeluarkannya untuk tempoh yang ditetapkan. Semasa tempoh matang, pelabur akan mendapat kadar faedah yang lebih tinggi daripada akaun simpanan biasa! Kerajaan menginsuranskannya, jadi tidak banyak risiko yang terlibat dalam pilihan ini.

Apakah yang perlu saya ketahui sebelum memohon simpanan tetap?

  • Kadar faedah
  • Anda harus mengetahui kadar faedah selepas tempoh matang untuk memastikan anda mendapat jumlah pulangan yang besar. Kadar faedah berbeza untuk setiap bank dan ia juga bergantung kepada tempoh.

  • Tempoh
  • Bank yang berbeza menawarkan tempoh yang berbeza, iaitu diantara 1 bulan hingga beberapa tahun. Pilih yang sesuai dengan keperluan dan matlamat kewangan anda.

  • Caj tersembunyi
  • Adalah penting untuk anda mengenal pasti semua caj yang bakal ditanggung supaya anda boleh mengelak daripada berbelanja lebih daripada yang anda jangkakan.

  • Penalti
  • Anda harus ambil maklum tentang jumlah penalti supaya anda tahu apa yang akan jadi jika anda perlu mengeluarkan wang sebelum tempoh matang.

  • Bank
  • Mengambil kira tentang perkhidmatan pelanggan dan reputasi bank yang anda merancang untuk memohon akaun simpanan tetap anda adalah satu langkah penting! Buat kajian menyeluruh sebelum membuat keputusan mengenai bank.

Apakah jenis simpanan tetap yang ditawarkan oleh Alliance Bank?

Alliance Bank menawarkan 1 jenis simpanan tetap, iaitu Fixed Deposit. Alliance Bank juga menawarkan versi atas talian untuk pelanggan AllianceOnline sedia ada.

Siapakah yang layak untuk memohon Fixed Deposit?

Anda layak memohon Fixed Deposit jika anda:

  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, atau
  • Berumur di bawah 18 tahun (ditemani oleh ibu bapa/penjaga yang sah)

Syarikat, perkongsian, pemegang amanah, badan kerajaan, pemilik tunggal, persatuan, kelab dan persatuan juga dialu-alukan untuk memohon.

Mengapa saya perlu memilih Fixed Deposit?

Selain dari sebab-sebab yang lain, anda harus memilih Fixed Deposit kerana:

  • Deposit minimum yang rendah (dari RM500)
  • Tempoh fleksibel (1 hingga 60 bulan)
  • Perlindungan oleh PIDM (sehingga RM250,000)
  • Perkhidmatan perbankan AllianceOnline

Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon Fixed Deposit?

Dokumen yang diperlukan untuk memohon Fixed Deposit adalah seperti berikut:

  • Kad pengenalan
  • Borang 24 dan Borang 49 dengan dua tandatangan yang dibenarkan (untuk Perbadanan, perkongsian, pemegang amanah, badan kerajaan, pemilik tunggal, persatuan, kelab dan persatuan)

Apakah tempoh bagi Fixed Deposit?

1 hingga 60 bulan.

Berapakah jumlah deposit minimum untuk Fixed Deposit?

  • 1 bulan: RM5,000
  • 2 bulan dan ke atas: RM500

Apakah caj yang dikenakan untuk Fixed Deposit?

  • Kadar faedah: Ia bergantung pada tempoh anda (*1.50% – 1.85% p.a.)
  • Kehilangan sijil simpanan tetap: RM5

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kadar faedah, klik di sini.

*Setakat 25 Mac 2022

Apakah yang akan berlaku jika saya mengeluarkan wang sebelum tempoh matang?

  • Dalam tempoh 3 bulan selepas pembukaan akaun: Tiada faedah akan dibayar kepada anda
  • Selepas 3 bulan pembukaan akaun: 50% faedah daripada bulan yang telah lengkap akan dibayar kepada anda

Bagaimanakah saya boleh menghubungi Alliance Bank untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Fixed Deposit?

Anda boleh menghubungi Alliance Bank melalui saluran ini:

  • Telefon: 03-5516 9988 / 1-300-80-3388
  • Borang atas talian: Lawati sini
  • Kunjungan cawangan: Klik di sini untuk mencari cawangan terdekat

Apakah istilah lazim untuk simpanan tetap?

  • “p.a.”
  • Ia bermaksud per annum, atau setiap tahun.

  • “Kadar faedah”
  • Jumlah pulangan yang diperolehi oleh pendeposit.

  • “Tempoh”
  • Tempoh masa wang dikunci dalam akaun simpanan tetap.

  • “Deposit”
  • Jumlah wang yang dikunci dalam akaun simpanan tetap untuk memperoleh faedah.

  • “Penalti”
  • Caj tambahan daripada bank untuk pengeluaran sebelum tempoh matang (atau pengeluaran pramatang).

  • “Kematangan”
  • Tempoh masa yang ditetapkan di mana pelaburan tamat dan prinsipal dan faedah dibayar balik.

  • “Pengeluaran pramatang”
  • Pengeluaran wang dalam akaun simpanan tetap sebelum tempoh matang.

  • “Pengeluaran separa”
  • Pengeluaran sebahagian jumlah wang dalam akaun simpanan tetap sebelum tempoh matang.