Simpanan Tetap AmBank

Tentang AmBank

Kumpulan AmBank, syarikat induk AmBank, ialah kumpulan perkhidmatan kewangan terkemuka dengan lebih tiga juta pelanggan individu dan korporat. Sejak penubuhannya 40 tahun lalu, AmBank berdedikasi untuk menyokong pembangunan ekonomi Perbankan. Ia menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan seperti perbankan borong, perbankan runcit, perbankan pelaburan, perbankan Islam dan insurans am.

Apakah itu simpanan tetap?

Simpanan tetap (FD) boleh menjadi pilihan terbaik untuk pelabur baharu kerana ia menawarkan kadar faedah yang lebih tinggi daripada akaun simpanan biasa. Tempoh dan pulangan pelaburan ini juga dilindungi oleh kerajaan, serta memastikan wang daripada hasil titik peluh anda selamat daripada pemiutang!

Apakah yang perlu saya ketahui sebelum memohon simpanan tetap?

  • Kadar faedah
  • Anda harus mengetahui kadar faedah selepas tempoh matang untuk memastikan anda mendapat jumlah pulangan yang besar. Kadar faedah berbeza untuk setiap bank dan ia juga bergantung kepada tempoh.

  • Tempoh
  • Bank yang berbeza menawarkan tempoh yang berbeza, iaitu diantara 1 bulan hingga beberapa tahun. Pilih yang sesuai dengan keperluan dan matlamat kewangan anda.

  • Caj tersembunyi
  • Adalah penting untuk anda mengenal pasti semua caj yang bakal ditanggung supaya anda boleh mengelak daripada berbelanja lebih daripada yang anda jangkakan.

  • Penalti
  • Anda harus ambil maklum tentang jumlah penalti supaya anda tahu apa yang akan jadi jika anda perlu mengeluarkan wang sebelum tempoh matang.

  • Bank
  • Mengambil kira tentang perkhidmatan pelanggan dan reputasi bank yang anda merancang untuk memohon akaun simpanan tetap anda adalah satu langkah penting! Buat kajian menyeluruh sebelum membuat keputusan mengenai bank.

Apakah jenis simpanan tetap yang ditawarkan oleh AmBank?

AmBank menawarkan 2 jenis simpanan tetap, iaitu:

  • Conventional Fixed Deposit
  • AmQuantum Investment

Siapakah yang layak untuk memohon simpanan tetap AmBank?

Anda layak untuk memohon Conventional Fixed Deposit dan AmQuantum Investment jika anda berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.

Mengapa saya perlu memilih simpanan tetap AmBank?

Selain dari sebab-sebab yang lain, anda harus memilih simpanan tetap AmBank kerana:

  • Deposit minimum yang rendah (dari RM500)
  • Tempoh fleksibel (1 hingga 60 bulan)
  • Perlindungan oleh PIDM (sehingga RM250,000)
  • Faedah dikreditkan ke dalam akaun Simpanan atau Semasa anda
  • Pilihan untuk pembaharuan automatik
  • Untuk Conventional Fixed Deposit, anda akan diberi pilihan untuk memperbaharui dengan prinsipal sahaja, atau prinsipal dan faedah
  • Untuk AmQuantum Investment, anda akan diberi pilihan untuk mengkreditkan faedah anda setiap suku tahun

Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon simpanan tetap AmBank?

Kad pengenalan anda adalah satu-satunya dokumen yang diperlukan untuk memohon simpanan tetap AmBank.

Apakah tempoh bagi simpanan tetap AmBank?

  • Conventional Fixed Deposit: 1 hingga 60 bulan
  • AmQuantum Investment: 9 hingga 60 bulan

Berapakah jumlah deposit minimum untuk simpanan tetap AmBank?

  • Conventional Fixed Deposit:
    • 1 bulan: RM5,000
    • 2 bulan dan ke atas: RM500
  • AmQuantum Investment: RM5,000 (9 bulan dan keatas)

Apakah caj yang dikenakan untuk simpanan tetap AmBank?

Kadar faedah:

  • Conventional Fixed Deposit: Ia bergantung pada tempoh anda (*1.40% – 1.70% p.a.)
  • AmQuantum Investment: Ia bergantung pada tempoh anda (*1.45% – 1.65% p.a.)
  • Permintaan penyata ad-hoc: RM5 setiap permintaan

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kadar faedah, klik di sini (CFD) | (AQI)

*Setakat 25 Mac 2022

Apakah yang akan berlaku jika saya mengeluarkan wang sebelum tempoh matang?

  • Dalam tempoh 3 bulan selepas pembukaan akaun: Tiada faedah akan dibayar kepada anda
  • Selepas 3 bulan pembukaan akaun: 50% faedah daripada bulan yang telah lengkap akan dibayar kepada anda

Bagaimanakah saya boleh menghubungi AmBank untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang simpanan tetap?

Anda boleh menghubungi AmBank melalui saluran ini:

  • Telefon: 03-2178 8888
  • Emel: customercare@ambankgroup.com
  • Aplikasi AmOnline: Menu – Peti Masuk – AmMail – Cipta Mesej Baharu

Apakah istilah lazim untuk simpanan tetap?

  • “p.a.”
  • Ia bermaksud per annum, atau setiap tahun.

  • “Kadar faedah”
  • Jumlah pulangan yang diperolehi oleh pendeposit.

  • “Tempoh”
  • Tempoh masa wang dikunci dalam akaun simpanan tetap.

  • “Deposit”
  • Jumlah wang yang dikunci dalam akaun simpanan tetap untuk memperoleh faedah.

  • “Penalti”
  • Caj tambahan daripada bank untuk pengeluaran sebelum tempoh matang (atau pengeluaran pramatang).

  • “Kematangan”
  • Tempoh masa yang ditetapkan di mana pelaburan tamat dan prinsipal dan faedah dibayar balik.

  • “Pengeluaran pramatang”
  • Pengeluaran wang dalam akaun simpanan tetap sebelum tempoh matang.

  • “Pengeluaran separa”
  • Pengeluaran sebahagian jumlah wang dalam akaun simpanan tetap sebelum tempoh matang.