Malayan Banking Berhad, atau Maybank, ialah syarikat terbesar Malaysia mengikut permodalan pasaran di Bursa Malaysia. Ia ditubuhkan pada tahun 1960. Maybank menawarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan kepada pelanggannya, termasuk perbankan komersial, perbankan pelaburan, perbankan Islam, perbankan luar pesisir, pajakan dan sewa beli, insurans, pengurusan aset, pembrokeran saham dan perbankan dalam talian. Salah satu matlamat Maybank adalah untuk menjadikan pembiayaan boleh diakses oleh semua orang.
Deposit tetap (FD) adalah sejenis pelaburan jangka pendek di mana pelabur mendepositkan sejumlah wang dan bersetuju untuk mengelak daripada mengeluarkan wang mereka untuk sesuatu tempoh masa yang ditetapkan. Semasa tempoh matang, pelabur akan dibayar dengan kadar faedah yang besar dan ia biasanya lebih besar daripada akaun simpanan konvensional. Pelabur baru lebih suka FD kerana ia diinsuranskan oleh kerajaan dan ia memastikan pulangan yang tinggi, bergantung pada kadar faedah dan tempoh.
Anda harus mengetahui kadar faedah selepas tempoh matang untuk memastikan anda mendapat jumlah pulangan yang besar. Kadar faedah berbeza untuk setiap bank dan ia juga bergantung kepada tempoh.
Bank yang berbeza menawarkan tempoh yang berbeza, iaitu diantara 1 bulan hingga beberapa tahun. Pilih yang sesuai dengan keperluan dan matlamat kewangan anda.
Adalah penting untuk anda mengenal pasti semua caj yang bakal ditanggung supaya anda boleh mengelak daripada berbelanja lebih daripada yang anda jangkakan.
Anda harus ambil maklum tentang jumlah penalti supaya anda tahu apa yang akan jadi jika anda perlu mengeluarkan wang sebelum tempoh matang.
Mengambil kira tentang perkhidmatan pelanggan dan reputasi bank yang anda merancang untuk memohon akaun deposit tetap anda adalah satu langkah penting! Buat kajian menyeluruh sebelum membuat keputusan mengenai bank.
Maybank menawarkan 5 jenis deposit tetap, iaitu:
Selain dari sebab-sebab yang lain, anda harus memilih deposit tetap Maybank kerana:
Dokumen yang diperlukan untuk memohon deposit tetap Maybank adalah seperti berikut:
1 hingga 60 bulan. 12 bulan untuk Prosperous Now Account-i.
Kadar faedah bergantung pada tempoh anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kadar faedah, klik disini.
Tiada faedah akan dibayar ke atas mana-mana pengeluaran pramatang deposit tetap segera (Tanpa Tempoh Notis 31 hari) yang belum melengkapkan tempoh penuh masing-masing.
Anda boleh menghubungi khidmat Pelanggan Maybank di talian 1-300-88-6688 atau kunjungi cawangan Maybank terdekat.
Ia bermaksud per annum, atau setiap tahun.
Jumlah pulangan yang diperolehi oleh pendeposit.
Tempoh masa wang dikunci dalam akaun deposit tetap.
Jumlah wang yang dikunci dalam akaun deposit tetap untuk memperoleh faedah.
Caj tambahan daripada bank untuk pengeluaran sebelum tempoh matang (atau pengeluaran pramatang).
Tempoh masa yang ditetapkan di mana pelaburan tamat dan prinsipal dan faedah dibayar balik.
Pengeluaran wang dalam akaun deposit tetap sebelum tempoh matang.
Pengeluaran sebahagian jumlah wang dalam akaun deposit tetap sebelum tempoh matang.
Insurans Kereta
Insurans Kesihatan
Insurans Motosikal
Insurans Perjalanan