OCBC Bank ialah bank tertua di Singapura, telah ditubuhkan pada tahun 1932 dengan penggabungan tiga bank tempatan, yang tertua telah ditubuhkan pada tahun 1912. OCBC Bank terus diletakkan di antara 50 Bank Paling Selamat Dunia oleh Global Finance dan telah dinobatkan sebagai Pengurusan Terbaik. Bank di Singapura dan Asia Pasifik oleh The Asian Banker untuk kekuatan dan kestabilan kewangannya. OCBC Bank dan anak syarikatnya menyediakan rangkaian komprehensif perkhidmatan pengurusan kewangan dan kekayaan, termasuk perbankan pengguna, korporat, pelaburan, persendirian dan transaksi, serta perbendaharaan, insurans, pengurusan aset dan pembrokeran saham.
Simpanan tetap (FD) ialah pilihan terbaik untuk mereka yang ingin memastikan wang mereka selamat dan mendapat faedah daripadanya. Pulangan pula adalah lebih tinggi daripada akaun simpanan lain, dan pelaburan anda dijamin oleh kerajaan!
Anda harus mengetahui kadar faedah selepas tempoh matang untuk memastikan anda mendapat jumlah pulangan yang besar. Kadar faedah berbeza untuk setiap bank dan ia juga bergantung kepada tempoh.
Bank yang berbeza menawarkan tempoh yang berbeza, iaitu diantara 1 bulan hingga beberapa tahun. Pilih yang sesuai dengan keperluan dan matlamat kewangan anda.
Adalah penting untuk anda mengenal pasti semua caj yang bakal ditanggung supaya anda boleh mengelak daripada berbelanja lebih daripada yang anda jangkakan.
Anda harus ambil maklum tentang jumlah penalti supaya anda tahu apa yang akan jadi jika anda perlu mengeluarkan wang sebelum tempoh matang.
Mengambil kira tentang perkhidmatan pelanggan dan reputasi bank yang anda merancang untuk memohon akaun simpanan tetap anda adalah satu langkah penting! Buat kajian menyeluruh sebelum membuat keputusan mengenai bank.
OCBC menawarkan 3 jenis simpanan tetap, iaitu:
Selain dari sebab-sebab yang lain, anda harus memilih simpanan tetap OCBC kerana:
Untuk individu berumur 18 tahun dan ke atas, hanya kad pengenalan atau pasport anda diperlukan.
Untuk individu di bawah 18 tahun (akaun amanah):
1 hingga 60 bulan.
1 minggu, 2 minggu, 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan dan 12 bulan.
Kadar faedah bergantung pada tempoh anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kadar faedah, klik disini.
Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi mereka di talian 03-8317 5000 atau emel di callcentre@ocbc.com.
Ia bermaksud per annum, atau setiap tahun.
Jumlah pulangan yang diperolehi oleh pendeposit.
Tempoh masa wang dikunci dalam akaun simpanan tetap.
Jumlah wang yang dikunci dalam akaun simpanan tetap untuk memperoleh faedah.
Caj tambahan daripada bank untuk pengeluaran sebelum tempoh matang (atau pengeluaran pramatang).
Tempoh masa yang ditetapkan di mana pelaburan tamat dan prinsipal dan faedah dibayar balik.
Pengeluaran wang dalam akaun simpanan tetap sebelum tempoh matang.
Pengeluaran sebahagian jumlah wang dalam akaun simpanan tetap sebelum tempoh matang.
Insurans Kereta
Insurans Kesihatan
Insurans Motosikal
Insurans Perjalanan