Dengan menghantar borang ini, anda dengan ini telah bersetuju bahawa PolicyStreet boleh mengumpul, mendapatkan, menyimpan dan memproses data peribadi yang anda berikan pada borang ini untuk menerima kemaskini, e-mel promosi dan pemasaran atau bahan daripada PolicyStreet.
Anda dengan ini mengakui, mengesahkan dan memberikan persetujuan anda kepada PolicyStreet untuk:
Anda seterusnya mengakui bahawa data peribadi yang diberikan kepada kami adalah secara sukarela, tepat, dan lengkap, dan anda dengan ini memahami bahawa PolicyStreet tidak akan dapat melaksanakan tujuan di atas jika anda tidak memberikan data peribadi seperti yang diminta.
Sekiranya terdapat sebarang perubahan pada data peribadi anda, anda hendaklah memberitahu PolicyStreet dengan segera.
Jika anda memberi data peribadi bagi dan untuk pihak yang lain, anda berjanji bahawa telah mendapat persetujuan dari pemberi data bahawa data peribadi tersebut telah diberikan secara sukarela, tepat dan lengkap; dan anda akan menanggung sebarang ganti rugi yang ditanggung oleh syarikat terhadap apa-apa tuntutan daripada pemberi data tersebut.
Untuk mengelakkan sebarang keraguan, Data Peribadi merangkumi semua data yang telah ditentukan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 termasuk semua data yang telah anda kongsikan kepada PolicyStreet pada borang ini.
Anda boleh minta secara bertulis kepada kami untuk mengakses dan meminta untuk membuat pembetulan pada data peribadi mengikut ketetapan PDPA. Sebarang tindak balas kepada permintaan sedemikian atau jika anda mempunyai sebarang soalan atau aduan tentang cara pengendalian kami terhadap data peribadi tersebut, sila hubungi kami di admin@policystreet.com
Kami berhak untuk mengemas kini dan meminda dasar ini dari masa ke semasa. Sebarang perubahan penting akan disiarkan di laman web kami dengan Dasar Privasi yang telah dikemas kini dan oleh itu, kami menggalakkan anda untuk menyemak atau melayari dari masa ke semasa untuk sebarang perubahan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, kebimbangan atau aduan berkaitan Akta Perlindungan Data Peribadi, sila hubungi kami pada waktu pejabat antara 9:00 pagi hingga 6:00 petang, Isnin hingga Jumaat seperti yang tertera di bawah:
Unit D-18-3A,
Menara Suezcap 1, KL Gateway,
No. 2 Jalan Kerinchi, Gerbang Kerinchi Lestari,
59200 Kuala Lumpur.
Tel : +60 (3) 33100063
Email : admin@policystreet.com