11

Berhati-hati Dengan Godaan Dunia: Nasihat Kewangan untuk Graduan Baru!

Kata Kunci

  1. Belajar untuk mengawal diri anda, jika boleh!
  2. Menjelaskan hutang anda adalah salah satu caranya.
  3. Mulakan menabung untuk hari hujan.
  4. Anda harus merancang dan mengesan aliran belanjawan anda.
  5. Berwaspada dengan gaya hidup semasa.
  6. Memulakan pelaburan berisiko rendah.

Menjadi graduan baru adalah perkara terbaik kerana anda akan memasuki dunia sebenar dan mula menerima gaji bulanan anda, bermakna anda dapat membeli apa sahaja yang anda mahukan. Tetapi adakah anda tahu bahawa sesetengah graduan baru-baru ini cenderung untuk berbelanja berlebihan dan mempunyai pengurusan kewangan yang lemah? Terdapat beberapa graduan baru yang tidak mempunyai backup plan sehingga akhir bulan, yang menyebabkan mereka terpaksa ikat perut kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi.

Walaupun anda mempunyai pekerjaan tetap dengan gaji yang baik, anda harus sedar akan kehendak dan keperluan anda. Makanan, sewa, gas, utiliti, insurans dan keperluan lain adalah perbelanjaan yang diperlukan untuk anda meneruskan kehidupan. Kemahuan pula ialah perbelanjaan yang membantu anda hidup dengan lebih selesa, seperti barangan yang dibeli untuk keseronokan atau sebagainya.

Ia bukan bermakna anda tidak boleh membelanjakan wang anda untuk perkara yang anda inginkan. Sudah tentu anda boleh. Walau bagaimanapun, anda perlu membeli sesuatu yang anda benar-benar perlukan dan paling penting tidak melebih bajet anda. Oleh itu, kami telah menyenaraikan beberapa tips yang berguna untuk graduan baru seperti anda untuk menyimpan wang anda sambil menikmati hidup anda tanpa sebarang masalah.

1. Belajar untuk mengawal diri anda

Bila sebut sahaja tentang duit, lebih-lebih lagi bila kita mempunyai gaji bulanan sendiri, kita cenderung untuk berbelanja secara berlebihan kerana kita tahu kita mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli apa sahaja yang kita mahu, bukan? Walau bagaimanapun, untuk menyimpan wang anda pada usia yang begitu muda, anda mesti belajar untuk mengawal aliran perbelanjaan dan wang anda. Percayalah, jika anda boleh mengawalnya, anda boleh menyimpan lebih daripada yang anda bayangkan.

Menjelaskan hutang anda adalah salah satu caranya

Jika anda mempunyai hutang yang perlu dijelaskan, gunakan peluang ini untuk berbuat demikian dengan segera. Anda sudah pasti ingin melangsaikan hutang serta faedah yang tinggi secepat mungkin, seperti hutang kad kredit tertunggak atau pinjaman kereta, serta PTPTN jika anda memohon sewaktu di universiti. Khususnya untuk hutang kad kredit atau sebarang hutang pinjaman lain, kebiasaannya bank kerap mengenakan kadar faedah yang sangat tinggi termasuk yuran tambahan yang lain. Oleh itu, jika anda tidak menyelesaikannya dengan cepat atau tepat pada masanya, anda mungkin akan terbeban dengan hutang tersebut.

Jika anda berbuat demikian ia membolehkan anda menyimpan lebih banyak wang pada masa hadapan setelah anda bebas dari hutang dan anda mempunyai ruang mental dan wang untuk mula menyimpan.

Mulakan menabung untuk hari hujan

Tidak terlambat untuk anda mulakan merancang untuk masa depan anda! Dana hari hujan biasanya lebih kecil daripada dana simpanan kecemasan, tetapi ia memberikan anda ketenangan fikiran mengetahui bahawa anda mempunyai wang tunai tambahan jika diperlukan satu hari nanti. Pakar juga mengesyorkan supaya anda mengetepikan 10% atau lebih setiap bulan dan menyimpan tiga hingga enam bulan perbelanjaan sara hidup di dalam akaun simpanan anda. Ini bertujuan untuk memastikan wang kecemasan anda akan ada apabila anda perlukan.

Lebih baik bersedia untuk apa yang akan datang di kemudian hari daripada berharap bahawa ia tidak akan berlaku. Perkara buruk yang boleh berlaku tanpa dana kecemasan atau dana hujan adalah kemunduran kewangan. Anda mungkin memerlukan dana ini suatu hari nanti, dan jika anda berada dalam situasi di mana anda memerlukannya, dana tersebut dapat meringankan beban anda!

4. Anda harus merancang dan mengesan aliran belanjawan anda

Saya pasti sesetengah daripada anda telah membuat belanjawan dan menjejaki perbelanjaan anda sendiri. Menjejaki perbelanjaan anda boleh membantu anda mengawal perbelanjaan dan mengenal pasti bahagian yang perlu untuk penambahbaikan. Bukan itu sahaja, menjejaki perbelanjaan anda membolehkan anda mengurus aliran tunai anda secara tetap, mencapai matlamat peribadi anda, menjejaki simpanan dan hutang anda, dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, jika anda ingin belajar tentang teknik belanjawan lain selain teknik belanjawan 50/30/20, klik di sini untuk mengetahui lebih banyak teknik belanjawan.

5. Berwaspada dengan gaya hidup semasa

Saya tahu zaman sekarang, kalau kita lihat sekeliling, orang sudah mula menunjukkan gaya hidup mereka kepada umum atau di media sosial. Jadi, apabila graduan baru mempunyai pendapatan tetap, mereka cenderung untuk mengikuti trend atau gaya hidup yang mewah dan secara tidak langsung meningkatkan gaya hidup mereka. Mereka akan membeli barangan jenama fesyen di butik berjenama, makan di restoran mewah, membeli kereta mewah, dan sebagainya sehingga mereka tidak dapat mengawal aliran tunai mereka.

Bukannya anda tidak boleh menaik taraf gaya hidup anda atau membelanjakan pendapatan anda untuk membeli apa sahaja yang anda mahukan, tetapi anda mesti membuat keputusan yang bijak tentang aliran tunai anda untuk memastikan anda tidak hidup di luar kemampuan anda. Perlu diingatkan, pembelian yang tidak penting boleh membahayakan tahap kewangan anda.

6. Memulakan pelaburan berisiko rendah

Akhir sekali, anda boleh menjinak-jinak secara perlahan dan menyimpan wang anda dengan membuat pelaburan berisiko rendah. Terdapat banyak pelaburan berisiko rendah yang ada pada hari ini, seperti Amanah Saham Nasional Berhad (ASB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Bon, dan lain-lain. Membuat pelaburan di usia muda boleh memberi anda manfaat dan peluang yang ketara di mana faedah kompaun untuk kewangan anda akan meningkatkan dengan cepat.

Anda juga boleh mengetahui tentang pelbagai jenis pelaburan yang terdapat di sini

Kesimpulan

Jadi, adalah penting bagi graduan baru seperti anda untuk memahami cara menyimpan wang bukan sahaja dalam jangka pendek tetapi juga dalam jangka panjang. Menyimpan wang dan mengetahui keutamaan anda adalah penting untuk menguruskan aliran tunai masuk dan keluar. Dan, sudah tentu, anda pasti tidak mahu mempunyai wang yang tidak mencukupi, atau lebih teruk lagi, dibebani dengan hutang yang banyak akibat daripada perbelanjaan anda. Oleh itu, ingatlah bahawa wang bukan mudah untuk diperoleh kerana ia memerlukan kerja keras anda. Sebab itu, berjimat cermat dan elakkan berbelanja secara berlebihan adalah penting.

Related Posts

Leave a Reply