11

5 Sebab Insurans Kereta Penting Untuk Semua Pemandu Di Malaysia

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Persekutuan, Datuk Mat Kasim Karim berkata, “Secara keseluruhan, 566,760 kemalangan telah dilaporkan semasa Ops Covid-19 bermula 18 Mac 2020, sehingga 13 Okt 2021, dengan 5,412 daripadanya maut melibatkan 5,739 kematian.”

Disebabkan isu ini, sesiapa sahaja yang mempunyai kenderaan dan memandu kereta, insurans kereta telah menjadi bahagian yang penting dalam kehidupan harian anda. Ia adalah penting untuk memastikan semua pemandu yang memiliki kereta akan dilindungi sekiranya mereka terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan mereka tidak mempunyai kewangan yang kukuh.

Setiap pemandu di Malaysia seharusnya memiliki sekurang-kurangnya Perlindungan Pihak Ketiga, dan jika anda terlibat dalam kemalangan dengan pihak lain, perlindungan insurans ini yang akan membantu menampung semua kos bagi pihak mereka. Walau bagaimanapun, kerana insurans pihak ketiga direka untuk menjadi insurans yang agak murah, anda tidak akan dapat membuat tuntutan untuk sebarang kerugian akibat kerosakan pada kenderaan anda dan diri anda sendiri. Peringatan: Jika anda tidak mempunyai insurans kereta pihak ketiga, anda tidak akan dapat memperbaharui cukai jalan kenderaan anda daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia juga.

Berikut adalah 5 sebab mengapa anda harus mempertimbangkan untuk mendapatkan insurans kereta untuk keselamatan kereta dan keselamatan diri anda sendiri.

1. Ia adalah keperluan undang-undang!

Mempunyai insurans kereta merupakan salah satu keperluan undang-undang jika anda ingin memandu di jalan raya. Jangan lupa bahawa pemanduan tanpa polisi yang sah akan mengakibatkan lesen anda digantung atau dirampas. Tidak ada gunanya anda bertanya, “Apa yang berlaku jika saya mengalami kemalangan tanpa insurans?” kerana ia tidak akan berlaku!

Sementara itu, insurans juga diperlukan untuk memperbaharui cukai jalan, dan pemilik kenderaan mesti memperbaharui kedua-dua insurans dan cukai jalan sebelum ia tamat tempoh. Di Malaysia, di bawah Seksyen 14(4) Akta Pengangkutan Jalan (RTA) 1987 menyatakan bahawa jika anda ditangkap memandu tanpa cukai jalan, anda boleh didenda sebanyak RM3,000.

Oleh itu, adalah lebih baik untuk anda mendapatkan polisi insurans kereta daripada membayar denda yang mahal daripada membeli satu polisi insurans kereta!

2. Untuk mendapatkan perlindungan yang maksimum untuk anda dan pihak ketiga!

Pada asasnya, jika anda mempunyai insurans kereta untuk perlindungan pihak ketiga, ia boleh membantu anda membuat tuntutan dan memberi pampasan kepada pihak ketiga apabila terdapat sebarang kecederaan serta kerosakan pada fizikal. Oleh kerana kos untuk menanggung kerosakan boleh agak tinggi atau mahal. Jadi, mendapatkan perlindungan insurans pihak ketiga amat disyorkan!

Sebaliknya, jika anda ingin melindungi diri anda dan juga pihak ketiga, insurans kereta komprehensif adalah yang anda perlukan kerana ia memberikan perlindungan kewangan yang paling maximum! Di mana, kemalangan, kebakaran dan kecurian semuanya dilindungi oleh insurans kereta komprehensif. Syarikat insurans anda juga akan melindungi (membayar kos) jika berlaku kemalangan yang melibatkan kenderaan anda dan orang yang terbabit semasa kemalangan tersebut.

Bukan itu sahaja, anda juga memerlukan insurans yang meliputi semua bahagian dan komponen pada kenderaan anda, kerana sesetengah bahagian boleh menelan kos lebih tinggi daripada kenderaan itu sendiri. Ini termasuk enjin, transmisi, bateri dan segala-galanya. Alat ganti di Malaysia agak mahal kerana polisi kerajaan dan mudah merugikan jika berlaku masalah dengan kenderaan kesayangan anda. Oleh itu, apabila terdapatnya masalah dengan kerja badan, seperti penyok atau calar, cat sahaja boleh menghabiskan wang bulanan anda. Bayangkan perlu berurusan dengan semua pembaikan besar ini sekaligus.

3. Anda mempunyai lebih dari satu kereta? Jangan risau, SATU insurans sudah cukup!

Mengikut Akta Pengangkutan Jalan, semua pemandu bertanggungjawab sama ada memandu kereta orang lain atau tidak. Inilah sebabnya mengapa banyak syarikat insurans menawarkan perlindungan pemandu tambahan sebagai sebahagian daripada pakej insurans kereta semasa anda, yang bermaksud apabila anda membeli hanya satu polisi insurans tetapi menginsuranskan 2 sehingga 3 kenderaan daripada membelinya secara berasingan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa sekatan, jadi sentiasa baca terma dan syarat.

4. Anda akan mendapat banyak FAEDAH hanya dalam satu polisi!

Adakah anda tahu bahawa, selain daripada mempunyai satu polisi, terdapat banyak cara untuk meraih faedah? Anda boleh menambah perlindungan tambahan di bawah perlindungan insurans anda, terutamanya untuk insurans kereta komprehensif. Perlindungan ini akan memastikan kereta anda mempunyai perlindungan yang maksimum dan anda tidak perlu berasa bimbang jika apa-apa berlaku kepada kereta anda pada masa hadapan!

Di bawah ini adalah pelbagai perlindungan tambahan yang boleh anda nikmati untuk insurans kereta anda:

  • Kerosakan cermin depan
  • Kerosakan akibat bencana alam (eg: banjir, tanah runtuh)
  • Kerosakan pada kenderaan anda akibat rusuhan, mogok & kekecohan awam
  • Kerosakan pada kenderaan anda akibat kemalangan
  • Liabiliti kepada penumpang
  • Aksesori kenderaan
  • Penggantian kunci pintar

dan banyak lagi! Anda boleh menyemak senarai tambahan lain selanjutnya di sini.

5. Anda boleh menikmati Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD)

Jika anda mempunyai insurans kereta, anda dapat memanfaatkan diskaun NCD! Jika anda tidak membuat sebarang tuntutan ke atas polisi insurans anda dalam tempoh setahun, anda akan diberi Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) kerana ini adalah ganjaran untuk pemandu yang berhemah seperti anda! Lebih lama anda memandu dengan selamat di jalan raya tanpa memfailkan tuntutan ke atas polisi anda sendiri, lebih besar diskaun yang anda akan terima. Ia sangat berbaloi!

Lazimnya di Malaysia, diskaun NCD biasanya bermula dari 25% hingga 55% berdasarkan premium yang perlu dibayar, dan anda mesti mempunyai rekod tanpa tuntutan untuk 12 bulan sebelumnya untuk memperoleh NCD tersebut.

Diskaun NCD akan dibahagikan kepada dua kategori. Kenderaan persendirian akan menerima diskaun yang lebih banyak iaitu maksimum sehingga 55% diskaun. Sementara itu, diskaun komersial dan motosikal dihadkan kepada 25% diskaun.

Kadar NCD untuk kereta persendirian dan komersial:

Tempoh tuntutan dibuat Kereta persendirian Komersial
Tahun pertama 0% 0%
Tahun kedua 25% 15%
Tahun ketiga 30% 20%
Tahun keempat 38.33% 25%
Tahun kelima 45% 25%
Tahun keenam dan seterusnya 55% 25%

Perlu diingatkan, jika anda telah memperoleh 55% daripada kadar NCD dan memutuskan untuk menuntut pada tahun tersebut, kadar NCD anda akan kembali semula kepada 0% pada tahun berikutnya.

Faedah NCD yang boleh anda nikmati (kecuali buat pembeli kereta pertama kali):

  • Perlindungan tambahan untuk Insurans cermin depan – Sekiranya anda menambah perlindungan cermin depan ke dalam polisi insurans, anda dapat membuat tuntutan untuk pembaikan tanpa menjejaskan NCD anda.
  • Kerosakan tanpa kesalahan – Jika berlaku kemalangan dan kemalangan itu bukan berpunca daripada anda (perlu dibuktikan dalam laporan polis) dan anda ingin membuat tuntutan daripada syarikat insurans anda sendiri, diskaun NCD anda tidak akan terjejas sama sekali.
  • NCD meningkat setiap tahun – Ini adalah ganjaran kepada anda sebagai pemilik kereta kerana anda memandu dengan selamat di jalan raya. Jika anda memiliki kereta dan tidak pernah memfailkan tuntutan di bawah polisi insurans anda, anda layak mendapat diskaun NCD. Pastikan anda memandu dengan selamat untuk menikmati diskaun NCD!
  • Pindahkan NCD dari kereta lama kepada kereta baharu – Oleh kerana kereta baharu selalunya mempunyai nilai insurans kenderaan yang lebih tinggi di pasaran, adalah idea yang bijak untuk memindahkan NCD anda dari kereta lama ke kereta baharu. Ini kerana anda akan menerima diskaun yang lebih banyak daripada tidak memindahkannya.

Kini, anda sudah mendapat gambaran mengapa insurans kereta penting kepada semua pemandu? Jika anda memerlukan sebarang maklumat tambahan, sila layari halaman insurans kereta kami.

Related Posts

Leave a Reply