10 Kesalahan Trafik yang Mahal di Malaysia yang Anda Tidak Tahu
Anda tahu tak bahawa anda boleh didenda jika anda melanggar lampu merah atau memandu dengan laju? Begitu juga jika anda memotong kenderaan lain secara berbahaya? Anda mungkin terkejut jika kami memberitahu anda tentang perkara ini: tidak ramai sebenarnya orang yang tahu bahawa kesalahan-kesalahan lalu lintas ini boleh membawa masalah kepada anda! Anda juga boleh dikenakan bayaran denda!
Jom tengok 10 kesalahan trafik yang paling mahal di Malaysia:
1. Memandu dan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan
Kita sering melihat segelintir pihak menyalahgunakan lorong kecemasan di lebuh raya untuk kepentingan sendiri, terutamanya pada waktu kesesakan lalu lintas, malah musim cuti. Bagaimanapun, lorong kecemasan di lebuh raya hanya digunakan untuk tujuan kecemasan. Sebagai contoh, apabila ambulans, pegawai polis memandu untuk pergi ke kecemasan tertentu yang melibatkan situasi yang mengancam nyawa.
Apakah yang akan berlaku jika anda menggunakan lorong kecemasan untuk kepentingan anda sendiri? Anda mempertaruhkan nyawa orang lain apabila ambulans atau pihak berkuasa lain tidak dapat menangani situasi kecemasan tepat pada masanya. Selain itu, anda juga perlu membayar saman yang mahal.
Jumlah Saman: RM300
2. Memandu dengan laju
Memandu laju dianggap sebagai satu lagi kesalahan lalu lintas yang biasa kerana ramai orang tidak sedar tentang had laju untuk lebuh raya dan jalan raya seperti yang dipaparkan di papan tanda jalan. Jika mereka sedar sekalipun, mereka biasanya mengambil mudah tentang papan tanda had laju ini. Kesalahan ini sangat teruk! Hanya kerana seseorang itu mementingkan dirinya sendiri, banyak nyawa yang telah terkorban dalam kemalangan.
Jumlah Saman: RM300
3. Masuk ke jalan sehala di arah berlawanan
Anda perlu sentiasa memberi perhatian kepada papan tanda jalan semasa memandu, tak kira papan tanda jalan sehala atau papan tanda jangan masuk. Jika anda gagal mematuhi papan-papan tanda ini, anda akan didenda sehingga RM300.
Jumlah Saman: RM300
4. Tidur atau leka semasa memandu
Antara punca utama kemalangan maut adalah disebabkan oleh sesetengah pemandu yang tidur secara tidak sengaja atau lalai ketika memandu. Jika anda berasa penat kerana telah bekerja sepanjang hari ataupun kerana memandu jarak jauh, berhenti lah di R&R atau stesen minyak yang terdekat untuk mengecas semula diri anda sebelum menyambung perjalanan.
Jumlah Saman: RM300
5. Kenderaan yang melebihi had kapasiti penumpang
Tahukah anda, ini merupakan salah satu kesalahan trafik yang menarik! Ini kerana tak ramai yang tahu bahawa anda boleh didenda jika membawa lebih ramai orang daripada had kapasiti kereta anda. Oleh itu, apabila anda berkongsi kereta atau bercuti bersama-sama, pastikan anda tidak membawa terlalu banyak barang dan juga penumpang kerana ia boleh menghalang pandangan anda terhadap cermin pandang belakang kereta. Selain daripada boleh didenda polis, perkara ini juga boleh menyebabkan kemalangan.
Jumlah Saman: RM300
6. Melanggar lampu merah
Ini adalah kesalahan lalu lintas yang paling biasa dilakukan oleh ramai orang walaupun ia merupakan kesalahan yang paling mahal. Kesalahan ini, yang juga sering diabaikan oleh pemandu, telah menyumbang kepada kadar kemalangan maut yang tinggi. Apa yang lagi bahaya? Bila pemandu memecut laju kerana ingin mengejar lampu merah. Anda perlu tahu bahawa jika anda ditangkap polis kerana mengejar lampu merah, anda akan menerima denda yang tinggi.
Jumlah Saman: RM300
7. Tidak mempamerkan nombor plat kereta
Sama ada plat kereta anda hilang atau tercicir semasa memandu, anda akan mendapat saman trafik sehingga RM300 oleh polis atau pegawai JPJ sekiranya anda gagal mempamerkan nombor plat kereta di hadapan atau belakang kereta.
Jumlah Saman: RM300
8. Menggunakan telefon bimbit atau peranti pintar lain semasa memandu
Menggunakan telefon bimbit atau peranti elektronik lain semasa memandu boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Oleh itu, anda harus menggunakan sebarang aksesori kereta untuk telefon agar dapat mengurangkan penggunaan telefon semasa memandu.
Jumlah Saman: RM300
9. Tidak memakai tali pinggang keledar
Menurut pihak berkuasa, ini adalah antara kesalahan jalan raya yang berat yang tidak diketahui orang ramai. Ini kerana apabila anda tidak mematuhi garis panduan keselamatan yang paling asas semasa memandu, anda tidak hanya membahayakan diri sendiri, tetapi juga penumpang di dalam kereta. Selain itu, jika anda ditangkap polis, anda juga perlu membayar denda yang mahal!
Jumlah Saman: RM300
10. Memandu dalam keadaan mabuk
Ini semestinya kesalahan yang paling serius dan tidak sepatutnya sama sekali dilakukan oleh pemandu. Namun, kita telah melihat begitu banyak kes kemalangan yang disebabkan oleh pemandu yang mabuk. Ia bukan sahaja akan mendatangkan bahaya kepada pemandu, malah juga boleh membahayakan pemandu lain. Jika anda bercadang untuk minum alkohol pada malam itu, anda boleh menggunakan khidmat “e-hailing”, “Grab” untuk pulang ataupun meminta rakan anda menghantar anda pulang. Memandu di bawah pengaruh alkohol sangatlah tidak berbaloi untuk anda mengorbankan nyawa atau dompet anda.
Jumlah Saman: RM300
Di Mana Saya Boleh Semak Saman Trafik Saya?
Dengan teknologi semasa, kini lebih mudah untuk anda menyemak saman trafik di atas talian. Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh guna untuk menyemak:
- Semak melalui portal MyBayar Saman
- Semak melalui SMS
- Semak melalui laman web rasmi JPJ
- Semak melalui RILEK (Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan)
- Semak melalui Sistem Semakan di atas Talian (SSO) PDRM
Dengan semua kemudahan di atas talian yang boleh anda gunakan untuk menyemak saman trafik, anda tiada alasan lagi untuk tidak mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.
Ingat! Jangan berlengah untuk membayar saman trafik anda! Akibat melengahkan pembayaran saman trafik adalah anda perlu membayar dengan lebih banyak dan lama-kelamaan anda perlu membayar sejumlah wang yang banyak akibat saman yang tertunggak.
PolicyStreet ialah penasihat kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. Kami membantu menghubungkan pengguna kepada 35 syarikat insurans terkemuka dan membandingkan sebut harga insurans terbaik yang sesuai untuk keperluan anda dengan harga yang tepat. Lawati laman web kami jika anda ingin membeli dan memperbaharui insurans kereta anda!