Insurans Gadai Janji: MRTA vs MLTA

Kata Kunci

  1. Apakah MRTA dan MLTA?
  2. Berapa banyak yang perlu saya bayar untuk insurans gadai janji?
  3. Adakah penting untuk saya membeli insurans gadai janji?
  4. Bagaimana untuk memohon insurans gadai janji ini?

Membuat keputusan sebelum dan selepas melabur dalam hartanah adalah penting kerana ia merupakan pelaburan yang serius dan risiko yang berkaitan dengan perumahan pula mungkin akan mengejutkan anda. Oleh itu, tujuan insurans gadai janji MRTA dan MLTA adalah untuk melindungi keluarga anda sekiranya sesuatu berlaku kepada anda pada masa hadapan.

Polisi insurans hayat gadai janji ialah satu cara untuk memastikan orang yang anda sayangi dilindungi dari segi kewangan sekiranya sesuatu berlaku dan anda tidak dapat meneruskan pembayaran gadai janji anda. Bukan itu sahaja, terdapat dua jenis polisi insurans hayat gadai janji yang terdapat di Malaysia: Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) dan Mortgage Level Term Assurance (MLTA).

MRTA direka untuk membayar gadai janji rumah anda apabila anda meninggal dunia, manakala MLTA direka untuk menyediakan aliran pendapatan tetap kepada orang yang anda sayangi sehingga gadai janji itu dibayar. Tidak kira polisi yang mana anda pilih, ia boleh membantu meringankan beban kewangan keluarga anda jika terjadi sesuatu kepada anda.

Dalam artikel ini, kami akan menyelami lebih mendalam mengenai Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) dan Mortgage Level Term Assurance (MLTA), membincangkan insurans gadai janji ini boleh menjadi pilihan terbaik untuk merancang masa depan anda, terutamanya untuk keluarga anda.

Apakah MRTA dan MLTA?

Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) ialah sejenis insurans hayat yang boleh digunakan untuk menampung hutang gadai janji anda yang tertunggak sekiranya anda meninggal dunia atau hilang upaya sepenuhnya dan kekal. Ia mempunyai jumlah diinsuranskan yang semakin berkurangan dari masa ke semasa. Ringkasnya, jika anda mengambil insurans gadai janji ini dan anda meninggal dunia atau hilang upaya, insurans tersebut akan membayar sejumlah amaun berdasarkan baki yang masih tertunggak kepada bank. Jadi, beban kewangan keluarga anda yang terpaksa membayar hutang rumah yang tertunggak akan berkurangan.

Selain itu, polisi ini akan kehilangan nilai sebaik sahaja pinjaman dilunaskan jika semuanya berjalan mengikut pelan dan anda membayar insurans gadai janji anda mengikut terma yang dipersetujui.

Mortgage Level Term Assurance (MLTA) sedikit berbeza kerana pembayaran dibuat ke atas pinjaman rumah yang belum dijelaskan dan jumlah insurans sentiasa sama. Tidak seperti MRTA, dengan MLTA, keluarga anda masih boleh menerima nilai tunai walaupun pemberi pinjaman bertindak sebagai benefisiari. Oleh kerana MLTA ialah polisi insurans hayat am, premium tetap anda tidak boleh ditolak daripada insurans gadai janji ini. Oleh itu, adalah penting untuk anda memahami terma dan syarat MLTA sebelum membuat pilihan.

Kami telah menyediakan perbandingan antara dua polisi insurans gadai janji seperti di bawah:

MRTA MLTA
Untuk tujuan perlindungan Tujuan Untuk tujuan perlindungan, simpanan dan/atau nilai tunai
Kepada pemberi pinjaman gadai janji Penerima Pembayaran Kepada mana-mana benefisiari yang dicalonkan
Premium lebih rendah Premium Premium lebih tinggi
Anda perlu membayar sekaligus sama ada secara tunai atau dibiayai ke dalam pinjaman perumahan Perjanjian pembiayaan Anda boleh mempunyai pilihan untuk membayar pembayaran berkala sepanjang tempoh
MRTA tidak akan mempunyai nilai tunai kerana ia akan mengurangkan nilai tunai sehingga tamat tempoh pinjaman anda Nilai Tunai Tidak seperti MRTA, MLTA mempunyai nilai tunai tetap (dijamin) sepanjang
Tidak boleh dipindah milik Pindahan Boleh dipindah milik
Bank akan bertindak sebagai benefisiari Pencalonan Sesiapa sahaja yang anda pilih boleh menjadi benefisiari

`

Berapa banyak yang perlu saya bayar untuk insurans gadai janji?

Umur, masalah kesihatan yang mungkin anda hadapi, saiz pinjaman yang anda ambil, dan tempoh gadai janji yang anda pilih hanyalah beberapa faktor yang akan mempengaruhi jumlah yang anda perlu bayar untuk insurans gadai janji ini.Bukan itu sahaja,apabila umur anda semakin meningkat, anda perlu membayar premium yang lebih tinggi, jumlah pinjaman yang lebih tinggi, dan lebih-lebih lagi jika anda mempunyai sebarang keadaan kesihatan yang sedia ada. Premium anda menjadi lebih tinggi kerana perkara tersebut dapat menimbulkan risiko semasa tempoh pinjaman, di mana terdapat kemungkinan anda tidak dapat membuat pembayaran. Untuk mengurangkan risiko tersebut, bank biasanya akan mengenakan anda premium yang lebih tinggi.

Insurans gadai janji di bawah MRTA pula, kosnya kurang daripada MLTA disebabkan oleh pengurangan nilai yang mereka sediakan. Walau bagaimanapun, memandangkan setiap syarikat insurans mempunyai kaedah yang berbeza untuk mengira dan menyesuaikan sebut harga mengikut keperluan anda, anda boleh bercakap dengan wakil mereka jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai kos sebenar MRTA dan MLTA sebelum membuat sebarang keputusan.

Syarikat berikut menyediakan insurans gadai janji MRTA dan MLTA:

Terdapat banyak syarikat lain juga yang menawarkan insurans gadai janji ini.

Adakah penting untuk saya untuk membeli insurans gadai janji?

Tidak kira yang mana satu penting, ia adalah berdasarkan keputusan anda, terutamanya untuk masa depan anda. Kami sedia maklum bahawa insurans gadai janji MRTA dan MLTA terpulang sepenuhnya kepada pemberi pinjaman anda; anda tidak perlu membelinya. Apabila anda memohon pinjaman rumah, anda boleh diminta untuk mengambilnya oleh pemberi pinjaman. Kebiasaannya bank akan meminta anda untuk membeli insurans gadai janji MRTA. Oleh itu, untuk memastikan produk yang mana paling sesuai dengan keperluan dan belanjawan anda, lakukan beberapa kajian tentang produk insurans ini sebelum anda membuat keputusan.

Dalam senario terbaik, anda boleh membayar pinjaman rumah anda sepenuhnya sebelum apa-apa berlaku. Tetapi seperti yang kita sedia maklum, hidup kita tidak selalunya berjalan mengikut apa yang kita rancang. Kita boleh merancang apa sahaja yang kita mahu, tetapi kita tidak pernah tahu rancangan itu akan menjadi apa yang kita rancang atau inginkan dan sebaliknya.

Jadi, ketahuilah bahawa manfaat insurans gadai janji ini bukan sahaja melindungi rumah anda sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh, tetapi ia juga memberi anda ketenangan kerana mengetahui bahawa keluarga anda tidak perlu memikul beban kewangan yang berat. Pembayaran akan dibuat terus kepada pemberi pinjaman anda untuk menampung baki gadai janji anda dan memastikan keluarga anda dijaga dengan baik sekiranya berlaku kemalangan.

Bagaimana untuk memohon insurans gadai janji ini?

Bank selalunya akan menawarkan anda insurans gadai janji MRTA dan MLTA apabila anda memohon pinjaman rumah. Walaupun ia tidaklah wajib, anda perlu pertimbangkan untuk membeli insurans ini untuk keluarga anda. Tiada siapa di antara kita yang mahu meninggalkan beban kewangan yang berat untuk orang yang tersayang, kan?

Oleh itu, sebelum memilih penyedia insurans, adalah disyorkan agar anda membuat penyelidikan mengenai jenis insurans gadai janji ini dengan pelbagai syarikat. Bergantung pada keperluan anda, penyedia yang berbeza mungkin menawarkan faedah dan harga yang berbeza. Oleh itu, lakukan penyelidikan dan pilih yang paling sesuai dengan keperluan anda. Luangkan masa anda dan yang paling penting jangan tergesa-gesa!

Kesimpulan

Mendapatkan insurans adalah penting untuk anda dan orang tersayang. Pilihan terbaik untuk melindungi keluarga dan rumah anda semasa anda sudah tiada ialah mendapatkan insurans gadai janji MRTA atau MLTA. Oleh itu, rumah anda akan selamat dan tekanan pada keluarga anda juga akan berkurangan kerana anda akan tahu bahawa insurans gadai janji yang anda beli hari ini akan menampung baki rumah anda yang tertunggak apabila anda sudah tiada.

Sama ada insurans gadai janji MRTA atau MLTA, adalah penting untuk merancang dengan teliti berdasarkan keadaan anda, matlamat jangka panjang anda serta hartanah yang anda beli. Semua yang anda lakukan hari ini mempengaruhi masa depan hidup anda dan keluarga anda.

Related: Perbezaan Antara Insurans Gadai Janji Dan Insurans Hayat Bertempoh | Apa itu Insurans Rumah? Patutkah Saya Dapatkannya?

PolicyStreet is licensed by Labuan Financial Services Authority, Bank Negara Malaysia and Australian Securities & Investments Commission.

Copyright © 2023 Polisea Group of Companies. All Rights Reserved.