Insurans Kesihatan Tokio Marine

Merupakan salah satu nama terbesar dalam dunia insurans, Tokio Marine Holdings, Inc. ialah syarikat induk Tokio Marine Asia Pte. Ltd. Tokio Marine telah ditubuhkan selama lebih 130 tahun dan ia merupakan syarikat insurans pertama di Jepun yang kini telah mengembangkan sayapnya ke 38 buah negara di seluruh dunia. Tokio Marine tidak beroperasi untuk keuntungan semata-mata, tapi untuk kepentingan pelanggan, syarikat dan masyarakat.

Apakah itu Insurans Kesihatan?

Insurans kesihatan adalah sejenis insurans yang akan membantu menampung bil perubatan anda (penghospitalan, perundingan, pembedahan, rawatan, bekalan perubatan dan ubat-ubatan).

Apakah jenis pelan insurans kesihatan yang tersedia di Tokio Marine?

Ini adalah jenis pelan Insurans Kesihatan Tokio Marine:

  • Premier Medic Partner
  • Medic Plus
  • Cancer Shield Plus
  • Cancer LoanBreak
  • MedShield
  • MosBite
  • VitalCover
  • CriticalDefender
  • MedicDefender
  • iComprehensive CI
  • iMediCare
  • iHealth Advance

Apakah faedah membeli pelan kesihatan Tokio Marine?

Ia sangat bergantung pada perlindungan yang disediakan dan keperluan anda. Terdapat pelbagai pelan kesihatan Tokio Marine yang memberikan faedah berbeza yang sesuai dengan keperluan anda. Lawati di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Mengapa Beli Insurans Kesihatan Tokio Marine?

  • Insurans kesihatan untuk semua
  • Tokio Marine berdedikasi untuk memastikan semua orang dilindungi oleh polisi insurans, jadi mereka menawarkan pelbagai pelan untuk memenuhi keperluan dan bajet anda!

  • Kemudahan kemasukan tanpa tunai yang mudah
  • Sakit bukanlah sesuatu yang menggembirakan dan Tokio Marine juga jelas dengan perkara itu! Dengan mereka, nikmati kemudahan kemasukan tanpa tunai untuk memastikan anda mendapat rawatan tanpa perlu menunggu berjam-jam!

  • Mampu milik
  • Siapa kata membeli insurans kesihatan bermakna anda perlu memecahkan tabung anda? Semestinya bukan Tokio Marine.

Bagaimana untuk Membeli Insurans Kesihatan Tokio Marine?

Anda boleh membeli insurans kesihatan Tokio Marine melalui laman web rasmi Tokio Marine ATAU membuat temu janji dengan ejen mereka.

Bagaimanakah cara saya membuat tuntutan untuk insurans kesihatan Tokio Marine?

Berikut adalah panduan untuk tuntutan insurans kesihatan Tokio Marine:

  1. Maklumkan kepada Tokio Marine tentang tuntutan anda melalui e-Service
  2. Pergi ke e-Service dan isi borang tuntutan
  3. Serahkan borang tuntutan bersama dokumen sokongan
  4. Untuk tuntutan bayaran balik, serahkan resit rasmi dan Akuan Penerimaan e-Tuntutan kepada Tokio Marine atau ejen anda

Anda boleh menyemak status tuntutan anda di sini.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk Tuntutan Insurans Kesihatan Tokio Marine?

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk anda memfailkan tuntutan anda:

  • Borang tuntutan
  • Kenyataan doktor yang merawat
  • Bil terperinci asal (untuk tuntutan bayaran balik)
  • Resit rasmi asal (untuk tuntutan bayaran balik)
  • Penyelesaian tuntutan oleh pihak ketiga (untuk penyelesaian pihak ketiga)
  • Surat rujukan (jika ada)
  • Ringkasan discaj (untuk faedah kemasukan ke hospital)

Bolehkah saya menukar pelan insurans kesihatan Tokio Marine saya?

Boleh! Hubungi Tokio Marine atau ejen anda untuk mengatur perubahan ini.

Berapakah yang perlu saya bayar untuk insurans kesihatan Tokio Marine?

Bergantung pada perlindungan dan pelan yang anda perlukan, harga berbeza akan diberikan oleh ejen Tokio Marine.

Bolehkah saya membayar insurans kesihatan Tokio Marine secara ansuran?

Tidak, premium insurans kesihatan Tokio Marine perlu dibayar setiap tahun.

Apakah kaedah pembayaran yang ada untuk insurans kesihatan Tokio Marine?

Tokio Marine menerima kaedah pembayaran ini:

  • Pembayaran atas talian Portal Pelanggan
  • Auto debit
  • Potongan automatik kad kredit
  • JomPAY
  • Biro Angkasa

Adakah polisi insurans kesihatan Tokio Marine saya akan tamat tempoh jika saya tidak memperbaharuinya tepat pada masanya?

Ya, polisi insurans kesihatan anda akan tamat tempoh jika anda tidak membayar premium anda tepat pada masanya.

Bagaimanakah saya boleh menghubungi Tokio Marine?

Hanya hubungi mereka di 03-2603 3999 atau emel mereka customercare@tokiomarinelife.com.my. Mereka dengan senang hatinya akan membantu anda.