Simpanan Tetap BSN

Tentang BSN

Selain terkenal sebagai bank pertama dan yang paling lama beroperasi di Malaysia, BSN juga menjadikan matlamat mereka untuk menggalakkan rakyat Malaysia supaya mempunyai tabiat menyimpan dan/atau pelaburan yang baik. BSN menawarkan perbankan konvensional dan Islam serta perkhidmatan kewangan lain seperti pengurusan kekayaan, pinjaman dan deposit.

Apakah itu simpanan tetap?

Simpanan tetap (FD) adalah sejenis pelaburan jangka pendek di mana anda boleh meletakkan wang anda dan bersetuju untuk tidak mengeluarkannya untuk tempoh yang ditetapkan. Semasa tempoh matang, pelabur akan mendapat kadar faedah yang lebih tinggi daripada akaun simpanan biasa! Kerajaan menginsuranskannya, jadi tidak banyak risiko yang terlibat dalam pilihan ini.

Apakah yang perlu saya ketahui sebelum memohon simpanan tetap?

  • Kadar faedah
  • Anda harus mengetahui kadar faedah selepas tempoh matang untuk memastikan anda mendapat jumlah pulangan yang besar. Kadar faedah berbeza untuk setiap bank dan ia juga bergantung kepada tempoh.

  • Tempoh
  • Bank yang berbeza menawarkan tempoh yang berbeza, iaitu diantara 1 bulan hingga beberapa tahun. Pilih yang sesuai dengan keperluan dan matlamat kewangan anda.

  • Caj tersembunyi
  • Adalah penting untuk anda mengenal pasti semua caj yang bakal ditanggung supaya anda boleh mengelak daripada berbelanja lebih daripada yang anda jangkakan.

  • Penalti
  • Anda harus ambil maklum tentang jumlah penalti supaya anda tahu apa yang akan jadi jika anda perlu mengeluarkan wang sebelum tempoh matang.

  • Bank
  • Mengambil kira tentang perkhidmatan pelanggan dan reputasi bank yang anda merancang untuk memohon akaun simpanan tetap anda adalah satu langkah penting! Buat kajian menyeluruh sebelum membuat keputusan mengenai bank.

Apakah jenis simpanan tetap yang ditawarkan oleh BSN?

BSN menawarkan 1 jenis simpanan tetap, iaitu BSN Term Deposit. Simpanan tetap versi Islam juga disediakan di sini.

Siapakah yang layak untuk memohon BSN Term Deposit?

Anda layak memohon BSN Term Deposit jika anda:

  • Berumur sekurang-kurangnya 7 tahun, dan
  • Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap Malaysia, dan/atau
  • Seorang pemilik perniagaan yang beroperasi di Malaysia

Ia terpakai untuk akaun individu, bersama dan amanah.

Mengapa saya perlu memilih BSN Term Deposit?

Selain dari sebab-sebab yang lain, anda harus memilih BSN Term Deposit kerana:

  • Deposit minimum yang rendah (dari RM500)
  • Tempoh fleksibel (1 hingga 60 bulan)
  • Perlindungan oleh PIDM (sehingga RM250,000)
  • Pilihan untuk mendapatkan faedah anda untuk dikreditkan setiap bulan
  • Tersedia untuk akaun individu, bersama dan amanah

Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon BSN Term Deposit?

Kad pengenalan anda adalah satu-satunya dokumen yang diperlukan untuk memohon BSN Term Deposit.

Apakah tempoh bagi BSN Term Deposit?

1 hingga 60 bulan.

Berapakah jumlah deposit minimum untuk BSN Term Deposit?

  • 1 bulan: RM1,000
  • 3 bulan dan ke atas: RM500 / *RM1,000

Deposit minimum RM5,000 diperlukan untuk pengkreditan faedah bulanan pilihan.

*Jumlah minimum bukan individu

Apakah caj yang dikenakan untuk BSN Term Deposit?

Kadar faedah bergantung pada tempoh anda (**1.5% – 2.1% p.a.). Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kadar faedah, klik di sini.

**Setakat 25 Mac 2022

Apakah yang akan berlaku jika saya mengeluarkan wang sebelum tempoh matang?

Jika anda meletakkan deposit atau membuat pembaharuan selepas 1 Januari 2019, faedah tidak akan dibayar kepada anda.

Bagaimanakah saya boleh menghubungi BSN untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang BSN Term Deposit?

Anda boleh menghubungi BSN melalui saluran ini:

  • Telefon: 1-300-88-1900
  • Borang atas talian: Lawati sini
  • Emel: customercare@bsn.com.my
  • Kunjungan cawangan: Klik di sini untuk mencari cawangan terdekat

Apakah istilah lazim untuk simpanan tetap?

  • “p.a.”
  • Ia bermaksud per annum, atau setiap tahun.

  • “Kadar faedah”
  • Jumlah pulangan yang diperolehi oleh pendeposit.

  • “Tempoh”
  • Tempoh masa wang dikunci dalam akaun simpanan tetap.

  • “Deposit”
  • Jumlah wang yang dikunci dalam akaun simpanan tetap untuk memperoleh faedah.

  • “Penalti”
  • Caj tambahan daripada bank untuk pengeluaran sebelum tempoh matang (atau pengeluaran pramatang).

  • “Kematangan”
  • Tempoh masa yang ditetapkan di mana pelaburan tamat dan prinsipal dan faedah dibayar balik.

  • “Pengeluaran pramatang”
  • Pengeluaran wang dalam akaun simpanan tetap sebelum tempoh matang.

  • “Pengeluaran separa”
  • Pengeluaran sebahagian jumlah wang dalam akaun simpanan tetap sebelum tempoh matang.