Etiqa ialah sebuah agensi insurans terkenal di Malaysia, ditubuhkan pada tahun 1989. Perlindungan motosikal turut melibatkan peraturan bagi sesetengah penduduk di Malaysia. Walau bagaimanapun di Etiqa terdapat pelbagai pilihanproduk insurans yang berbeza yang boleh anda ambil, contohnya, jaminan hayat dan pengurusan kekayaan yang akan melindungi keluarga anda daripada bahaya kewangan apabila terjadinya insiden semasa anda di jalan raya.
Terdapat tiga jenis insurans motosikal iaitu Pihak Ketiga, Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian dan Insurans Komprehensif. Anda sekurang-kurangnya perlu mendapatkan insurans Pihak Ketiga, kerana ia akan memberikan perlindungan kepada pihak ketiga apabila kemalangan jalan raya berlaku.
Insurans Pihak Ketiga ialah jenis insurans motosikal yang paling menjimatkan, manakala Komprehensif akan menelan kos yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun ia menawarkan faedah yang lebih luas untuk anda dan orang lain. Jadi, anda harus mempertimbangkan pelan insurans mana yang sesuai dengan keperluan anda.
Pelan yang sesuai untuk anda bergantung pada keperluan anda. Tempat yang baik untuk bermula adalah dengan membandingkan faedah dan harga pelan yang berbeza, serta cara ia melindungi anda daripada kerugian kewangan atau masalah undang-undang sekiranya berlaku masalah dengan motosikal anda! Anda boleh berunding dengan penasihat mereka untuk mendapatkan cadangan yang lebih tepat.
Semasa membeli-belah untuk insurans motosikal, pastikan anda membandingkan kadar dan perlindungan. Sesetengah syarikat menyediakan jumlah perlindungan yang sama tetapi pada harga yang lebih tinggi daripada tawaran firma lain. Jadi, layari PolicyStreet untuk mendapatkan tawaran terbaik!
Ya, perlindungan tambahan lain (add-on) untuk motosikal anda bukan sahaja boleh tetapi amat disyorkan. Terdapat pelbagai tambahan lain (add-on) yang anda boleh dapatkan untuk memastikan motosikal anda mendapat perlindungan yang lengkap sekiranya berlaku apa-apa semasa anda dalam perjalanan seperti perlindungan bahaya khas dan lain-lain
Anda boleh menghubungi mereka melalui hotline (1-300-88-1007) ATAU WhatsApp No. (+60327804677).
Terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan semasa memilih syarikat insurans. Pelan insurans disediakan, ulasan pelanggan, dan akhir sekali kelajuan tuntuan.
Dengan diskaun tanpa tuntutan, anda boleh menjimatkan sehingga 25% apabila memperbaharui insurans motosikal anda. Sila ambil perhatian bahawa diskaun bukan tuntutan hanya akan terpakai jika tiada tuntutan dibuat sebelum ini.
Panduan menuntut akan diberikan oleh Etiqa. Ingat untuk menyediakan dokumen berkaitan dan ikuti prosedur tuntutan untuk menuntut insurans motosikal anda.
Ya, anda boleh merujuk kepada perkhidmatan Bantuan Auto Etiqa mereka.
Etiqa menyediakan bengkel panel mereka sendiri dan disyorkan untuk anda menservis motosikal anda disini jika anda diinsuranskan oleh mana-mana pelan insurans. Anda boleh rujuk di sini untuk memahami cara memilih bengkel kereta.
Ya boleh. Walau bagaimanapun, ia tidak disyorkan untuk berbuat demikian. Ia tidak berbaloi untuk anda membayar dua kali ganda untuk premium tersebut, juga proses tuntutan akan menjadi rumit.
Sudah tentu, anda boleh memperbaharuinya dalam talian. Terdapat pelbagai platform dalam talian di mana anda boleh membeli atau memperbaharui insurans motosikal anda.
Anda boleh menjimatkan masa dengan mencari sebutharga dengan segera di internet. Terdapat pelbagai platform dalam talian yang menyediakan perkhidmatan ini, jadi mudah untuk anda mencari apa yang anda inginkan!
Insurans Kereta
Insurans Kesihatan
Insurans Motosikal
Insurans Perjalanan